Selasa, April 30, 2013

persiapan untuk bercuti

hahahahh
tajuk tak boleh kalah

ni benda yang menyebabkan i bersemangat nak menjalani hari hari
selalu pergi holiday dekat dekat je
naik kereta sejam dua dah sampai
kalini sebab nak naik kapal terbang
jadi
eksaited adalah terlebih

dan dengan membawa dua orang budak kecil
dan tiada transport
memang akan mendatangkan migrain

preparation mesti kena tip top
supaya perjalanan lancar

trip ini adalah untuk ke johor
boleh cuba pergi dekat dekat dulu
sebelum pergi jauh jauh kan
masa nak beli tiket tu i dah tengok juga tix ke kk, kuching, jakarta pun i tengok
hehehehhehehe

tapi bambang ( i tanak dah panggil mr husband, sebab in real life pun i selalu panggil beliau bambang)
kata nak pergi johor
sebab nak perg legoland n little big club + hello kitty
nak bagi fair sebab yaya dah pegi last year

so start lepas beli tiket
mula la nak carik hotel, packages yang berbaloi baloi
memula dah booked silka hotel untuk 3d2n package
tapi cancelled sebab walaupun murah, dia cuma bagi legoland n hello kitty je, bukan legoland + hello kitty + little big club

pastu mula la rasa baju nak berjalan pun tade
so what we did last sunday was shopping baju macam nak raya
dan yang paling bes
i ada baju yang sama macam yaya
nanti boleh pakai sama sama

dah beli baju
nak beli stroller pulak
i memang ada satu stroller
yang baru few times pakai
tapi
dah lama sangat tak pakai dan warna pun faded
dan ada satu je pun
anak i kan dua orang
dan yaya dan affan memang suka berdukung
masak la nak dukung sepanjang perjalanan

mula mula carik twin stroller
i dah hampir hampir beli cosatto twin bro n sis stroller
sangat sangat comel
tapi out of stock
ada jugak plan nak beli joovy caboose
beli direct from manufacturer
murah. sangat murah
tapi bambang macam tak yakin
lagipun macam nak yang lightweight dan senang bawa

so akhirnya kita beli my dear buggy je
murah pun murah
sangat murah sebenarnya
rm109.90
dua baru 219.80 dan juga free delivery
ini beli terus dari website mydear
penjimatan berganda ganda tau dari bajet asal




sebab dah jimat banyak kan
mula la hati menggeletek nak beli macam macam lagi
nak beli rain cover for each stroller la
bambang macam biasa la, bila i tanya boleh beli atau tak
dia akan kata sukati

tapi itu masih pending
i tatau perlu beli atau tak
macam la akan berjalan di waktu hujan kan
hopefully waktu pegi legoland hari tak hujan
kalau tak mesti i menyesal

bila dah beli stroller
dah i rasa kena carik stroller bag
ngengada kan
tapi carik carik
dan i rasa tak perlu sebab
i dah cek dengan askairasia
kita boleh bawa stroller sampai tangga naik kapal terbang
dan lepas tu baru fold dan bagi pada staf untuk simpan
masa turun kapal terbang nanti dia bagi la stroller tu

bagus la kalau macamtu
dan harapnya semua akan smooth

masa beli tiket haritu
i siap siap order  meal set untuk dimakan dalam flight
sebab i know
my 2 kiddos tu mesti nak makan punya

semalam
sebab i tambah baggage
i pun tunjuk gambar makanan kat diorang
diorang pun nak tambah lagi meal

semalam juga
bambang dah setelkan tickets untuk all parks
tengah nak tunggu tix tu sampai je

affan tak payah beli tiket
sebab i dah email both legoland n hello kitty
i tanya pasal affan yang tahun ni 3 tahun, tapi birthday adalah pada bulan 7
should i or should i not buy entrance ticket for him

ini jawapan dari puteri harbour (hello kitty & little big club)


Hi! Nurul Shahinaz Amiruddin,

Thank you for contacting Puteri Harbour Family Theme Park. We are glad on your interest to visit us.

With reference to your enquiry, we attempted to contact you but regrettably, the call was unanswered.

Kindly note that the entrance fee applies for 3 years old and above. If your son has not reached her third year birthday on the visit date, it is free admission for him.

With this, we have included the fee structure for your easy reference.

Attraction
Ticket Type
Without MyKad
With MyKad
Hello Kitty Town
Adults / Children
RM 75.00
RM 55.00
The Little Big Club
Adults / Children
RM 75.00
RM 55.00
2 Park Pass
Adults / Children
RM 110.00
RM 85.00
Notes :
* MyKad refers to Malaysian identity cardholders
* Free Admission for kids under 3 years old.
We look forward to your visit and have a nice day!

Thank you!
Puteri Harbour Family Theme Park

i suka tau jawapan dari puteri harbour 
sebab email dia adalah personal
bukan macam sekali hantar kepada ramai ramai
(walaupun dia pakai tempelate, tapi nampak personal)
csr yang bagus

compared to legoland
i hantar email dia tanak reply tau
tapi sebab bambang hantar email pakai email company
cepat je dia jawap
dan jawapan dia tak bes

Dear Sir,

Thank you so much for your interest in LEGOLAND parks.

Kid below 3 is FREE.

Hope this information helps.

itu je
tak cakap pun dari siapa ke ape ke
cis
CSR yang tak bagus

so
masih lagi pasal tickets
carik punya carik punya carik
i jumpa satu deal yang sangat sangat menarik hati

sebab price for  hotel + parks package adalah xtremely high compared to the one yang i jumpa
sebab tu i cuba cari satu satu

i dapat package all parks, legoland + hello kitty + little big club dengan harga cuma rm165 per adult and rm145 per kid
murah kan
sebab tiket masuk legoland biasa je dari rm110-140 n puteri harbour 2 parks rm85
dapat harga macamni adalah sangat berbaloi
so we bought 2 adult n 1 kid cuma rm475

we get this deal from eazytravels.com
walaupun published rate dalam tu adalah rm179 for adult and rm162 for kids, 
tapi bila kita contact and ask for rate/invoice
dia akan bagi 165 n 145
so big savings there

for hotels pula
bambang ada kata nak duduk 2 hotels
first night tu nak duduk di hotel dalam jb town
yang second night tu nak duduk kat le grandeur sebab dekat dengan airport
tapi i rasa macam tak berbaloi la plak
le grandeur without breakfast adalah super cheap
tapi bila add on breakfast, adalah extremely expensive
tapi takpe
i nak tunggu hari jumaat ni sebelum book
sebab
agoda ada sale every friday
dan juga boleh check dengan latestays

ok
ini dulu untuk hari ini
nanti ada tambahan
i sambung




Selasa, April 16, 2013

on sickness, birthday and present

weekend was awful. we started our friday night by yaya n affan vomiting non-stop. mr husband patutnya ada tournament bowling, tapi terpaksa tak pegi sebab yaya n affan sakit.so i had a sleepless night sebab affan kena diarrhea jugak. kejap kejap salin pampers, menadah muntah.

tengah malam, sebab i kan tak tidur, bila dah sampai 13 april, mr husband datang bagi birthday present pada i. i terkejut. birthday present adalah sangat menarik. sangat berharga. even ipad / s3 pun tak dapat menandinginya. hikhikhik

macam tak pernah dapat present mahal kan? padahal, handphone, notebook,pun semua mr husband yang belikan. i cuma perlu merengek rengek cakap i tade gajet tu, nanti mr husband mesti akan beli. tapi itu diberi pada hari hari biasa. tapi ini birthday. waktu birthday i tak pernah (ye ke?) dapat present yang sangat precious macam nih. even rantai tangan yang i dapat masa kawen pun tak semahal benda itu.  (a)

pagi sabtu pergi kerja . mr husband bawa yaya n affan pegi klinik. balik kerja, plannya nak pegi kenduri, tapi terpaksa cancel sebab yaya n affan masih muntah muntah. so we stayed at home. malam pergi rumah mak sebab nak sambut birthday.

mak n abah bagi i present (b) . mula mula i tengok iklan dalam surat khabar. masa baca sothabar tu i was at mom's place. pastu i ada la cakap yang i teringin nak beli. terus mak i cakap nanti dia belikan as a birthday present. waaaaaaaaaaaah. i sukaaaaaaaa

since itu adalah sambutan birthday i, siap mak n abah beli kek. i pun bagi present (c) juga pada mak n abah. itu bukan benda berharga, tapi ada semtimental value yang sangat tinggi. mak happy. memula ingat nak bagi masa birthday abah, which is on may 10th. tapi waktu tu papa i pergi umrah. nak tunggu birthday mak atau anniversary mereka adalah sangat lambat.

presentnya itu melalui perjalanan yang sangat jauh. susah payah nak mendapatkannya. lagipun kalau i sorang, mesti takkan dapat bendanya. tapi dengan pertolongan rakan sekerja.ianya menjadi mudah.

cukup untuk hari ini. gammbar malas nak letak. later later la.


a . gold bar
b . pemanggang ajaib
c . buku anak itik hodoh : kumpulan cerita pari pari

Jumaat, April 12, 2013

kyoto protocol

Selasa, Mac 26, 2013

with a few good friend

oke la
lagu tak berapa nak lama
dah lama nak cari
tapi don't bother nak cari

today
while watching little black book
ada keluar penyanyi ni
carly simon
which makes me remember of this song



With a few good friends
And a stick or two
A house is built at a corner called Pooh
With a friend and a stick
Or three or four
A house is built where it wasn't before
With a window here
And there a door
And a nail and peg
For the coat of Eeyore
With a few good friends
And a stick or two
A house is built at a corner called Pooh
With a friend and a stick
Or three or four
A house is built where it wasn't before
Dress it down
Or dress it up
Invite Tigger for tea
And Owl for supper
With a few good friends
And a stick or two
A house is built at a corner called Pooh
With a friend and a stick
Or three or four
A house is built where it wasn't before
With a few good friends...

Sabtu, Mac 23, 2013

on i merajuk, cik zara operate kaki, n mr husband yang sweet

last few days i merajuk dengan bambang
sebab apa eh?
oh
sebab dia selalu kerja malam

nak kerja malam is fine
tapi
bila dah memudaratkan diri
sampai every night pun kerja malam
pukul 9.30 malam pegi keje
pukul 5.30 atau 6 pagi balik rumah
pastu nak siapkan anak anak
pukul 7.30 pagi pegi keje
pukul 6 balik kerja
pukul 9.30 malam pegi keje lagi

and it's still fine by me
kalau dia nak kerja macamtu
i suka je bila dapat duit banyak

tapi bila dah melibatkan kesihatan
sampai kena pegi hospital pukul 3 pagi
benda ni menyebabkan i jadi takut / marah / risau

kalau kerja malam seminggu sekali atau dua kali cukup la
jangan la hari hari
i risaukan kesihatan dia
dan kalau apa2 berlaku pada dia
apa akan jadi pada kids and i
i belum cukup kuat nak hidup without mr husband

so cerita pasal i merajuk ni
even mr husband belikan i burger pun i tanak makan
pastu bila dah pagi, pedih perut sebab lapar

on friday i cakap nak pegi shabu2
sebab nak bagi cik zara happy
hari sabtu dia nak operate kaki
nak buang ketuat

tapi shabu shabu, macam biasa sentiasa full house
so kitorang pegi parade sebab zara nak makan spygeti
pegi kenny rogers

lepas makan
i singgah popular
sementara tu mr husband bawak anak anak pegi mana tak tau

pagi tadi
lepas zara habis operate
operate kaki zara kejap
dan sebab kena bius
dia tak rasa sakit kot
tapi i yang tengok prosesnya tu rasa sangat ngilu
mula2, kena cucuk (yang ni i tak tengok, takut)
masa cucuk tu zara menangis sakit
start dari situ i pegang dia sampai habis proses

lepas dah bius
mula la proses
ada pakai macam dawai bulat
yang letak kat kaki zara
dan macam membakar daging ketuat tu

(i bercakap sebagai seorang layman yang tiada asas medic, so i don't know the terms or even the name of the 'things')

pastu gunting gunting
lepas gunting tu i takut dah tengok
ngeri
mr husband n affan je tengok
sepanjang masa tu i peluk je zara
i duduk tepi katil n zara baring atas katil
terkebil kebil je zara
nasib la dia tak rasa sakit

lepas dah setel semuanya
mr husband hantar i pegi kerja

sampai kerja
i terus keluarkan laptop dari beg
pastu sebelum simpan beg, i tengok la dalam beg kot ada apa apa lagi nak letak atas meja
tengok2 ada benda berbalut kertas gold
terjerit i
bila bukak
tengok ada benda yang dah lama i nak
its an external hard disk

teruja i tau
sangat sangat teruja

setiap kali ada pc fair kat ipoh (which adalah every month)
i cakap kat mr husband i nak beli external hard disk
tapi tak beli pun

memang seronok la dapat prezen
lagipun
i mana pernah dapat prezen mahal mahal
hikhikhikhik

malam tadi
mr husband tanya
"suka ke dapat hard disk. dah berapa lama nak?"
pastu dia hulur tangan
ingat nak apa
rupanya nak suruh hug
ceeeeeh

ey bambang
thanks a lot
i love my new toy
n thanks
sebab sabar dengan i yang merajuk tak sudah nih