Jumaat, Jun 23, 2006

. l . e . p . a . p . i . l . l . o . n .

Penat sangat. Sampai tertidur selama doplo minit kat opis ni. Biasanya penat macamana pun, aku tak tidur kat opis. Tapi harini tertidur. Kesiannya diri aku ni. Penat.

Walaupun aku kata aku ni multitasking, tapi incik Nizam kata badan aku tak larat. Oohh… Sekarang aku suka panggil dia dengan nama Nizam. Mengapa tah? Tapi I likee…

Kereta tak bleh jalan, sebab tableh masuk gear 1. Pasal tah. Dalam masa sibuk2 ni la kereta problem. Susah juga ni.

Dah 2 malam tido kat De Palma. Suka la kalau hari-hari tido hotel ni. Rasa bahagia.

Hari-hari ada tusyen. Sampai dah naik menyampah Aku buat benda ni sebab aku minat bidang pengajaran ni. Tapi bila hari-hari kena mengajar, terkejar-kejar jugak la. Penat.

Derngan projek beribu ringgit yang belum siap lagik. Incik Managing Director saya sudah bising-bising soh saya siapkan cepat-cepat. Maaf incik managing director. Saya susah. Sya banyak kerja. Incik tengok je la, saya langsung tiada masa untuk diri sendiri. Saya pulang ke rumah hanya setelah lewat malam. Saya kepenatan. Minggu ini mungkin saya agak free tetapi saya kena menghantar kereta ke bengkel. Oohh…. Lupakah?? Incik Managing Director kan akan menemani saya ke bengkel.

Mebbe esok atau ahad aku nak ke pusat rawatan kecantikan. Mahu mandi susu dan membuat sedikit perawatan pada badan. Lagipun ni la masanya nak manja-manjakan badan ni. Supaya nanti bila tiba harinya naik seri sket. Hari-hari penat je.

Aku jatuh cinta pada lagu ini,

Film: Le Papillon
Directeur: Philippe Muyl
Acteurs: Michel Serrault; Claire Bouanich
Musique: Nicolas Errera

Pourquoi les poules pondent des oeufs?
Pour que les oeufs fassent des poules.
Pourquoi les amoureux s’embrassent?
C’est pour que les pigeons roucoulent.
Pourquoi les jolies fleurs se fanent?
Parce que ça fait partie du charme.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C’est pour faire parler les curieux.

Pourquoi le feu brûle le bois?
C’est pour bien réchauffer nos coeurs.
Pourquoi la mer se retire?
C’est pour qu’on lui dise \"Encore.\"
Pourquoi le soleil disparaît?
Pour l’autre partie du décor.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C’est pour faire parler les curieux.

Pourquoi le loup mange l’agneau?
Parce qu’il faut bien se nourrir.
Pourquoi le lièvre et la tortue?
Parce que rien ne sert de courir.
Pourquoi les anges ont-ils des ailes?
Pour nous faire croire au Père Noël.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C’est pour faire parler les curieux.
Ca t’a plu, le petit voyage?
Ah oui beaucoup!
Vous avez vu des belles choses?
J’aurais bien voulu voir des sauterelles
Des sauterelles ? Pourquoi des sauterelles ?
Et des libellules aussi,
A la prochaine fois, d’accord.
D’accord.

Je peux te demander quelque chose?
Quoi encore?
On continue mais cette fois-ci c’est toi qui chantes.
Pas question.
S’il te plait.
Non, mais non.
Allez, c’est le dernier couplet.
Tu ne crois pas que tu pousses un peu le bouchon?
Pourquoi notre coeur fait tic-tac?
Parce que la pluie fait flic flac.
Pourquoi le temps passe si vite?
Parce que le vent lui rend visite.
Pourquoi tu me prends par la main?
Parce qu’avec toi je suis bien.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C’est pour faire parler les curieux.


Mana tah nak carik movie ni kat Malaysia. Mengenai persahabatan budak berumur 9 tahun (pompuan) dengan seorang tua(lelaki). Dalm cerita ni orang tua ni jiran dia. Satu hari orang tua ni kena babysit dia. Dan Le Papillon dalam bahasa Melayu adalah rama-rama. Lagu ni dinyanyikan oleh orang tua tu dan budak tu.

Aku suka ayat di antara ayat terakhir tu

-Pourquoi tu me prends par la main
+Parce qu¡¯avec toi je suis bien

Yang bermaksud

-Why do you take me by the hand
+because with you I am well

Kepada incik Nizam, kalau awak hairan kenapa saya suka pegang tangan awak, kerana dengan awak saya rasa tenang. Saya rasa aman, Saya rasa tenteram.



. p . e . n . a . n . g .

Cerita Penang dah basi, tapi masih tak apdet. Biar lama lama kang lupa plak. Seronok betul dok otel 5 bintang ne. Kalau tau tapayah bawak berus gigi, baju tido, semua dah disediakan. Seronok berendam dalam bath tub. Walopon aku malas mandi pagi, sebab ada air panas dan bath tub yang lazat tu, jadi pagi-pagi lagi aku dah berendam dengan nyamannya.

Incik Nizam yang tahape-hape tu makan brekfes pun sikit. Ape tah. Aku berualng lebih 10 kali ke tempat hidangan tu. Macm-macam jenis makanan ada. Makanan melayu, makanan jepun, omputih, cina, pendek kata semua la ada. Bes.

Walopon pegi atas urusan kerja, tapi besnya sebab ada jugak masa untuk berjalan-jalan. Kawan incik nizam iaitu boy sangat bermurah hati untuk meluangkan masa dengan kitorang selama dua hari dan juga membawa aku dan incik nizam berjalan-jalan di sekitar Bandar Pulau Pinang tu. Juga membawa kitorang ke karoke yang mana menyebabkan pada hari ahad aku dan incik Nizam sudah kehilangan sedikit suara. Haiyoohhhh….

Sebelum pegi Penang, abah sudah menelepon incik Nizam dan berpesan kepadanya supaya tidak membuat apa-apa yang boleh mendatangkan syak. Ahahhahha. Dan aku memang salute pada incik Nizam yang mengotakan janjinya pada abah. Even masa aku ke bilik dia dan dalam bilik dia ada boy pun dia bukak pintu. Incik Nizam kata dia buat itu sebab dia sudah berjanji pada abah.

Dari Penang kitorang naik flight pukul 10 sengah ke KL. Sampai pukul 11. Naik bas ke sentral. Kereta memang dah parking kat sentral. Inilah kelebihannya bekerja di Sentral di mana ada access card dan boleh parking selama mana yang dihajati dan parking ini dibuka 24 jam. Boleh keluar masuk bila-bila masa yang disukai. I likeeeeeeee.

Sampai rumah dekat kol 2 la jugak. Gile penat badan ni. Dan aku perlukan banyak hari untuk regain my energy. Untuk kembali seperti biasa.

Aku dah kata kat incik Nizam, taun depan masa pegi Sabah, nak dok hotel je. Tanak pegi jalan-jalan. Tapi ank dok hotel lima bintang. Ahahhahahah…. ( macam mampu je. Nak dok 5 hari plak tu )

Sangat berterima kasih kepada kampeni sebab menaja penginapan dan kapal terbang untuk aku dan incik Nizam.
Terima kasih daun keladi. Lain kali bole la sponsor lagi.

Rabu, Jun 14, 2006

. g . o . o . g . l . i . s . m .

Googlism.com will find out what Google. com thinks of you, your friends or anything! Search for your name here or for a good laugh check out some of the popular Googlisms below

Googlism for: shahinaz
shahinaz is soooooo cool
shahinaz is te worest singer in the world sender ip
shahinaz is a good pop singer

So, this is it.

1 . I know that I'm not that cool.
2 . I am not a good singer but I know that I’m not the worst singer.
3 . Am I? No.

So this thing is totally wrong. Hahahhahaha. Sape soh pecaya pun.

Harini adalah hari yang super free. Seronoknya. Sampaikan telefon cyberjaya Tanya kalau ada kerja yang nak disalurkan ke sini.

Sebenarnya dah berapa lama sangat bekerja macam nak mati. Even on weekend pun bz. Pegi Seremban la, last week pegi jengka. Ofismet naik pelamin. Dan this week kena pegi penang plak. Nasib baik kampeni soh incik jack pegi skali. Sekurang-kurangnya aku akan rasa bahagia.

Suka la, haritu pun pegi Seremban bleh bawak incik Jack. Pegi Jengka pun incik Jack pegi. Pegi mana-mana pun misti nak ada incik Jack.

I like !

Rabu, Jun 07, 2006

. b . u . k . u .

Lama tak menulis. Tapi tiba-tiba rasa nak menulis dan bercerita mengenai buku cerita.

Aku suka membaca. Masa sekolah rendah aku suka membaca buku enid blyton. Dan memang kalau ke kedai buku, aku akan carik buku enid blyton. Ada juga membeli buku terjemahan seperti malory tower yang diterjemahkan kepada seri melur dan masa tu rasa macam lazatnya kalau bersekolah di boarding school.

Masa sekolah menengah aku gila membaca buku-buku ahadiat akashah, zuraidah othman dan buku-buku yang sewaktu dengannya. Aku juga minat membaca sweet valley high, iaitu kisah si kembar. Masa tu juga aku mula mengenal cerita tulisan Roald Dahl, penulis cerita Charlie and the chocolate factory. Aku suka membaca tulisannya. Paling aku suka cerita Matilda. Baru-baru ni berkesempatan menonton Matilda di kaca televisyen di rumah. Asyik.

Masa aku tergila-gila baca cerita Charlie and the Chocolate Factory, tiba-tiba aku terjumpa gula-gula wonka. Bayangkan, pada tahun 1996, 10 tahun yang lalu di mana masa tu Charlie and the chocolate factory belum terkenal dan aku jumpa gula-gula wonka. Hahahhahaha. Tapi tu la sekali aku jumpa Ipoh.

Bila aku mula menetap di kl pada 2000, kalau pergi 7-11, misti akan jumpa gula-ula wonka. Dan aku akan beli semua jenis gula-gula wonka tu. Lazat. Tiba-tiba gula-gula tu dah tade di pasaran Malaysia. Hairan. Tak lama, aku pergi ke Great Eastern, aku jumpa balik gula-gula tu dan ada 2 jenis. Pegi lagi skali dah tade. Dan sekarang, bila movie tu keluar, langsung dah tade jual gula-gula wonka.

Waktu aku praktikal, aku rajin membeli novel-novel dewasa terbitan alaf 21, creative Enterprise. Cerita mengenai wanita dewasa dan permasalahan hidup. Tapi, makin lama aku rasa macam cerita-cerita tu semakin membosankan. Terlalu fantasi. Mungkin?

Aku benci membaca mengenai perempuan / lelaki muda yang kaya raya. Watak-watak yang mewarisi perniagaan bapa yang menguruskan projek jutaan dan billion ringgit. Perempuan yang hidup susah dan kemudian berkahwin dengan lelaki kaya yang membuat hidupnya menderita. Atau perempuan yang cantik sehinggakan walau di mana saja dia pergi, misti akan ada orang yang mengoratnya. Terlalu cliché.

Aku bukan penulis, tapi aku suka menilai buku-buku yang dibaca. Dan yang aku nampak, semuanya sama. Membosankan.

Aku mahu membaca cerita yang berkisarkan kehidupan seharian. Mengenai orang-orang macam aku. Yang menjalani kehidupan yang biasa. Yang terpaksa bersusah payah bekerja dan membuat dua tiag pekerjaan sekaligus untuk mencari rezeki supaya boleh menampung keperluan barang-barang yang semakin naik harga. Yang hanya mampu memakai kereta kancil kerana harga dan minyaknya murah. Yang limitasi kad kreditnya sedikit. Bukan pemegang kad kredit platinum yang membolehkan membeli belah tanpa perlu mengira budget. Yang kalau berjumpa dengan kawan-kawan, samada berjumpa di warung , gerai-gerai, ataupun kfc dan bukan di coffe house hotel, di lounge atau di mana-mana tempat yang high class. Aku yang hanya mampu melancong di dalam negara dengan menaiki air asia kerana harganaya murah dan bukannya setiap kali cuti, pergi menjejaki kanggaru di negara Australia ataupun menaiki bas dua tingkat di England.


Aku mahu membaca cerita begitu. Pada pandangan aku, pembaca melayu amnya adalah dari golongan sederhana. Aku tak fikir seorang managing director atau presiden syarikat akan membaca novel-novel melayu. Lantas, untuk apa bercerita mengenai mereka. Nak membuatkan pembaca khayal dengan dunia fantasi? Sama la macam cerita-cerita di slot Samarinda yang tak habis-habis menayangkan cerita-cerita dunia korporat. Berapa kerat orang-orang korporat yang menonton Samarinda?? Aku jelik.

Sebab tu, aku sudah berhenti membaca novel melayu yang pada aku sangat fantasi. Aku tercari-cari novel yang menceritakan kisah orang-orang seperti aku dan setakat ni, aku belum berjumpa. ( kalau ada sila khabarkan )

Sekarang, aku masih suka membaca, dan aku sudah beralih pada novel novel bergenre “chick-lit” . Seperti p.s : I love you daripada Cecilia Ahern, Siri shopaholic dari Sophie Kinsella, juga I do (but I don’t) karya Cara Lockwood. Aku juga menggemari filem I do (but I don’t ) itu. Sungguh teruja dengan Mr. Superman, Dean Cain.

Novel-novel ini lebih menunjukkan reality seorang perempuan biasa. Struggle untuk terus menjalani kehidupan. Yang kadang-kadang berbelanja dengan banyak dan kemudian menyesal kerana sebenarnya budget tidak mengizinkan untuk berbelanja sebanyak itu. Yang kadang-kadang ada masalah dengan percintaan tapi bukan sehingga sanggup makan hati dan duduk berdiam diri. Yang tahu macamana boringnya menjalani kehidupan yang biasa dan memenatkan.

Sekarang aku mengintai-intai novel dari Indonesia. Di Indonesia banyak novel yang dialihbahasakan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Indonesia. Aku hairan, kenapa la Malaysia tak baut macamtu. Apapun, aku memang berazam, bila ke Jakarta aku misti akan borong novel banyak-banyak.

Ada sebuah buku yang aku baca di library masa sekolah rendah dan tajuknya totto Chan, gadis kecil di jendela, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan 1980-an. (tak ingat tahun sebenar). Aku tidak lagi menjumpai buku itu di kedai-kedai buku di Malaysia ini. Ke mana saja aku pergi misti aku akan cari. Even semasa aku di Sabah pun aku tetap mencari buku tu.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mengorder saja buku itu dari Indonesia. Dan memang terujanya rasa bila berjaya mendapatkan buku tu. Di Indonesia tajuknya Totto Chan-gadis cilik di jendela. Memang di Malaysia ada jual buku ersebut dalam Bahasa Inggeris, tapi aku nak membaca dalam bahasa Melayu. Bahasa Indonesia pun mirip kepada Bahasa Melayu juga. Dan aku sangat genbira.

Sekarang, tengah cari buku-buku yang bes di Indonesia sana untuk diorder.