Isnin, November 02, 2009

. p . e . n . a . n . g .

Dah habis bercuti
Cuma mr husband masih bercuti
Sakit sakit badan
Tah tah nak kena gout
Tu la dok nyanyi kat zara sakit sendi tulang
Dia yang betul betul sakit sendi tulang

Cuti yang sangat menarik
Sebabnya zara dah besar
Dah pandai be holiday

Check-in pun dah pukul 5
Lepas check-in
Zara terus berlari lari di atas katil
pegi sana sini
Ye la
Lagipun katil tu kan empuk
Dia sangat hepi la

I bawak dia mandi bath tub
Lagi la eksaited
Tak henti henti cakap
Apa yang dia bebel pun I tatau
Mesti dia seronok sebab first time mandi bath tub
Len kali kalau zara nak mandi bath tub, kita pegi rumah tok mama ye

Lepas Maghrib kita pegi queensbay
Mr husband kan sangat anti nak bawak kereta ke penang sebab nanti sesat jalan
So kita hire limousine
I sukeeee banyak banyak
Merasa la I naik camry ala ala mak datin

Jalan jalan
Zara nangis nangis
Kalau kedai yang dia nangis
Maknanya dia takmo masuk kedai tu
So kitorang kena keluar cepat cepat
Pegi toys r us zara suka
Dia nak Merangkak sendiri
Takmo orang pegang

I sempat belI swimming suit zara
Sangat suweet
Belang belang ada muka elmo besar besar
Pastu ada skirt daripada kain net
Mr husband plak belikan zara pelampung siap ada payung

Pagi pagi lepas breakfast kita dah pegi bawak zara ke swimming pool
Oh breakfast kat vistana adalah yang paling tak bes
Seb baik ada dim sum sebagai penyelamat
Tapi still yang paling tak bes yang pernah I rasa

Mula mula zara masuk swimming pool dia ok je
Masukkan dia dalam plumping dia dah jerit jerit takmo
Tapi I paksa jugak
I bawak dia jalan dalam pelampung
Pastu dia sendiri jalan jalan keliling kolam sambil duduk atas pelampung
So sweet
Baru la I terasa yang cik zara tu dah besar
Lepas checkout
Mr husband konon konon nak pegi belI buah pala kat chowrasta
Tapi sebab kitorang dah salah jalan
Terus head to jeti je

Zara eksaited jugak bila naik ferry

Turun feri, mr husband ingat nak belI buah pala
Pun tade jugak
Kitorang nak amek opah kat bertam
So on the way to bertam
Singgah sunway carnival mall kat seberang jaya

I suka suka banyak banyak
Sebab parkson ada sale
I macam nak grab semua elle punya blanket n pillow
Tapi I kan wasatiah
I amek blanket satu je
it’s a traveling blanket
Bole bawak jalan jalan

Oh ada satu cerita yang bes
Masa masuk kedai esprit
Masa nak masuk zara dah macam cranky
Tapi I nak jugak masuk
I nak la jugak kan baju for me-self
Tengah tengah tengok baju, zara dah jerit jerit
I bawak zara tengok baju baby
Zara diam
Pastu I bawak zara tengok wallet
Dia jerit jerit
I bawak balik ke tempat baju babies
Zara diam balik
Sambil tu dia pegang each hanger
Sambil mulut bising bising
Macam nak cakap
“ini takmo… ini takmo…”
Pastu sampai kat shirt dia macam nak
I ambik shirt pink
Zara mengamok
I amek plak shirt putih
Baru dia oke
sebab b4 tu memang dia dah pegang shirt putih tu
tapi i rasa macam tak sweet sangat
rupa rupanya dia memang nak shirt putih tu

Malas nak pk panjang
I terus bawak pegi kaunter bayar
tu pun sempat sambar sebijik wallet
sebab i punya wallet dah pakai 9 tahun
dah high time
berlumut lumut busuk

ps: mr husband, walaupun i cakap nanti i bayar balik, tapi i nak buat buat lupa je la ye yang u bayarkan wallet n shirt tu.


Same goes masa kat toys r us
Dia seronok pegang permainan itu ini
ada satu ball yang dia suka
sambil merangkak, dia dok sorong bola tu
dengan chocolate bubble
Bila I suruh lepas dia nangis nangis
Lantas I terpaksa belikan bola tu untuk zara
Ok belum habis lagi

Bukan tu je
Mebbe sebab dia dah biasa tengok
kalau i belI barang
Nanti I sangkut paper bag kat bahu

Lepas kita buat payment
Zara nanges nanges
I bagi plastik yang berisi toys dia takmo
I sangkutkan kat bahu dia
Baru la dia diam
sambil dia cakap camnih
"mmmmmm"

Haaaaiiihhhh anak I yang sorang tu
anak oiii... u nak jadik si penggila shopping ke?

Ok la
Dah
Nanti I ingat lagi I taip lagi

2 ulasan:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

tepek gambar sekeping 2 ..mesti comel kan

Emy Amir berkata...

haah..letakla gambar nyer tuh... ;)