Isnin, Mac 29, 2010

zara in action

takmoh pening pening
stress stress
tengok je la anak i yang cumil nih
( sukati la nak kata anak sendiri cumil )



zara adalah yang paling kecil
harini ada birthday di tadika
zara biasa la gila kose
misti nak duduk sebelah orang yang selebret birthday
supaya dia duduk dekat kek
dan masa i ajak dia duduk tepi supaya i boleh suap
dia tanak
dia nak duduk with all her friends
little zara sudah besar
dah pandai nak berkawan



sila tengok jam
waktu adalah pukul 7.30 malam
zara pantang tengok swimming suit
misti nak pakai
tak kira siang malam




zara yang kurus kering berlari lari sambil ditiup angin
dengan rambut depan yang macam tu
i rasa macam amoi pun ada
tengok je la kaki dia yang kurus tu
kalau pakai seluar ketat macam tu
memang la sangat terserlah kekurusannya

apa pun yang zara buat
macamana pun keadaannya
i bersyukur sebab zara membesar dengan sihat
i berharap adik zara pun membesar dengan sihat

haritu i cakap kat mr husband yang i nak buat 3d scan untuk adik zara
mr husband kata okey saja
dan mr husband tanya bila nak beli barang baby
hehehhe
baru 6 bulan
tunggu la baby 7 bulan ke 8 bulan ke

lagipun i dah belajar masa time zara dulu
walaupun kitorang dok beli barang barang before zara lahir
the day zara was born mr husband pegi shopping lagi barang baby
dan dia habiskan almost 1k untuk 2 hari semata mata nak beli barang barang baby
jadi i akan beli sehelai dua baju baby
the rest, tunggu la baby lahir
supaya mr husband boleh shopping sakan lagi

mr husband dan keresahan hatinya

i pity my mr husband
i was just about to call him when he called
hahahahha
kita kan sehati sejiwa

perkara apakah yang mr husband cakapkan pada i?
benda yang sama i nak call mr husband

ini bendanya

mr husband sangat pening memikirkan pasal adik dia yang seorang itu
i know
dia nak yang terbaik untuk adik dia
dan dia banyak banyak kali ulang pada i
10 years ago
dia sangat wish ada orang boleh guide dia lepas spm
supaya dia boleh apply scholar ke, apply u ke, apply overseas ke
tapi dia tak tahu apa apa dan tiada siapa untuk guide dia

dan sebab sekarang dia sudah tahu
jadi dia nak guide adik dia
supaya adiknya cemerlang gemilang terbilang
kebetulan pula keputusan spm adiknya itu memberansangkan

masalahnya
adiknya itu (macam kata orang kedah) ketagaq
mungkin bagi budak mentah sepertinya
dengan keputusan yang baik, takkan la tak dapat ipta

my neighbor
anaknya amek science stream masa spm
dapat 5a, pun end up masuk kolej sebab tak dapat ipta
sama jugak macam someone yang i kenal
budak science stream juga
dapat 7a tapi tak dapat ipta
luckily
dia ada orang dalam di sebuah ipta terkemuka
lantas dia dapat masuk ipta tersebut

mr husband tanak adiknya itu end up dengan tak kemana mana
takkan nak keje kot
nak keje kilang? keje cashier? ataupun kalau keje kerajaan boleh jadi kerani
(no offend kepada pekerja pekerja di sektor tersebut)
tapi sebab ada peluang kan
might as well cuba
takkan nak mengalah sebelum mencuba
nanti satu hari menyesal seumur hidup
masa tu baru nak menyalahkan orang lain

of course
kalau nak apply private uni
kosnya tinggi
mebbe itu yang menjadi constrain
tapi kan ada ptptn
habis belajar bayar la sedikit sedikit
lama lama habislah
sebab tu la juga mr husband suruh adiknya itu apply yayasan telekom
since mr husband pun keje di syarikat itu
mungkin lebih mudah untuk adiknya dapat pinjaman/scholar dari yayasan telekom

semalam
mr husband call emak dia
bercakap mengenai adiknya itu
mr husband betul betul geram
sebab adiknya itu macam tade buat apa apa

bila dalam keadaan stress macam tu
mula la badan mr husband naik merah merah
tu yang bila balik rumah
i cepat cepat sapukan ubat pada mr husband

orang tak tahu
dan orang tak rasa apa yang i rasa
benda yang i paling takut adalah kalau mr husband sakit
bila mr husband sakit
mula la nanti dia tak boleh bangun
kadang kadang sampai 2 hari tak boleh bangun
kederat i tak cukup kuat untuk angkat mr husband
i cuma boleh kesian dan masa yang sama i pun akan stress

macam kalau mr husband sakit sebab geramkan adiknya
adiknya takkan susah sebab bukan dia yang akan tengok atau jaga mr husband sakit
yang menanggung adalah mr husband, zara n i

tadi over the phone
mr husband kata
dia sudah pesan pada adiknya itu
kalau tanak dengar cakap dia
lepas ni dia takkan ambil tahu pasal pelajaran adiknya langsung
apa apa pun, dia takkan ambil tahu
dia pun tanak pening peningkan kepala memikirkan pasal itu

i punya cadangan adalah supaya
minggu ni balik ke ampang
dan ambik semua fotokopi sijil spm, dan sijik sijil berkaitan
biar i yang applykan
kerja kerja bertangguh ni takkan menjadi
dapat tak dapat itu belakang kira
asalkan dah berusaha
tade la nanti menyesal di kemudian hari

well
i pun nak kan yang terbaik untuk adik mr husband
sebab apa?
sebab suku dari hati mr husband adalah untuk adik dia
i tau macamana dia sangat sayangkan adik dia
dan dia takkan senang hati selagi adik dia belum betul betul berjaya dalam hidup
berjaya in term of dapat kerja yang bagus bagus, berkahwin dengan orang baik baik, mempunyai kehidupan yang baik

ok
dah


Jumaat, Mac 26, 2010

zara dan swimming suitnya

rasanya
esok i nak bawa zara ke swimming pool
nak kena drag mr husband juga
sebab i takmoh pegi sorang sorang

petang semalam
masa balik rumah
i nak salinkan baju tido zara
skali dia sudah nampak swimming suit
lantas terus mau pakai
dah pakai swimming suit, dia ambik plak pelampung
dan bawa ke depan
sambil tengok tivi, dia duduk dalam pelampung

i rasa dia dah teringin sangat nak mandi pool
sebab last skali mandi pool masa pegi bukit merah haritu
dah almost 2 weeks
pastu mr husband n i pun cam pemalas nak pasangkan sprinkle pool
tu yang zara tak mandi mandi pool tu

bagaimana rupa sprinkle pool tu?
camnih haaa
air boleh pancut pancut

tapi yang kitorang ada cuma base dia je la
pokok pokok, ikan ikan tu semua dijual berasingan
i suka sebab tak membahayakan
air dia sangat cetek
kira cam kalau zara baring pun tak tenggelam

pagi semalam
masa i tengah suap zara breakfast
tengah makan tu tiba tiba zara nak suap sendiri
so dia nak ambik sudu dari i
bila i tak bagi
dia terus hempas badan dia
dan nasibnya malang sebab kepalanya terhentak atas lantai
apalagi
meraung raung la
tengah menangis tu muntah plak
i cepat cepat mandikan dia
terus bawak pegi klinik
i called mr husband soh jumpa kat klinik
luckily dokter kata zara tade apa apa
i cam risau tengok dia muntah
lagipun cam luka sket belakang kepala dia

haaaihhh la anak pompuan sorang tu
ikut angin dia je
seb baik muka comel
hahahhahahahahha


Rabu, Mac 24, 2010

drape cardigan

dalam entry dulu dulu
i ada cakap pasal dkny cozy yang i dah jumpa substitute yang waaay much cheaper
i order dan dah dapat semalam
ini adalah panduan bagaimana nak memakai drape cardigan ini

i baru cuba yang nombor 1
nanti nanti ada masa boleh cuba fesyen lain













>


banyak benda dan bermacam macam hal

sejak sejak dah hampir miskin ni
hari hari i mintak duit belanja dari mr husband
hari isnin mr husband sudah kena pow untuk beli groceries
hari selasa i ambik duit belanja 100
by end of the day tinggal 30 je
bila keluar malam
slurpee pun i mintak mr husband belanja

pagi tadi mr husband bagi 150 plak
tapi i pulang balik 50
sebab misti habis punya
pastu esok i mintak duit belanja lagi
10 hari camtu
tak pasal pasal mr husband kena buat part time bawa teksi

kebetulan plak sebenarnya minggu ni banyak nak pakai uwang
nak renew lesen mbi la
nak ambik lesen tadika la
pastu friday ni nak renew lesen kereta plak
mr husband, sila sediakan duit ye. hikhikhikhikhik

little one inside sudah 6 bulan
i harap baby akan membesar dengan sihat dan sempurna
setiap kali scan baby tak pernah statik
misti bergerak dengan aktif

mr husband kata baby misti kuat
sebab mr husband baru perasan yang i banyak buat kerja berat
dulu masa i mengandungkan zara pun
i selalu je buat kerja berat
angkat beras 10 kg, 15 kg
angkat baldi yang ada air la

semalam i cakap kat mr husband yang i tak sidai kain
mr husband kata
misti baby nangis
(tak habis habis kata baby suka basuh kain)
ye la
hari hari kena basuh kain
walaupun duduk bertiga
tapi kain adalah sangat banyak
cadar seminggu tukar 2 atau 3 kali
dah basuh cadar sekali la selimut, sarung bantal, tuala

dulu masa i mengandungkan zara
hobi mr husband adalah bermain ps2
tiap tiap hari sebelum dan selepas balik keje dia akan menghadap tv main fifa kat ps2
hari cuti plak, seharian dia bole main bola

sekarang ni kitorang perasan yang zara sangat suka tengok football match
even soccer kids pun dia suka tengok
bukan tu je
most sports dia akan suka tengok
sampai mr husband sudah berkira kira untuk ambik sport channel kat astro

semalam
tangan i kena gigit dengan ape tah
dia sudah membengkak dengan jayanya
bukan tu je
rasanya adalah sangat lenguh
dan sangat gatal
(salah satu sebab kenapa mr husband bagi duit pagi tadi)
dia soh pegi cek kat klinik
tengok la gambar tangan yang membengkak ni




macam gangren la plak