Khamis, Mei 19, 2011

untuk bambang

mr husband kesayangan,

semoga awak akan sentiasa sihat
semoga kita boleh tua bersama sama
semoga kita boleh mati sama sama
semoga kita diberi umur yang panjang untuk tengok anak anak kita membesar dan berjaya dalam hidup mereka

semoga sebelum kita menutup mata
kita akan sempat menunaikan rukun islam yang kelima
semoga bila kita tua, kita boleh jaga each other
semoga bila kita tua, kita boleh gelak gelak kenangkan benda benda yang dah berlaku sepanjang hidup kita

semoga awak akan sentiasa ada untuk jaga i, jaga zara n jaga affan

mr husband kesayangan,

awak kena jaga diri baik baik ye
awak kena jaga kesihatan elok elok ye
sebab awak kena jaga i
kalau awak takde
sape nak jaga i
bila tade sape jaga i
nanti i sedih
hari hari i nangis sampai mata buta
nanti i nangis nangis sampai badan kurus kering

mr husband kesayangan,

u know i will be with u
tak kira apa pun
tapi u pun have to take care of yourself ye
kita kena ada untuk zara dan affan
sampai diorang besar
sampai diorang dah ada keluarga sendiri

mr husband
walaupun kadang kadang i temper
walaupun i suka tiba tiba nak mengamok
nak marah marah

walaupun i selalu tak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang baik
i tak masak for u
i tak ironkan baju awak
i tak kemas rumah

tapi i memang sayang awak banyak banyak
banyak banyak sampai tak boleh kira

i sayangkan awak sebab
awak akan sentiasa support apa je yang i nak buat
awak tak marah pun kalau i tak masak dan kita kena beli makan hari hari
awak tak marah pun bila i rosakkan handphone dengan masukkan handphone awak dalam washing machine
awak tak marah bila i masukkan jugak wallet awak dalam washing machine
awak tak marah pun bila i habiskan duit awak banyak banyak
awak tak marah pun bila i menyusahkan awak dengan buat kereta terberhenti tengah jalan sebab tade minyak dan awak terpaksa tolong walaupun awak tengah meeting
awak tak marah pun bila setiap kali i tukar kereta dengan awak,
awak kena isi minyak sebab i akan bagi kereta yang dah kosong tangki minyaknya
kalau i mintak apa apa je, misti awak bagi
awak sanggup berusah payah for me,zara n affan
how can i not love you for all that, bambang

premium beautiful .... anyone?

kan orang sana sini dok mempromosi pb
ikutkan hati
i pun teringin
nak tengok berkesan sangat ke pakai pb nih
dan rata rata cakap pasal keberkesanan menggunakan pb nih

i adalah pembaca setia blog aididleaks
dan banyak la info yang i dapat tau

i rasa kalau orang nak jual pb ni tak salah
cumanya
diorang jual menggunakan kaedah mlm
yang mana
harga jualan naik sampai 100-500% dari harga belian
melampau lampau la tu kan
dan sebab nak naikkan harga jualaan tu
maka diorang pun up kan la produk tersebut
lantas kata produk tu super hebat la
mengandungi macam macam yang boleh menjamin kesihatan n so on

sebabkan i ni ukur baju di badan sendiri
dan i takmo beli pb yang melampau harganya tu
apatah lagi nak beli secara installment
lagi la buang duit
dua ribu tu baik i beli peti ais baru
ataupun i beli baju zara n affan satu luggage
sebulan pakai baju baru non-stop

i beli la korset murah murah di pasaraya berhampiran
i pakai straight dua minggu waktu kerja
agak agak lapan jam sehari
dan tadaaaaa
hasilnya
i rasa lebih kurang pb je kot
sebab rata rata testimoni dari orang yang pakai pb adalah
bila pakai

1 . rasa badan lebih ringan - sasah la kan. sebab pakai ketat ketat
badan lebih mampat ke satu arah sahaja. tak menggeleber . jadi berat badan tu macam ke satu tempat je (entah macamana nak jelaskan secara ilmiah i pun tatau. ni bahasa orang marhean je)

2 . lebih slim - ye laaaa... ko dah pakai benda tu berjam jam. sasah la jugak ia akan membentuk badan korang. sama la kalau orang pakai bengkung lepas bersalin tu. kan ke lebih selim melim

3 . mengeluarkan keputihan - ini i tatau secara saintifiknya tapi i rasa sebab pakai seluar/kosrset ketat2, memang akan mengeluarkan keputihan kot. tak caye cuba korang pakai seluar jeans ketat ketat, (jangan plak pakai legging, tu tak kira) pastu cuba tengok, misti akan keluarkeputihan

4 . banyak keluar angin - ni lagi satu fakta sebab korang dok pakai ketat ketat kat badan, memang la secara otomatiknya, dia akan keluarkan angin angin dalam badan

5 . badan rasa lebih straight - kata dah pakai korset ketat ketat kan, dia dah tahan badan korang dari terbengkok sana sini. memang kena duduk secara tegak punya la. inga tak masa kawen korang pakai korset ketat ketat... alaaa... yang pakai dengan baju lace tu. kan masa tu pun secara otomatik korang akan duduk straight sebab korset tu tahan korang dari bend.

kesemua lima lima fakta tu i rasa bila i pakai korset murah murah yang dibeli di pasaraya berdekatan
tapayah susah susah beli pb yang dua ribu tu. i beli korset murah murah harga rm40 dan pants harga rm30 selepas diskaun
i rasa korang korang di luar pun boleh cuba kaedah cubajaya i nih
tapi kalau rasa duit banyak banyak dan nak cuba rasa FIR yang diwarwarkan tu
beli je la pb
tade masalah punya

tapi i suggestkan juga baca info dari incik aididmuaddib tu jugak
ye la sebelum invest duit banyak banyak baik kumpul maklumat dulu
sama la macam korang nak beli rantai emas kan
mesti akan tengok dua tiga kedai
survey survey
belek belek
pastu baru beli

ok itu saja untuk hari ini

ps: sekarang nih mid sem break... so i ada banyak masa untuk tulis tulis benda benda yang berlegar legar dalam kepala for so long

Rabu, Mei 18, 2011

filem kongsi dan hari cuti


hari selasa cuti
hari isnin malam
mr husband, affan n i pegi tengok movie
kitorang tengok citer kongsi
untuk kali ke2
hahahahhahha
hebat tak?
first time tengok hari ahad pagi

sebab ada miss satu part masa tengok movie tu
terus mr husband ajak tengok lagi untuk kali kedua

kelakar weeeh cite tu
memang bes
dan tak rasa rugi pun bila tengok sampai dua kali
dan masih ada rasa bila keluar kat astro first
nak beli

i tanak review cerita tu sebab i'm sure dalam internet melambak lambak review pasal cite tu
tapi i rasa
wajar la hari pembukaan pun dah hit 1 mil
memang kelakar
memang bes
dan tiba tiba i rasa tersuka kat fizo omar
boneh????


kali ni tengok movie tak bawak zara
sebab zara ikut makcik ha balik rumah
terus nak tido rumah makcik
bila tak bawak zara kitorang cuma beli 1 twin seat je la
kalau ada zara kena beli 2 sets of twin seat

affan macam tu la
kalau tengok movie ke
tengok ball ke
separuh masa pertama
dia akan keep on makan dan minum
melayan gemok dia je
sebab tengok movie takpe lagi sebab dia cuma akan makan dan minum

kalau tengok ball
lepas kenyang perut makan dan minum
dia akan sibuk nak main panjat turun tangga


kelmarin
lepas penat kunyah kunyah popcorn n twisties
dia penat
terus nak baring n nenen
dan tido terus
sampai dah habis cerita
dah masuk kereta pun tido lagi

on tuesday plak
dalam pukul 12 tu ingat nak ambl zara dari rumah makcik
makcik bawak zara pegi megopleks
kitorang pun turut la ke mego
zara nampak je mr husband n i
terus nangis nangis tanak balik
affan pun nampak je teacher dia
terus hulur tangan nak dukung
bila mr husband n i nak ambil
dia takmoh

kurang sopan punya anak anak
macam kitorang ni mak bapak tiri je

dalam pukul 2 petang kot diorang hantar zara balik
masa tu i pun tengah tido

harini dah hari rabu
kerja macam biasa

haaaiihhhhhh

Rabu, Mei 11, 2011

zara - on removing stiches



Daughter kesayangan sudah fully recovered
Alhamdulillah

hari isnin petang i bawa zara pegi pantai
appointment dengan doktor pukul 3.30 petang
dalam kereta lagi zara dah tertidur
dekat klinik dr Leow tu i cakap kat clinic assistant
kalau boleh tanak warded
nanti kos tinggi sangat
mr husband cuma sedia 2k
nanti dengan anaesthetic lagi
doctor's charges lagi
ward charges lag
dengan segala mak nenek misc lagi
sampai pat lima ribu macam haritu mau i kena kirai segala rambut rambut yang ada untuk tuka jadi duit
diorang tanya la samada insurance cover atau tak
insurance cover
tapi untuk follow-up treatment
kena bayar sendiri dulu
pastu baru boleh claim

bila masuk bilik doktor
little zara pun masih tidur
doktor pun cakap boleh bukak terus jahitan
masa doktor bukak jahitan
i pegang zara
tapi i tak tengok langsung
dalam hati ni berdoa je supaya semuanya ok
dah halfway through
zara terjaga
sakit kot
masa tu yang bahagian atas semua dah cabut
tinggal yang bawah mata je

doktor suruh bawak pegi emergency
untuk bagi ubat tidur
supaya boleh sambung procedure

punya la susah nak bagi ubat tidur
ubat adalah sangat nasty
itupun campur dengan air esprit
mula mula dia minum
pastu rasa tak sedap
dia dah takmo minum
air banyak lagi
ada satu cup penuh
i mintak syringe
sekali suap 10ml
ada dalam 7 ke 8 kali jugak la kena suap
dan jenuh kena paksa
i siap janji dengan zara yang i akan bagi dia nenen kalau dia habis makan ubat
masa tu i tak cakap ubat
i kata air-ah

zara suka air gas
dia panggil air gas tu air-aaah
sebab lepas minum dia akan cakap "aahhh"

habis je minum air
zara muntah banyak banyak
dengan seluar i pun kena muntah
lepas muntah zara sudah mabuk

i dukung dia
dan dia cakap macam macam
tapi memang mabuk
tengah tengah cakap
nanti dia akan kejangkan badan dia sambil melonjak
dah tu tanak letak langsung
nak dukung je
dia membebel bebel
cakap nak asam... nak air gas... nak mamam...

air gas tu bukan air gas betul
sebelum dia makan ubat tidur tu
dia main main kat water dispenser kat kaunter emergency tu
seronok la dia main main
dia panggil water dispenser tu air gas

dia mengamuk ngamk nak air gas
i pun bawak dia ke water dispenser
i bagi paper cup
pegang pun tak boleh
dia tak boleh nak grip
pastu ngamok ngamok

lama nak tunggu dia tidur
sebab dia memang lawan ngantuk
nurse pun semua cakap dia kebal
boleh lawan ngantuk
kejap kejap nangis la
cakap nak balik
nak affan
nak abah
nak nenen

las skali
i bagi zara nenen
pastu dia pun tidur
masa tu dah pukul 5
doktor pun dah sampai
kali ni punya procedure
i tengok
sikit
dan kejap je
dua jahitan je tinggal
jadi kejap je
nak tunggu zara tido yang lama

habis tu i called my father untuk ambil zara
biar dia selesa sket tido dalam van
pastu i ambik affan kat rumah makcik
ikut my family pegi balik kampung

sampai sungai siput
zara pun terjaga
tapi dia masih mabuk
cakap pun masih slur
jalan pun asyik jatuh
las las zara jalan sambil mengesot
cute tau

sampai rumah pukul 10 sengah malam
mr husband pun dah lama sampai rumah

i lega
sebab keseluruhan kos zara adalah 1/10 dari kos jangkaan
i lega sebab semuanya dah selesai

part paling bes?
part paling bes ialah sebab mr husband cakap his parents bagi 1k
thanks to my parent-in-law yang membiayai kos perubatan zara
500 untuk cover balik kos yang mula mula haritu
300 untuk bayarkan kos yang bukak stiches ni
dan 200 saja saja bagi kat zara n affan
seronok kan!!!
semoga my parent in law dimurahkan rezeki selalu
hehehehhehe

kaya dah zara n affan ni
nanti duit tu mama momo simpan dalam bank
mama nak guna untuk beli baju raya trudy n teddy for both of u
hahahahhaha
boneh???

start hari ni i start balik keje full day
sepanjang minggu lepas sampai yesterday i cuma kerja halfday everyday

Isnin, Mei 02, 2011

zara warded


its 12.02 am
mr husband keluar beli food
zara dah tido
i ngadap laptop

kat mana?
kat sepital
zara was sarded at pantai hospital ipoh
sebab apa?
sebab kelopak mata dia kena jahit

petang tadi tengah zara n affan main main dalam baby cot
zara baring sambil tolak tolak cermin kayu kat dinding
skali terlebih tolak
frame tu jatuh dan hempap muka n badan zara
berdarah agak banyak

i tak berani nak tengok sangat
tengok sipi sipi je
mr husband basuh basuh sket luka
dan terus bawak zara ke hospital

i duduk rumah dengan affan
(kitorang kat rumah atok masa tu)

tak lama pastu mr husband sms cakap nak tunggu plastic surgeon
i masa tu dah nak ke hospital dah
mr husband cakap
"nanti sampai hospital, alih kan kereta"
sebab mr husband parking betul betul kat depan lobi
enjin pun tak tutup
harap je ada kaunter valet
tade pun orang jaga

masa dah nak sampai hopital
mr husband cakap yang pukul 9 malam zara akan kena jahit

sampai hopital
sedih i tengok condition zara
yang membuatkan i sedih sebab apa tau
sebab siang tu i dok marah marah zara
dia asyik merengek rengek je
tapi nasib baik dekat dekat waktu kejadian tu i ada suap dia makan nasik
pastu i bagi dia makan keropok
i suap dia minum air

dari hospital
my father bawakkan i balik rumah
sebab nak ambil barang
hantar affan ke rumah makcik Ha
pegi hospital

samapi hospital tengok zara tengah main main dalam playroom
masa mr husband tinggalkan i dengan zara
i mintak maaf dengan zara
i tatau dia faham ke tak
rasa sangat guilty okeh!!!

pastu my aunty n uncle datang
opah pun ada skali
cu pun kebetulan ada kat ipoh
semua beramai ramai melawat zara

mr husband mintak upgrade ke bilik seorang
sebab kalau tak duduk 4 orang sebilik

masuk bilik baru kejap je
pastu terus nurse ajak ke bawah
zara dah nak dijahit
siap masuk operation theatre tu

gile laaaa
nak tunggu 40 minutes pun i dah rasa sangat berdebar debar
tak boleh nak bayangkan macamana kalau benda yang lebih buruk berlaku

after 40 minutes
nurse panggil
suruh tunggu sambil kena pakai baju hijau, cap n tukar slipper
i dengar juga bunyi zara batuk
dengar bunyi batuk pun i rasa sedih tau

dalam lima minit camtu dah boleh masuk
zara masih tidur
eh... pengsan kot
tapi tak lama pastu dia dah terjaga
nangis nangis
n i kena dukung bawak jalan jalan
sementara nak tunggu diorang bawak wheelchair
supaya senang diorang nak bawa zara n i naik bilik

masuk bilik pun zara masih nak berdukung
tanak letak langsung
mebbe dia rasa tak selesa
mebbe dia rasa sakit
mebbe dia rasa unsecure kalau tak dukung

affan still kat rumah makcik
i dah pesan kat makcik
kalau affan nangis, call je supaya i boleh terus ambil dia
boleh bawa affan tidur kat hospital ni je
senang

tak tau bila zara boleh keluar
harap harap cepat
nanti 9 may pun kena warded lagi
sebab 10 may nak buka jahitan

apa pun
i sangat sangat bersyukur sebab kelopak mata yang kena
dan mata zara ok
i tak boleh bayangkan kalau perkara yang lebih buruk berlaku
nauzubillah..

gambar nanti la upload
henpon i ada pada mr husband