Khamis, Februari 21, 2013

schedule

24 feb zara n affan ada persembahan di terminal aman jaya
kena be there at 5.30pm
start pukul 6pm
i'm gonna be part of it la jugak sebab i kena pegang affan yang nak buat show tuh
hahahahahhaha
gedik

petang ni ofis ada makan makan sempena cny
so we r going to shabu shabu
tengok gambar macam bes
harap harap betul betul bes

maknanya malam ni mr husband la kena pegi kelas muzik dengan affan
harap harap affan ok
mama tak dapat teman sebab mama nak makan

on 7th March I'm going to cyberjaya
jumpa kawan lama 
yang dah lima enam tahun tak jumpa
berkaitan kerja
luckily i ada kawan yang bekerja di jabatan itu dan willling to help
sukanya
thanks friend

9th-10th March
ada roadshow di stadium
dalam banyak banyak staf
nama i jugak jugak yang naik kena pegi roadshow
i dah kata
soh la budak budak muda dan yang lawa/segak/hensem
nak soh i yang kertu ni jugak

11th-14th March 
Student exam n presentation
lepas diorang presentation i kena hantar markah cepat cepat
sebab ada lagi benda yang menunggu

16th March
sekolah yaya buat kursus untuk parents
parents kena attend
kursus foniks bm 
nak ajar anak foniks 

24th-29th 
kursus yang berkaitan dengan 7th March punya hal
cuti sekolah
i saja pilih tarikh kursus yang itu sebab lokasi di de palma ampang
so i boleh minta tolong parent in law untuk jagakan anak anak i di siang hari
malam malam i bawak la diorang tido hotel
kebetulan mr husband pun ada kursus pada waktu itu
cuma lokasinya di terengganu
at least
kids gonna be with me
tade la anak anak tinggal di ipoh

dalam banyak banyak benda
i tak boleh berpisah dengan anak anak i
kalau anak anak pegi holiday n tinggalkan i takpe
sebab they are going to enjoy themselves
tapi i tanak la sebab kerja
i kena tinggalkan diorang
i ni kan perempuan
mak pulak tu
tugas mak adalah menjaga dan mendidik anak anak
kerja nombor dua
tapi tak la bermakna buat kerja sambil lewa

waktu kerja buat la kerja betul betul
cuma tak perlu kot nak kerja lebih masa atau bawak kerja balik rumah
kat rumah jadi mak sudah
uruskan rumahtangga
selain main candy crush

ok la
sudah

Selasa, Februari 12, 2013

Weekend without the kids

3 days without the kids
I mati kutu
Sampai tatau nak buat apa

Rasa macam orang dalam pantang pun ada jugak
Sebabnya tilam bantal semua letak kat hall
Pastu baring je
Ngantuk tido
Makan pun atas tilam

Semalam dah dekat pukul 10 malam ajak mr husband keluar
Pegi icity ipoh yang first time menjejak kaki
Next time boleh bawa kiddos

Ooohhh
I miss kiddos
Abah kata affan ok
Zara je yang dah homesick

Takpe la
They are coming back tonight

Zara n affan ikut atok n tok mama n cousins, aunties n uncle ke grand lexis pd

Mr husband n i
Duduk rumah
Nak spend quality time kot

Kualiti la sangat kan
Bergolek macam pemalas

Agaknya
Kalau tade anak
Mesti hidup mr husband n i sangat sangat boring
Masing masing mengadap ipad je
Penat main ipad
Tengok tv
Berebut remote

Ok la
Apa pun
Eez a weekend well spent

Nak pegi iron baju la
Semalam dah iron sikit2

Isnin, Februari 04, 2013

hello pangkor

saturday and sunday
menghabiskan masa di pangkor

ini la event yang membuatkan i bersemangat throughout January
meng-counting days to pangkor
ofis mr husband buat family day n team building

mr husband rumah pink
(tengok riben pink dia)
tu salah satu acara diorang dapat nombor 1
acara bawak getah dalam straw kot














kat pangkor
tak melawat mana mana pun
tapi
teluk nipah adalah bes
makanan senang nak dapat

harga barang di pangkor/teluk nipah adalah reasonable

hotel pun ok
kiddos dapat main pasir di pantai
dan dapat mandi pook di hotel

malam sebab mr husband ada team building
anak anak semua dah pengsan

petang tu yaya masuk acara kutip gula gula
eh cik zara juara tau
penuh topi bambang dengan sweets
pastu zara bagi share dengan semua orang sweet dia tu
dia berjalan dan bagi sweet dia to all the pakcik, makcik, abang, kakak n adik adik














affan baring atas pasir
dia ni memang penat manjang
dia baring n kata "affan dah mati"

sunday
ingat nak pegi island hopping ke
tapi tak sempat la
pagi makan breakfast
pastu main kat laut (tak mandi)
pastu mandi pool
lepas tu makan lagi
pastu siap siap dah nak balik

sampai jetty
sebab masa tu baru 11 setengah
dan feri datang 12.30
i bawak cik zara pegi shopping
lepas shopping yaya cakap kat i
"huuuhhh... lega"
lega sebab dapat melepaskan nafsu shopping dia
nak beli magnet la, shirt la, pen la
layan je la



dapat jugak ambik gambar 1 keluarga
tapi dua ekor budak takmo pandang kamera
sibuk nak main laut

Khamis, Januari 31, 2013

masa yang tak pernah cukup

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kena tarik nafas panjang panjang
penat gile
hari hari pun penat gile

eh tak
dah kurang penat
tapi been very busy
very very busy

sampaikan
i boleh rehat main candy crush cuma pukul 10.30 malam ke atas
pastu mula la main sampai pukul 12
pastu sebab dah game over berkali kali
atau ipad dah habis bateri
baru boleh tutup mata
that's the only time i have for myself

masa mandi?
i mandi pun laju laju
kalau mandi syampu 3 minit
kalau mandi sabun je seminit
hahahahhahaha

kain pun selonggok belum lipat
kain nak sidai pun tak sempat
baru sidai kain semalam
kain harini belum keluar dari mesin lagi

on the other side
tadika adalah memberansangkan
happy with that
cuma itu membuatkan i super busy
tapi takpe
m doing thing that i love

workwise
pun busy
tapi masih mencuri masa tengok facebook dan blog
(nak kata i tak busy la tu)
serius busy
tapi sedikit demi sedikit hampir siap la
tapi bila satu siap
datang satu lagi kerja
takpe la
demi mencari bersuap suap nasi, pizza, kfc, mcD

oh
untuk sesape yang boikot mcD tu
everytime i beli mcD
i dah cakap
"duit ni jangan buat beli peluru taw"
hahahahahhahahahahahahhaha

i kinda waiting for this weekend
nak pegi pangkor
tapi tu la
i know im not gonna have time for myself
mesti kena jaga kiddos
mr husband ada hal dia
mesti kalau kiddos mandi pool
i have to join them
tak bleh nak lepak lepak baca novel

itu dinamakan responsibility
dan juga cinta
cinta pada anak anak
tanak lepaskan diorang tanpa pengawasan sebab bahaya

takpe la
i tunggu dah tua nanti je la
untuk have time for myself

sayang je budak dua orang tu
pastu i selalu panggil affan tu cinta
cinta sangat la kot kat budak ngada ngada tu

kiddos kesayangan tu
on 24th feb nanti
ada show di terminal amanjaya
dengan kelas muzik diorang
yaya persembahan sendiri
tapi yang toddlers macm affan ni parent kena join sekali

aaaaaaaaaaw
maknanya i pun terlibat juga la

eh
tetiba dah hilang mood nak menaip walaupun still have things to babble






Selasa, Januari 29, 2013

bambang's birthday

Last Friday
My family and i celebrated mr husband's birthday

dah macam nak baut karangan sekolah plak

ok
last friday
sambut birthday mr husband
i dah janji dengan cik zara nak bawa dia beli kek untuk abah dia

so
friday afternoon tu
i pegi tadika ambil cik zara
pegi excelsior
beli kek kat situ je sebab nak sambut birthday pun di situ juga
dan juga buat reservation for dinner
hantar zara pegi tadika dan balik ke ofis
jauh gila berjalan di waktu tengah hari jammed macam siput

petang tu
lepas dah setel semuanya
pukul 7 setengah baru siap mandikan budak budak
mr husband pun baru balik
masuk rumah je terus nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri
siap siap dan terus ke excelsior

makan sampai kenyang dulu
pastu i pegi kaunter cakap boleh keluarkan kek
dan request live band nyanyikan lagu birthday untuk mr husband

konon nak buat surprise
tapi macam tak berapa nak jadi sebab
affan n yaya dah mengamuk sebab tak dapat kek
tapi tiba tiba terus diorang mainkan lagu happy birthday
dan staff excelsior tu bawa kek ke meja kitorang
diorang pasang lilin sambil nyanyi
dua kali jugak ulang lagu birthday tu

mr husband plak jadi pemalu
dia terus pegang affan
dan buat buat macam tu birthday affan

walaupun dia boleh agak what's going to happen
tapi i rasa dia rasa terkejut juga dengan apa yang berlaku
sampai hari sabtu pun dia masih kata dia malu

we had a sporting crowd
walaupun tak kenal
tapi diorang semua pun nyanyi untuk mr husband
jadi
untuk ucapan terima kasih
i mintak waitress tu untuk potong kek tu semua dan bagi a slice of cake for each table

dah setel semuanya
balik rumah dan tido

luckily
baju semua dah packing
pagi tu bangun dan siap siap
i pegi keje
kiddos siap siap nak balik ampang
pukul 11 kitorang dah selamat naik bas ke kl

ok
itu sambung nanti

oh
video birthday bambang
boleh tengok di sini
ataupun bleh tengok di facebook saja