Khamis, Disember 21, 2006

four more days to go.
Okay. makin lama baru rasa makin eksaited.
Pernah rasa tensen, sakit hati, tertekan
Sekarang ini makin hari makin eksaited.
benda-benda yang menyesakkan pikiran pun banyak dah bertukar jadi mendamaikan dan menenangkan jiwa.

perkara dengan si PeNiS (seperti kata nizam ) biar je la. Tahun depan pun takpe. Well, at least kita dah cuba. dan walaupun kitorang dah invest dalam RM12K, tapi nampaknya tak dapat jugak buat tahun ni. Ni la masalah negara tercinta ni yang penuh dengan birokrasi. Aku, mak dan abah pun dah sampai memanjat Mecd. Orang2 kat mecd okay. Orang2 kat PeNiS tu jugak yang leceh. Tak membantu langsung. Di ulangi Langsung. Kamon la, kerajaan dah bagi grant berjuta juta. Susah sangat ke nak salurkan pada rakyat. tambah plak bukan mintak free. Aku kena bayar balik dengan 4% interests dan lain-lain syarat. ( sama macam interests PTPTN yang aku sangat sakit hati untuk bayar )

Nak buat loan dengan bank jangan cakap la. pegawai bank yang aku jumpa kat bangsar tu dengan sinisnya berkata, "orang melayu yang berduit takkan hantar anak ke tadika awak. macam saya pun, nak hantar anak ke tadika islam". Sebab dia sangat belagak dengan aku, jadi aku cakap, "maaf la, tapi saya lebih menekankan pendidikan sekular".

Don't get me wrong. Aku suka juga tadika islam. Tak salah. Tapi aku nak buat benda yang aku tau. Takde maknanya la aku buat tadika islam dan pada masa yang sama diri aku sendiri tak cukup ilmu. Ibadah aku pun kurang. Tunggu aku perbetulkan diri sendiri dulu sebelum aku mendidik orang lain. ( itu apa yang aku rasa )

Lagi nak cakap kampeni aku tade track record la, ape la. Sah2 la sebab kampeni aku tu baru ditubuhkan. Tapi tengok la jugak, kampeni aku bukan enterprise. Kampeni aku bertaraf sendirian berhad. Dan memang aku dan nizam betul2 ikut procedure. Bukan buat tangkap muat.

Cukup pasal itu.

Kejap lagi nak pegi tempah kek. Nizam kata nak kek yang tebal dan besar. Of course la bukan cheese cake. dia memang tak makan kek. Lagipun cheese cake kat secret recipe penyek2 je. Kalau masih wujud kek cokolat marshmallow memang confirm akan aku belikan kek tu. Tapi kek tu dah tak wujud.Tengok la nanti kek apa yang ada. Dah pesan awal-awal pada nizam yang aku nak kek tiramisu. Kek yang paling bes kat secret recipe tu. Wehehheheheh.

Ada sneak peak. Ni salah satu barang yang dijadikan hantaran pada nizam. Theme color aku ialah creme maroon.



Theme color nizam plak biru. Nizam tak sangka ramai ahli keluarga dia yang nak ikut. Setakat ni yang diorang kira dah dekat 30 orang yang akan follow. Mengalahkan rombongan kawen plak.

Yang kelakarnya, bila nizam bitau kawan dia, kawan dia itu nak ikut. Bukan setakat nak ikut, ajak lagi member untuk ikut skali. Hooooo..... takpe la. Bole la teman nizam masa menunggu tu nanti. (kan orang lelaki tableh ada masa upacara bertunang tu. Bila dah habis sarung cincin tu, baru la dia bole datang.

Rabu, Disember 13, 2006

. h . a . a . i . h . h .

Kadang-kadang rasa makin tensen. Ada satu masa aku penah message nizam, cam nak soh dia kensel. Tensen wooooo.
Dulu awal-awal memang eksaited sangat-sangat.
Macam warna warni.
Makin lama makin banyak yang buruk terkeluar. Macam warna hitam, kelabu taik anjing.

Kebanyakan barang untuk hantaran nizam dah beli. Benda-benda yang belum lagi cuma kain baju melayu, songket, belt, buah2, kek, ( yang ni sah2 la kena beli sehari sebelum majlis )

Aku bernasib baik sebab yong banyak sponsor untuk barang-barang hantaran untuk nizam ni. Nanti bila dah sampai masanya nanti, boleh la aku letak gambar barang2.
Untuk barang-barang dari nizam kepada aku plak, patutnya 7 dulang je. Sekarang dah jadi 9 dulang. Hantaran dan hiasan tu semua aku buat sendiri je. Lagipun dah ada experience masa buatkan hantaran yong dulu. Tu yang hantaran dari belah nizam satu malam je aku buat. Yang dari aku untuk nizam je yang tak siap-siap lagi. Asyik tangguh-tangguh je. Macam tade mood pun ye jugak.

Sekarang dah dapat banyak request untuk kindergarten teacher. Hari-hari ramai yang telefon. Loan belum dapat lagi ni. Banyak betul songeh dari pns. Macam-macam yang derang nak. Lagipun process tu lambat sangat. Nak mati aku tunggu. Ni pun salah satu benda yang mentensenkan diri.

Hari Khamis malam mak n abah nak datang.Hari jumaat nak balik ipoh.
Tinggal seminggu je lagi sebelum majlis.
Aku ajak nizam datang majlis tu nanti.
Sebab ada sate. Makanan faberet nizam adalah sate.
Rugi kalo dia tak datang.

Esok hari khamis nak pegi hantar dokumen yang diperlukan oleh pns.
Harap-harap tade masalah dah
Harap-harap loan boleh diproses cepat-cepat supaya aku bole run bisnes cepat-cepat.

taraaaaaaa