Sabtu, Disember 01, 2012

on kiddos lagi

selalu kan
kalau i tengah main dengan kiddos
selalu akan ada satu feeling yang macam ni:
"jangan la apa apa yang buruk berlaku pada anak anak i"


sebab i tau
hidup i adalah untuk mereka
i tak dapat bayangkan macamana hidup i kalau diorang tade

memang la waktu cuti ni macam hari hari pun diorang pegi rumah tok mama
dan i memang saja ambil diorang lambat lambat
macam pukul 9 malam baru ambil
reasong being
sebab si affan yang tak fun ni
kalau duduk dengan i
seminit je dah merengek rengek
meragam tak tentu pasal
mengada ngada

mak n abah kata
kalau zara n affan duduk rumah diorang
tade langsung nangis nangis nih
dan diorang pun hepi je duduk rumah atok n tok mama



ini gambar masa pergi gunung lang haritu
diorang punya seat tade bumbung
tu yang zara tunduk tanak angkat kepala
panas katanya


oke la
mr husband pun i sayang jugak
walaupun gemok
i sayang banyak banyak

oh
tadi masa nak pegi keje
i dah berdiri di pintu
mr husband pun kat luar
pastu dia masuk balik
masa nak masuk tu
sempat pegang pinggang i dan cakap "gemok"
eeeeeeeeeerghh
mana bleh kata i gemok kan
so i said "at least i gemok sebab i beranak dua. awak gemok sebab apa? sebab makan banyak kan"

[hey bambang, 7 tahun i berchenta dengan awak, i tak gemok pun, kan! sepanjang 7 tahun tu awak je kot yang membesar bagai juara ]

pastu bila dah masuk kereta
i cakap pada mr husband "stress i. awak tak boleh tau, cakap i gemok"
dan mr husband cakap
"kalau cakap comel bleh?"
ai jawap "comel, boleh"
dan sebab dia nak menyakitkan hati i dia pun cakap "comel" sambil buat tangan quote. 

eeeeeeeeeeeergh



back kepada chenta hati i dua orang ni
pagi tadi tcer oda diorang sms i cakap nak bawak pegi gua kek look tong untuk bagi ikan makan
tok mama pun cakap nak bawak balik kampung
tapi i bagi diorang ikut tcer oda dulu
sebab kejap je



i tatau diorang ni tau atau tak sebenarnya dalam hati i ni
penuh sangat untuk diorang

haritu (hari rabu lepas)
masa i sibuk sibuk siap pegi kerja
i bukak almari dapur dan ambil pringles pizza n letak dalam beg kerja
masa tu affan dok mengekor i
pastu affan cakap
"mama, nak pizza"
i macam, apehal budak ni nak pizza pagi pagi buta nih
i bitau affan, nanti malam baru pegi pizza

i masuk bilik untuk bersiap siap
affan still lagi cakap nak pizza
i pun dok kata, nanti la pegi pizza

bila sampai tadika
affan cakap "nak kopok perpel"
i tengok dalam beg affan tade kopok warna pepel. kopok tamtam ada la
i bitau affan, kopok biru je ada. mana ada kopok pepel.
affan takmau
i korek korek lagi ada kopok lain
pun affan takmau

i pun macam sibuk sibuk nak pegi keje dah
bila dah naik kereta
i macam terfikir nak tengok balik pringles yang i letak dalam beg
rupanya pringles tu perisa pizza
agaknya itu pizza yang affan nak

dan
walaupun i tau i'm going to be late
i tetap patah balik
i nak jugak hantar pringles perisa pizza tu pada affan
i tanak ada rasa kesal

bila i sampai tadika
i bagi affan
n he said "haaaaaaaa....."
dengan nada eksaited
itu rupanya pizza yang affan nak
i tot dia nak makan kat pizzahut ke, dominos ke
rupanya nak pringles perisa pizza je

i sms mr husband
cerita pasal the whole incident
n mr husband cakap "dunia affan kecil je"

memang dunia affan kecil
dalam dunia affan
ada kawan kawan dia je
ada orang orang yang dia kenal je
ada tempat tempat yang dia tahu je

dan
ini juga masanya untuk i lepaskan zara
tok mama nak bawa zara pegi holiday ke johor n terengganu untuk 7 hari
akan jadi masa yang paling lama untuk i berpisah dengan zara
mr husband dah start sedih sedih
berat hati nak lepaskan zara
dia kan rasa zara tu little baby lagi

padahal
tahun depan dah nak kena daftar zara masuk darjah 1
hahahhahah






Rabu, November 28, 2012

mis-communication

oh-em-gee-----

remember in one of my entry
i did mentioned about a collaboration yang masih dalam perancangan
okay
the last email sent from me was something like this
"its my off day, perhaps we can arrange for another day. maybe same day n time next week"

so ceritanya
masa i nak masuk kereta
ada email alert pada phone
i pun tengok sepintas lalu je
dan orang tu reply "ok. noted"

masa baca tu i was thinking like she noted yang its my day off dan will plan another meeting
tapi after two weeks dan i still haven't heard anything
so today
i re-read the email
memang my intention adalah untuk contact dia lagi untuk meet-up

bila baca betul betul
i rasa macam dia cakap ok. noted pada nak buat meeting pada same day n time the following week
which ianya adalah 2 minggu lepas
oh-em-gee---------

pastu dah termenung macamana nak email orang tu
tapi i buat bodo je dan hantar jugak emel

on the bright side
harini dapat makan free
papa john pizza oleh sarah yang comel
dan juga dapat naik honda nathrah yang manes
hahahhahahaha
(gile ayat bodek)

on the sengal side
masa kat bank tadi
i dapat email alert jugak
i pun bukak
eksaited bila nampak sender adalah mr husband n subject adalah LOVE
ingat mr husband nak buat surprise ke nak bagi ayat ayat cinta ke

sekali bila bukak
dia hanta gamba yang .... eeeeeeeeerghhhh.... stress terus

dan i terus reply dan cakap

" eeeeeeeeeeeeh... sengal la awak nih"

dasar sengal.

Selasa, November 27, 2012

cita cita nak jadi kurus

oke
macam yang i warwarkan dalam mukabuku
sekarang hingga 1st quarter 2013
i nak menjalankan regim diet besar besaran
kalau working days i nak try puasa

dah gemuk overdose
ambil gambar baru baru ni
nampak betis macam kayu balak
nampak perut pun besar macam mengandung 3 bulan
muka pun dah nak jadi empat segi
eeeeeeeeeerghhhh

stress

tu la pagi tadi cakap dengan mr husband
macamana tah. patut lagi tade duit, lagi kurus
ni lagi tade duit
lagi gemok

* i adalah dalam mode mesken

pastu mr husband cakap
kalau ada duit asyik makan luar
dapat portion kecil dan sikit
bila dah mesken
kena masak sendiri
bila masak sendiri
masak banyak banyak

masalah i adalah
sendiri masak
sendiri makan banyak banyak
pastu bila berat naik
jadi stress
bila stress akan makan banyak banyak
bila cycle tu nak berhenti tah

ada kawan2 di fb cakap i tak gemok
eeeeeeeeerghhh tu semua tipu
diorang pun dah lama tak jumpa i
gambar kat profile pic tu adalah gambar 2 tahun lepas
masa tu affan pun baby
masa tu kat tangan i ni urat pun timbul sebab kurus
sekarang urat tu semua dah tak nampak
sebab gemok
sebab sejak 2011 sampai sekarang
i dah naik 7 kilo-dengan jayanya

so kena kurangkan berat
sebab mr husband kata i dah tebal
eeeeeeeerghhhhh stress lagi
awak cakap i tebal, bambang?

patutnya
bila i dah gemok
awak jangan la cakap i gemok
awak patut cakap
"mana ada awak gemok. awak sweet je macam dulu dulu"
hahahhahahahhahaha
i kan suka live in denial

on the way pegi kerja tadi
i terfikir
i tanak mati dalam keadaan gemok
motip nak fikir macamtu

dan target adalah nak turun 5 kilo
pastu sekarang tengah tengok tengok dalam fb yang orang dok jual collagen
nak survey pasal collagen
kata muka glowing bagai
i kan nak buat transformasi pada diri sendiri
memandangkan umur pun dah mencapai 30

eeeeeeeeeeergh
dah tua
stress lagi

sudah la
tulis blog pun stress
apekah????

ps : haritu mr husband cakap. pastu zara tanya, "abah cakap dengan sape?" mr husband jawap. cakap dengan yaya la. takkan cakap dengan mama. dah 12 tahun abah cakap dengan mama. dah boring."

i sentap lagi. eeeeeeeeeeerghhhhhhh.... stress lagi!!!!!

Sabtu, November 24, 2012

written in the stars

okeh
tersuka lagu ini
lagu lama
tapi baru nak suka
vc pun bes
cantik
warna pun cantik



terpengaruh dengan lagu ni sebab tengok vc si Amri nih
back then in 2009 i ada dengar lagu i'm yours versi BM
pastu semalam masa dengar lagu ni
i saje search utube kot2 ada lagi

oh
lantas kagum dengan dia
so young
yet so successful



suara oke
tapi menari agak kelakar

boleh juga tengok blog dia di sini


baru perasan
tajuk lagu ni "written in the stars"
macam tajuk lagu yuna - terukir di bintang
kan!

Jumaat, November 23, 2012

one

there's only one way
only one and no more
and the only one..........