Khamis, November 08, 2012

benda benda yang nak dibuat, dah dibuat dan perlu dibuat lagi

nak buat beberapa benda yang tertangguh

1 . nak pegi LPPKN. i baru perasan, patutnya 6 weeks lepas keluar hospital haritu, kena buat appointment dengan obgyn tapi pasal tah, i macam terbayangkan macam 6 months. pastu bila tengok balik appointment card, dia tulis 6/52. maknanya 6 minggu la. sebab benda2 yang nak dibuat tu boleh buat kat LPPKN juga, baik pegi LPPKN je.

2 . pagi tadi dah confirm place untuk majlis graduasi tadika. gila la kan. majlis hari ahad. kad jemputan dah bagi kat parents dan tempat belum confirm. tapi dah confirm. lega

3 . Borang dan sijil kena print n fotostat. pastu kena buat bankdraf atau postal order. sijil kena sahkan.

4 . panggil orang servis aircond. semalam affan cakap nak tido dalam bilik. pastu mr husband cakap kat affan"ekon belum repair. mama kata nak repair bila dapat gaji, tapi tak repair pun". ok. nak perli i ke? oh ekon, why u no gas????

5 . nak print dan beli barang barang untuk majlis tadika

________________________________________________________________________

itu kat atas tu ialah the list yang i nak buat harini

dan tengah hari tadi; i dah berjaya buat:

1 . pegi LPPKN. walaupun susah dapat parking, tapi berjaya juga dapat parking. dan sebab tak boleh buat apa yang sepatutnya i buat, dia suruh beli alat kontrasepsi. hahahahhaha... malu tau nak beli benda benda camtuh.

2 . dah print. nak fotostat je lagi.

3. gigih mencari orang untuk servis ekon. mula2 dah pergi satu kedai. dia bagi phone no untuk serviceman. henpon plak dah nyawa nyawa ikan nak habis bateri. balik rumah, call orang tu. nak datang hari sabtu katanya. kenseeeeeeel. i carik orang lain. ambik charger di rumah dan pegi kedai lain utk cari orang servis ekon. jumpa. dia akan datang lepas pukul 5 nanti.

4 . dah print, dah potong bottle label.

5 . dah beli barang2 untuk buat hamper. gigih membeli belah di kedai borong. tapi satu benda lagi tak cukup. satg balik kerja kena lari lari pegi beli

___________________________________________________________________________

Benda benda yang nak buat lagi :

1 . tampal water label

2 . pegi econsave balik kerja ni untuk beli twisties haritu nampak murah gile. rm1.25. nak beli 10 utk hamper

3 . nak print letters untuk bagi cikgu2 tadika potong sebagai backdrop

4 . kena masak. eeeeeeeeergh. tadi rasa macam nak makan cken cop. tapi... tapi!!!! tadi sebab dah banyak sangat ambil masa di luar, i terlupa untuk beli ayam. tak beli ayam, macamana nak buat cken cop. takpe. esok MESTI kena beli ayam untuk buat cken cop. dah terliur sangat dah ni. harini nak masak ape pun tatau.

5 . Kena keluar duit sebab satg orang ekon nak servis ekon.

dah

____________________________________________________________________________

update :

1 . Dah keluar duit

2 . Dah berlari lari beli twisties . untuk hamper dah komplit.

Isnin, November 05, 2012

sayang?

last friday
mr husband tanya
i cinta dia tak
i sayang dia tak

eeeeyyyyy
what kind of question tu
of course la i tak jawap kan
sebab
i kan pemalu

tapi masa dalam kereta
di kala hujan lebat turun mencurah curah
i tanya mr husband
apa beza sayang dengan cinta

i rasa baru lagi i email mr husband
cakap pasal benda benda yang i buat
untuk dia

buat apa i nak buat semua tu kalau i tak sayang dia
memang i tak cakap
tapi, i buat macam macam untuk pleased kan dia
untuk bagi dia happy

itu bukan sebab cinta ke?

i balik rumah mama dia
i buat macam macam
bukan sebab i nak mak mertua puji\
bukan sebab i nak menunjuk nunjuk bagus
sebab i nak mr husband rasa proud dengan i

nak membuatkan another party rasa bangga dengan kita
itu bukan sebab sayang ke?

memang la i dah tua
dulu dulu
masa muda
i suka la nak cakap ilovu kat mr husband
i suka la juga tanya samada dia lov i ke tak
tapi i rasa
nowadays
rasa sayang tu banyak tunjuk pada perbuatan

sebab kalau bersembang pun
asyik bersembang pasal perkembangan anak anak
macamana kita proud dengan zara n affan
apa accomplishment zara n affan
macam dah tade sangat nak cakap pasal peribadi

oh
mr husband cakap
walaupun dia selalu geram kat i
dia cinta juga

i knoe
kalau dia tak cinta
takkan dia sanggup ikut i berjalan dari satu kedai ke satu kedai mjencari tudung

tapi memang la
once in a while
memang kita nak dengar kata sayang dari spouse
memang sekali sekala kita n ak spouse kita appreciate apa yang kita buat
cuma when it really happen
macam situasi i dimana mr husband tanya i soalan luar pemikiran akal tu
i rasa speechless la
i tatau macamana nak react

tapi
i tau la
i sayang mr husband
i suka je kiss kiss dia kalau dia baring baring
i suka je melompat ke belakang dia supaya dia boleh dukung i
'
ok
i nak pegi membeli belah dengan kiddos


Isnin, Oktober 22, 2012

karnival upin ipin di mydin meru raya Ipoh

hari ahad haritu
bawak kiddos pegi karnival upin ipin
tahun lepas pun diorang pegi
tu yang zara tak habis habis cakpa nak masuk rumah upin ipin
tapi
mana ada

kiddos memang enjoy themselves
siap paw mr husband untuk belikan diorang set bekas makanan dan minuman upin ipin
diorang tu nak beli je
bila dah balik diorang tak heran pun nak tengok

tengok budak yang jadi suara mail tu dah besar dah



zara nak tulis otograf untuk upin ipin

 hati riang la dapat beli barangan upin ipin
tapi runsing sebab tunggu food sampai lambat sangat
 dua dua budak ni didukung oleh mr husband
letak setiap sorang di sebelah bahu
supaya lebih tinggi
(seb baik abah diorang besar. larat la nak dukung dua orang budak yang 10kg each tu)

kali ni dapat front seat
affan tengah ikut apa yang diorang atas pentas tu suruh buat


ini dalam kedai makan upin ipin


tiba tiba fizi lalu dan kitorang terus ambik gambar sekali


mr husband n affan pun nak jugak
tak boleh tidak


ok
dah makan
dah main
zara nak duduk atas kerusi urut
sebenarnya mr husband yang nak duduk situ
tapi zara terus take over
lepas tu shopping dalam mydin
masa tengah bayar
affan dah tidur
naik kereta, zara plak tido
penat sangat la tu

Sabtu, Oktober 20, 2012

kereta baru zara

dah lama mr husband nak beli
dari kitorang beranak sorang
masa tu tatau kat ipoh ada
kalau pegi kl
tengok pamphlets
tengok dan bercita cita nak beli

pertengahan tahun haritu
atok janggut belikan affan motor
affan tak pandai sangat nak tekan
tapi suka kedekut tanak bagi zara
kadang kadang zara main je buat buat bodo


harini
lepas i balik keje
pegi family day mr husband
nasib baik pegi
sebab mr husband menang lucky draw
ntah dapat apa
i rasa dapat shelves
sebab berat dan panjang

otw balik
nampak kedai basikal
dan i cakap
boleh la tengok tengok basikal
sebab mr husband ada mention nak beli basikal untuk zara
tengok basikal

then
dah alang alang tengok basikal
kitorang pegi another kedai basikal
then menuju ke pekan pulak

di pekan ingat nak pegi kedai basikal dan kedai mainan
nak tengok kereta "lektrik" kononnya
kedai basikal tutup
dan pegi kedai mainan

memula mr husband nak carik kereta yang boleh dua orang naik
tapi tade
dan mr husband berkenan dengan kereta yang besar

motor yang atok belikan untuk affan
memang lektrik
tapi kalau nak guna, kena la diorang yang nak main tu tekan sendiri
tu yang affan susah nak main tu

ye la
affan ni kan
naik basikal roda tiga pun tolak dengan kaki
mana reti kayuh
inikan pulak nak tekan pedal kat motor

yang mr husband belikan untuk zara
boleh tekan sendiri
dan ada remote juga
ada kunci kereta lagi
hahahahhahahaha

seronok la babygirl tu
sekarang dah ada sorang sebijik
kalau gaduh juga
tatau laaaaaaaaa








Rabu, Oktober 17, 2012

zara, drama series marathon dan rasa

ok
semalam kelas muzik
zara dah buat apa yang cikgu suruh
walaupun mula mula dia menangis
sebelum pergi lagi dia dah cakap ngantuk la
bagi alasan sebab tanak pegi
tapi semalam mr husband kena duduk dalam kelas dia
duduk di belakang je
at least
i kat luar tu dengar juga suara zara menyanyi

ok la
ada improvement

sekarang ni household chores dah makin mudah
i dah tak bz berkejaran lagi
dah tau mana yang kena didahulukan

yang penting
kiddos balik rumah kena bagi makan nasi
macamana pun memang kena ada nasi
kalau diorang tanak makan nasi
diorang akan request la nak makan benda lain
tapi kebiasaannya nasi

tengah hari tadi i tanya affan
"petang nanti affan nak makan apa"
affan jawap
"shoshej"
balik kerja nanti i akan tanya lagi

diorang jarang nak makan mee ke, bihun ke, koay teow ke
semalam i goreng koay teow
sempat makan sepinggan je sebelum kelas zara
balik dari kelas zara siap siap tempat tido
baca novel, tengok keluarga iskandar
habis tu ingat nak makan koay teow
sekali dah habis
kempunan

semalam last episode untuk season 1 keluarga iskandar
i memang heart sangat cerita tu
i lagi sanggup tengok cerita tu dari jane by design
walaupun i heart jugak jane by design tu

lantas
tengah hari tadi
i setkan laptop kat rumah tu untuk download keluarga iskandar full episode untuk season 1
ada 15 episode semuanya
harap harap balik kerja ni dah setel

sempat jugak set untuk download himym ep1 season 8
nak tunggu dvd lama sangat
nk tunggu keluar kat starworld pun tatau bila
mungkin dalam masa terdekat ni la sebab dia dah rerun season 7

i ada rasa nak buat something big untuk diri i
i rasa i boleh
i rasa mugkin dengan cara ini, kehidupan i akan berubah
mungkin
dan its a big step
tapi rata rata yang i tengok
benda ni memerlukan pengorbanan yang sangat besar
tapi takpe
i masih rasa i boleh cuba


ok
sudah