Jumaat, April 24, 2009

. p . a . n . a . s .

Malam tadi zara dah tido
Mr husband dah tidow
I masih tengok Garfield sambil garu garu kepala zara

Skali zara bangun
Mr husband bangun
Panaaaaassssss
Dah ada ceiling fan
Pastu dah letak standing fan
Masih panas berbahang
Mr husband bukak sliding door
Zara dah start main main

Panas lagik
I plak peluh peluh

Mr husband cakap
Jom tido kampung
I setuju je
I salin baju
Mr husband pakai kain pelikat je
Baju sangkut kat bahu
Bawak kete tak pakai baju
Buruk betul perangai
Naik kereta zara pun seronok seronok sebab kena aircond
Mr husband tak habis habis cakap sebab pemanasan global

Sampai rumah mak
Masuk bilik
Terus pasang aircond
Whoooaaaa
Bes 
Zara langsung tanak tido
Main, cakap cakap

Bila mak n abah balik mengaji laaaaaaaagi la cik zara tu tanak tidow
Sampai I tidow zara belum tido lagi
Tatau pukul berapa baru derang hantar zara ke bilik

Pagi pagi
Pukul 6.15 kita balik rumah
Sampai rumah boleh lagi I baring baring sampai 6.30
6.45 pegi keje

Dalam kete tadi mr husband cakap
Dulu dulu ekon tu Kehendak
Mewah
Tapi sekarang ekon tu keperluan
Nak kena ada jugak
Kalau tak mengelupur la

Tengok la bila I dapat gaji bulan ni
Bole la kot belI ekon

Tiada ulasan: