Isnin, Januari 31, 2011

si affan somel somel

affan sekarang makan banyak betul
pagi pagi sebelum pegi school affan akan makan bubur nasi
tengah hari affan akan makan bubur nasi lagi
in between dia makan baby bites
petang makan nestum+susu
malam makan bubur nasi lagi
dan baby bites
dan menyusu

affan biasanya akan menyusu betul betul waktu malam dan pagi je
kat school dia tanak minum susu
yang bagi nestum+susu tu pun suap dengan sudu

baby gumok i tu pantang tengok food
haritu i makan ice cream
sibuk dia datang
nak makan
pastu esoknya batuk
selagi i tak bagi dia akan bising bising

pastu dah pandai nak memanjat i
tak reti duduk diam
dah pandai nak angkat bontot
dah nak merangkak kot
lagipun dia dah nak masuk 7 bulan

muka dia lagi lebar dari zara
walaupun tak banyak baby fat
dai adalah lebar
jadi orang ingat dia dah besar
padahal dia adalah little baby
my suweet little baby

kalau marah marah dia
nanti dia akan jebik macam nak nangis
kalau marah banyak banyak dia akan jebik jebik
pastu nangis

nanti zara akan cakap "cebiiiik... cebiiik"
zara memang suka menyakat adik dia

dulu affan akan nangis kalau i buat buat nangis
sekarang dia buat bodo je
misti dia tau i tipu

pastu dah susah nak pakai baju
mebbe kene beli mamypoko pants pulak
mebbe tak payah pakai baju jugak
hikhikhik
bila pakai baju dia pusing pusing
pastu nangis sebab lama sangat nak pakai baju

pastu suka geram geram kat i
bila dia geram
nanti dia akan makan muka i
nakai betul budak affan nih

suka berebut dengan zara juga
kalau mr husband dukung zara
dia pun akan sibuk la nak mr husband dukung dia jugak
kalau tak... dia tak heran pun denan mr husband

dia akan mengelabah bila mr husband pakai baju
sebab dia tau
bila abah dia pakai baju
maknanya abah dia nak keluar

dia tak keruan bila tengok i pakai tudung
sebab dia tau kalau i pakai tudung
maknanya i nak keluar

si affan yang somel somel

my sweet little zara

my little daughter yang sangat manja tu dah nampak semakin membesar
sebab dia duduk kat school tiap tiap hari
i nampak yang pemikiran dia semakin berkembang
tambah plak sebab dia kawan kawan dengan budak besar
dia pandai nak lastik lastik pakai jari la
macam macam lagi la benda yang dia buat yang i rasa amazed

semalam i belikan zara drawing block dengan oil pastel
saja beli oil pastel gemok yang ada 36 colors
supaya ada variety of colors

pastu semalam i lukis lukis dengan zara
i suruh dia draw giraffe
while i'm drawing the giraffe
dia pun sebut jiraf sambil buat garis garis

pastu tukar page lain
tukar kaler lain
i suruh dia draw cirlce
rupanya zara dah pandai draw circle
pastu kitorang draw lines
pastu trace tapak tangan dan tapak kaki

pastu rupanya juga dia dah recognize some colors
dia tau juga warna green
pink
blue yang mana dia sebut "be-nu"

sementara i draw dengan zara
affan pun sibuk sibuk
dia nak kejar oil pastel tu
ingatkan dia nak draw jugak
tapi being a baby
bila bagi kaler kat dia
dia terus bawak masuk mulut

bila i alihkan kaler tu
dia akan kejar
zara pulak banyak banyak kali alih tempat
konon takmo adik dia kacau

pagi tadi sebelum pegi school
zara bawak keluar kaler stabilo gemok dia
pastu dia ambik buku
dia lukis lukis
pastu dia pegi kat mr husband
dia soh mr husband tulis A
pastu dia bagi tangan dia
soh mr husband guide dia tulis A
soh mr husband guide dia tulis N

mungkin orang akan kata
"macam bagus sangat anak dia. Anak haku dah pandai a sampai z tade kecoh pun"
takpe la
tu anak orang
i tetap bangga dengan apa sahaja pencapaian anak i
lagipun dia baru 2 tahun 4 bulan
not even 3 years old
belum pun dua tahun setengah

mungkin itu kelebihan sebab zara minum susu ibu sampai 2 tahun
tapayah susah susah beli susu ber-gangliosida
sebab susu ibu pun ada lebih banyak gangliosida

i suka bila mr husband tanya zara tricky question
dan zara boleh terus jawap
macam mr husband tanya

mana abah zara?
mana abah adik?
mana adik zara?
mana mama adik?

mr husband tanya laju laju dan zara boleh jawap dengan betul

i rasa
mana mana parents pun akan sangat hepi bila anak diorang makin cerdik
i pun camtuh la

ok
pasnih nak baut entry affan plak

Jumaat, Januari 28, 2011

lawatan ke LPPKN

apa si Inaz buat pada waktu lunch break tadi
dia pegi LPPKN

hehehehhe
malu malu meow tau nak masuk LPPKN
tapi nasib baik nurse yang incharge tu adalah sangat baik dan kita rasa sangat selesa

i cadang nak buat Implan

Implan tu apa???
Implan tu satu kaedah perancangan keluarga
ianya dipasang di bawah lengan
kira sekali pakai tak payah nak risau dah kot kot termengandung ke
sebab InsyaAllah tak

nak tau lebih lanjut
sila google sendiri

i pemalas nak makan pil
misti miss punya la
even masa pregnant dulu pun ubat yang klinik bagi tak pernah habis

nak pakai kondom??
hehehheheheh
nak beli pun malas
kalau beli pun belum tentu guna

nak buat iucd?
ooooooh
i tak berani
macam ngeri sket nak masuk masuk kuprum la ape la dalam rahim
big no no

nurse tu cakap tadi
kalau pakai implanon ni
period mungkin jadi tak tetap
mebbe akan ada few months tak period langsung

dan juga
kaedah implanon ni agak mahal berbanding yang lain
kos dia rm320 kalau buat kat LPPKN
untuk bukak kena cas rm100
kalau buat kat klinik, ada yang sampai RM500

(sebab tu la i pegi LPPKN)

tapi malangnya
i tak boleh la nak buat harini ataupun next week
sebab kena buat masa tengah period
kena tunggu next month la

sebab kena tunggu next month
nurse tu suruh i beli kondom dulu
eeeeeew
malu taw
nurse kata "prevention is better than cure okeh"
diorang jual satu dozen rm4

kena beli satu dozen la
tak boleh la beli sekeping

tapi tadi i dah bukak buku la
yang bes nya
berat i adalah 45.6kg saje
hikhkhikhik
i liiiike
ini pakai digital scale
so adalah accurate
last time i timbang adalah 48 kg
seronok berat turun
walaupun makan adalah macam singa kelaparan

mebbe faktor menyusukan affan
faktor kerja
faktor menjaga anak
menyebabkan berat badan berkurangan

TAPI
walaupun berat badan berkurangan
perut adalah masih gemok
lemak tepu berkumpul takmo hilang

(mr husband tanak belanja i pegi marie france ke? ke?)

ok la
nanti next month bila i dah buat implan
i akan tulis dalam belog
supaya sape sape yang nak buat
boleh jadikan sebagai panduan

toodles
selamat berhujung minggu
i'm counting minutes to go home nih
(walaupun ada lagi satu jam)


Khamis, Januari 27, 2011

random update II

wohooooo

1 . office work

keje banyak
tapi managable
siap satu task
ada satu lagi task
kena submit b4 CNY
sebab nak submit to MQA

2 . kindergarten

one of my worker suddenly quit
worker yang jaga budak plak tuh
i sakit hati
sebab harini call dan cakap esok nak berenti
macam nak pengsan i carik orang ganti sampai pukul 11 setengah malam
but
what do you expect
dah pukul 11 malam
orang pun tido sudaaa

seb baik dah hari khamis
esok dah jumaat
next week cuma buka 2 hari pastu cuti CNY

tadi sebelum pukul 7 i dah sampai tadika
sebelum i pegi kerja
i dah tidurkan affan n baby wana
supaya teacher amy n teacher oda tak susah

tengah hari lepas kelas i pegi tadika tengok semuanya berjalan lancar
i memang salute la dengan amy, angah n kak ha
diorang ni cekap bekerja
hati i pun tak gundah gulana

harap harap after CNY i dapat la pengganti
kesian kat mereka bertiga
tu pun si angah dah offer untuk keje sampai petang
tengs~ dear
(waaaahhh.... macam la diorang baca belog i)

haaaaaaa.... sape nak keje jaga budak sila angkat tangan !!!!!


3 . zara

hari isnin pagi zara nangis nangis tanak pegi school
so i pegi keje bawak zara
pukul 11 dia dah merengek rengek
i hantar dia ke school

hari selasa zara tanak pegi school lagi
pagi pagi buta i bawak zara n affan pegi breakfast kat mcD
pukul tujuh sengah orang sibuk sibuk nak pegi keje
i pegi mcD
pukul 8.20 hantar zara pegi school n i pegi keje

hari rabu
still zara nangis nangis
terpaksa janji dengan dia untuk bawak dia makan mcD bila i balik keje
kebetulan mr husband pun balik awal
boleh duduk mcD lama lama

haritu kalau tanya zara kat school belajar apa
dia akan cakap belajar EF
sekarang dia dah belajar EN ( sambil lidah terelir keluar)
pastu haritu dia duduk dekat i
pastu dia baca
a ba ta sa ja
suweeeeet

pastu dia dah pandai baca doa makan
walaupun pelat pelat
tapi bunyi dah ada
(ke i pernah cakap dah sebelum ni?)

tersentuh hati i bila tengok zara dah makin bijak
haritu i marah dia dan dia cakap
"mama janganla buat saye"

dia suka betul membahasakan diri dia sebagai "saya"
pastu dia ingat semua family dia nama aisya

sebab bila i sebut "aisya yaya"
dia akan sebut
"aisya mama"
"aisya abah"
tapi untuk adik, dia akan sebut "asyaf affan"

sweet

4 . affan

affan nak masuk 7 months
dia dah tanak makan bubur yang di-blend
dia nak makan bubur yang kita lenyek sendiri
sebab dia nak kunyah kunyah
dia sangat suka makan baby bites

affan suka makan fries
affan tak suka minum milo
tapi affan suka minum juices

dia dah pandai nak main apa yang kakak dia main
haritu atok belikan basikal kuda untuk yaya
atok kena belikan satu lagi juga untuk affan

apa je yang yaya pegang
affan akan nak juga
hatta botol air sekalipun
kalau zara pegang
nanti affan nak rebut

tapi diorang sayang menyayangi antara satu sama lain
kalau tidur malam
diorang akan tidur dekat dekat
sebab dua dua suka tidur ada orang pegang/peluk
jadi diorang tidur berdua

sweet eh?

ada lagi
tapi nanti
i banyak keje
(konon)



follow me?

jenama syampoo kah?
mr husband suka pakai follow me
i pun heran
macam orang zaman dulu kaler
zaman tv masih hitam putih
pakai follow me kaler kelabu plak tuh
tak ikut peredaran masa langsung!!!


ok back to topic

i don't simply follow people's blog
i am no stalker
tapayah nak suruh i folow your blog pastu baru u nak follow my blog
i'm not looking for popularity here
i just want to be me
i want to write about my family, myself and what happen around me
or anything that sparks me

BUT
if you follow me or you linked me
i will surely do the same to you
and i will surely read your blog
no worries
and you will definately be my friend

most of the people i linked is people i've met physically
ada la few yang i've never met
tapi walaupun we've never met
i befriend with them
macam i put comments dalam blog diorang
n lama lama kita jadik friend

tu je nak cakap