Isnin, Ogos 24, 2009







abah zara tekun menyuap zara makan













ape la zara... makanan pun melekat kat bawah mulut. pastu sibuk sibuk tengok orang ambil makanan











Selepas berhempas pulas memasak secara express pada puasa per tama
Malam tu I cakap kat cik zara yang I nak berbuka kat hotel untuk berbuka hari kedua

So siang tu I soh zara pilih hotel mana
I bagi 3 choices
Casuarina, heritage atau tower regency
Zara tanak pilih
Bila dah petang
Kita semua tengah siap siap mr husband tanya zara
Dan zara pun pilih tower regency

Waaaaaaah
Anak I memang pandai pilih
Sebelum pegi tu kitorang call dulu
Kot la penuh kan
Tanya jugak la berapa harga untuk berbuka
Dia kata takpayah booking
(lagipun masa tu dah pukul 6.40 petang)
Boleh walk-in je

So kitorang pun pegi
Tower regency ni hotel baru kat Ipoh
Baru tahun ni bukak
I agak impress la jugak
Tengok lobby dia macam G Hotel kat penang
(tapi lobby g hotel lagi hebat la)
Smart, stylish
Tapi heran kenapa macam tak femes sangat

Oh
Saja sebagai info
Kalau kat Ipoh ni
Hotel yang paling grand skali ialah casuarina
Sebabnya dia hotel 5 star
So dia punya buffet yang paling mahal la

Bila I tengok food kat tower regency ni
Lebih kurang sama je macam casuarina
Harga dia RM39 per head for adult
Yang besnya
Tak ramai orang langsung
Rasanya macam ada 5 meja je yang occupied
Tak payah susah susah nak beratur ambik makanan

Bila dapat bil
Laaaaaaaaagi la I terkejut
SEBAB APA?????

Sebab untuk 3 hari per tama ni
Derang buat promotion
Buy 1 free 1
So, makan untuk 2 orang plus the taxes baru RM44.50

Jadi, sesape yang berada di Ipoh tu
Sila la makan kat tower regency
Harini la last day untuk promotion buy 1 free 1 tu


Pagini zara sakit
Meragam je
Tatau apa sebab
Bila dah asyik menangis
I called mr husband mintak mr husband balik
So that kita boleh bawak zara pegi klinik

Dekat klinik
Doctor soh refer pakar
So kita bawak plak zara jumpa doctor pakar
Luckily memang pegi kat al-ridhuan
Memang ada doctor pakar kat situ

Rupa rupanya zara sakit telinga
Patut la tiba tiba dia nanges
Macam sangat sakit
Mana la I tau dia sakit telinga
Zara pun bukannya boleh bercakap

Ok la
Malam ni zara ada kelas muzik
Mebbe lepas kelas zara la baru kitorang betul betul berbuka
Tadi I cakap kat mr husband
Kalau ada masa I masak nasi tomato dengan ayam masak merah dan sotong masala
Tu kalau I ada masa la
Tapi kena la masak b4 pegi kelas zara
Supaya lepas kelas boleh terus makan

Zara pun lepas makan ubat dan titikkann ubat ke telinga
Dia dah semakin pulih
Dah nak main main
Merangkak rangkak
Jalan sana sini

Tiada ulasan: