Selasa, November 15, 2011

zara dan affan

bambang

pagi tadi i keluar rumah awal
pukul 7.50 dah keluar rumah
sebelum naik kereta
i terpijak kaki zara
sian dia
sebab masa naik kereta
dia bukak kasut dan usap usap kaki dia

pastu masa nak masukkan adik dalam kereta
terhantukkan pulak adik kat pintu kereta
melalak lalak adik
padahal i rasa macam terhantuk sikit je

tau la tangan i penuh
nak dukung adik
nak bukak pintu kereta
tu yang jadi macam tu

bawak diorang pegi beli nasik lemak
kakak kata nak dua nasik lemak
adik nampak kuih lapis terus eksaited
bila dah beli
adik menangis sebab dia ingat tade beli kuih untuk dia
pastu orang jual tu bagi lagi satu plastik
untuk letak kuih adik
baru la adik seronok

dah seronok
tanak masuk kereta pulak
terpaksa la kitorang duduk kat tepi jalan tu
nak bukak kuih adik bagi dia makan

tu pun still tanak masuk kereta
las las i angkat je dia bagi masuk kereta

zara eksaited sebab masa baru masuk kereta nampak kakak irdina pun beli nasi lemak

sampai tadika
zara dan adik laju je turun kereta
dua dua riang hati masuk tadika

itu je report untuk pagi ni
hehehehheheh

Isnin, November 14, 2011

ape tah

dua hari cuti
dua hari pegi kenduri

zara suka pegi kenduri kawen
mr husband kata
zara mesti dah ada wedding dream dia sendiri
ceeeeh
berak pun orang yang basuhkan
takkan dah ada wedding dream

tapi dia dah tau la
kalau nak pegi wedding kena pakai baju cantik cantik
macam princess
sebab orang kawin tu macam princess

sepanjang last week
zara n affan kuat sangat meragam
sampai i penat nak melayan diorang

pagi tadi i keluar rumah pukul 8
angkut budak budak tu naik kereta walaupun diorang tidur
sampai tadika zara bangun
dia merengek rengek
adik rilek je sampai tadika terus main main
zara nak i mandikan dia

lepas mandi baur pegi keje
i punchkad pukul 8.33
lambat 3 minit

dalam kereta i telepon mr husband
i cakap pasal zara mengada ngada
mr husband kata
"takpe la.... anak pompuan sorang"
waaaaaaaaaaaaaah
konpiden je sorang

tu la
mr husband ni kan
i dah cakap
i momo buat apa apa
i nak baring je
mr husband yang gedik gedik kacau i

pastu mr husband bleh plak tanya i
"salah sape"
helooooo
mesti la awak yang salah mr husband
takkan i pulak yang salah

haritu i nak buat implan awak tanak bagi
kata nanti i jadi gemok
risau sangat i jadi gemok pasal?
malu nak jalan dengan i dah ke?
ke takut kawan kawan kutuk kata awak ada bini gemok?
ngengada tau mr husband ni
kalau apa apa jadi
awak siap la duit banyak banyak
i tak mintak pegi pantai ke ish ke
awak sedia duit untuk masukkan i kat wad first class macam masa affan n yaya haritu cukup le


Ahad, November 13, 2011

lagu yang memberi inspirasi


i suka lagu ni
i ingat dulu dah penah letak
tapi cari cari tak jumpa
might as well i share with u guys

lagu ni i suka dengar kalau nak buat kerja
boleh jadi sangat bersemangat untuk buat kerja
dan boleh fokus

lagu ni dan lagu love story +viva la vida by jon schmidt jugak

nanti i letak lagu bella's lullaby-as it was meant to be pulak
kenapa la i tak reti main piano yang hebat hebat macamtu
kalau reti mesti boleh buat mr husband cair
hehehhehehe
even main duet heart n soul pun mr husband dah suka
hikhikhik


enjoy~

Khamis, November 10, 2011

happy 4th anniversary

Rabu, November 09, 2011

sakit sakit

zara dari hari raya haji haritu muntah muntah
sampai harini
dah masuk berapa hari?
raya was on sunday
ni dah hari rabu
dah 4 hari
kalau tak makan ubat je, mula la muntah

affan pun dah berjangkit muntah
semalam kat tadika 2 kali minum susu
dua kali muntah
dalam kereta bagi bf, lepas tu muntah
sebelum tidur pun sama

jenuh nak tahan tahan dari bf
bagi sikit sikit je
sebab kalau tak dia takmo tidur
masa tidur pun ada 2 kali kot muntah

zara pulak sepanjang malam semalam berkali kali muntah
mr husband yang uruskan semuanya

petang semalam lepas balik kerja pun i muntah muntah
sampai klinik pun muntah lagi
zara sampai klinik terus cirit birit yang dahsyat

for me
i rasa sejak m husband start kursus kat kl tu
macam every 2 or 3 weeks i akan muntah muntah
badan dah makin tua kot

tapi tu la
i yang dah besar ni pun tak tahan kalau muntah
ni kan pulak budak budak dan babies
sian zara n affan

kejap ni pulak mr husband hantar sms cakap dia dah start rasa sakit
i rasa sakit sendi dia tu la
tu la kan
lama tak pegi cocok

dah
biar hanging je macamni