Rabu, Disember 10, 2008

I miss my mr husband
Bukannya mr husband pergi kursus pun
Mr husband pergi kerja je

Dari hari sabtu mr husband sentiasa ada with baby zara and me
Semalam pun mr husband cuti
Dah empat hari
Jadi bila harini mr husband pergi kerja
Agak terasa la jugak the-emptiness tu

Aneh kan Rasa itu
Sometimes i wonder
Adakah Rasa ini akan macamni sampai kitorang dah tua kerepot
Memang i do pray supaya rasa ni akan kekal sampai bila bila
Sebabnya i really love being in love and being loved

Agaknya sebab tu la I really love my baby zara
Kadang kadang rasa macam sangat tak percaya yang I am now a mother to a lovely daughter
Baby Zara yang sangat sweet
Bersuara lembut
Berambut lembut
Tapi suka kentut kuat kuat macam si dadi dia
Suka tido angkat tangan macam dadi dia jugak

Kalau nak tau Baby zara nak tido ataupun tak
Waktu dia menyusu, dia akan buat tangan macam hamtaro
Kalau dia tak buat tangan macamtu
Maknanya dia takkan tidur

Sangat happy bila tengah malam baby zara bangun
Dia jarang menangis
Biasanya dia akan berbunyi bunyi je
Rasa happy bila salinkan pampers dia tengah tengah malam

Mr husband pun dah banyak membantu
Tengah tengah tidur kalau dia dengan baby zara n i bising bising nak saling pampers
Dia akan tolong ambikkan bakul baby
Kalau baby zara menangis atau berbunyi
Mr husband akan tepuk tepuk baby

Mr husband dah applykan lagu wonderpets tu dalam kehidupan dia
Hahhahahahha
Sebab i keep on reminding him
Apa yang penting?
And he will answer
Kerjasama

Masa balik ampang pun mr husband banyak membantu
Lucky me

Malam semalam masa nak menyusukan baby zara
I bising bising kat baby zara sebab dia dah masukkan mulut dia
Tapi dia lepaskan
Pastu dia marah
Kaki dia menendang
Tangan dia bergerak gerak

Kesian baby zara
So i cakap kat baby zara
“zara, zara kena help mama to help you”

Pastu mr husband pulak sound si mommy ni
Mr husband cakap
Baby tu dah la helpless
Dia tak tau buat apa apa pun
Awak nak bagi baby makan
Hati kena bersih
Nanti hati busuk tu masuk kat baby
U share the same blood dengan baby

Macam sentap sket bila mr husband cakap macamtu
Tapi memang la kan
Baby zara tu sangat helpless
Bukannya dia boleh guna tangan dia untuk masukkan betul betul puting dalam mulut dia
Dia Cuma boleh gunakan mulut dia untuk suck
Sian tengok zara muncung muncung
Zara kalau nak nenen memang dia akan muncung muncungkan mulut dia
Kalau dia tanak nenen, dia takkan bukak mulut langsung
Even kalau breastmilk tu letak dalam botol susu pun
Biasanya dia akan berpura pura minum
Lepastu dia akan keluarkan susu tu dari mulut dia
Naughty betul si zara ni

Few days after lahir haritu zara dah pandai senyum
Ni cukup 40 days, zara dah pandai gelak
Tapi gelak dia tak berbunyi
Dia belum pandai nak sync-kan suara dengan action kot
Oh... sangat su-weetnya

Kadang kadang kalau tengok zara dah men-jebik macam nak menangis
I akan cepat cepat angkat zara dan cakap, “zara, kalau tak perlu nangis, tak payah nangis”
Nanti dia terus tak jadi nangis

Semalam, masa tengah menonton televisyen dengan mr husband
Ada iklan fair n lovely
Pastu mr husband cakap
“sekarang plak tiba tiba ramai orang nama zara”

Derang memang suka tiru nama anak kita kan mr husband!!!

Tiada ulasan: