Isnin, April 12, 2010

hari sabtu pagi konon konon mr husband kata nak balik kl pukul 6 pAGI
tepat pukul 6 i bangun
tengok mr husband tengah golek golek dalam bilik baca buku jokes
mr husband kata nanti baru balik
i gosok gigi, masak air, basuh pinggan, kemas barang sket
pastu tidow
pastu mr husband plak datang dan join tidow
kitorang pun anak beranak tido sampai siang
pukul 10 lebih baru gerak ke kl

sampai kl singgah ampang point dulu
kebetulan ada sale mom's care kat foyer
sangat teruja la beli barang baby
barang baby boy sket
baju zara banyak banyak
dan latex matress n pillow for baby boy

lepas tu still bershopping baju zara
i sangat teringin nak belikan levis jeans for girl untuk zara
tapi tade saiz
las las beli 2 gown je

malam plak pegi great eastern mall sebab nak carikkan kasut zara
kasut sekarang ni dia asyik komplen sakit je
pakai kasut bubblegummers kaki luka plak
alang alang dah ke clarks
mr husband belikan 2 pasang kasut terus untuk zara

hari ahad petang kita dah nak bergerak balik
tapi sebelum balik i nak singgah ampang point
i nak jugak beli thermal blanket
kan hospital dok pakai thermal blanket tu dan sangat selesa

pastu cam dah lambat sangat untuk ke kenduri kawan i itu
kita detour ke ikea plak

okeh
ada benda yang berlaku
jadi pasnih i akan banned ikea
tak rugi pun kalau i tak pegi ikea
kalau mr husband nak pegi
dia bole pegi sorang
i boleh jalan jalan di luar ikea

kat rumah my mil pun ada benda aneh yang berlaku
tapi i rasa i boleh hang-on lagi

oke
tata all

Khamis, April 08, 2010

1,2,3,4,5

bizi sampai boring

tadi ada benda pasal tadika yang i cakap pada mr husband
mr husband diam je
rupanya diam tandanya tak setuju
ceeeeeeeh
haaaiihhh
i kena pikir lebih nih

1 . i dah tobat tanak pegi klinik pagi pagi
nak pegi petang supaya cepat setel
pegi pagi ramai sangat orang
langsung tak boleh buat benda lain kalau dok klinik je

2 . mr husband dah runsing berkongsi tandas dengan i
so i suruh dia repair i punya toilet bowl
mr husband kata wikend ni balik kampung
boleh pegi ace hardware
baru boleh beli peralatan untuk repair my toilet bowl

i rasa mr husband punya toilet sabotaj i la
dia tanak bekerjasama dengan i
tak suka

3 . semalam i cakap pada mr husband pasal tower regency's membership
mr husband dan dan cakap jom pegi jadi member malam ni
waaaaaah
macam mencampak 1.5k dengan sengaja
tunggu la i pk panjang
tapi i rasa b4 i bersalin
i nak jadik member
supaya boleh dapat spa free
boleh guna gym secara free
boleh zara mandi swimming pool secara free
dan paling bes setiap kali makan buffet, dapat 1 free 1

4 . malam semalam zara tido kat rumah my mom
langsung i tido malam tak lena
dulu dulu sebelum ada zara
kalau mr husband tak tido dengan i, misti i tido tak lena
sekarang sebab i tido dengan zara
kalau zara tade, maka tak lena la i tido


5 . mr husband kata nak balik kl minggu ni
ye la tu
nanti tiba harinya
tak jadik
i tau
dengan condition kereta yang kurang memberansangkan
memang tak seronok nak jalan jauh jauh
tapi mungkin la jadi balik
sebab on sunday i nak pegi kenduri x-skulmet i kat tanjung malim
cik-puan noi
kira cam on the way back from kl, boleh la singgah kenduri

cukup sebelah tangan
bai

Isnin, April 05, 2010

hari

bizi betul
hari hari weekdays adalah sangat bizi
sampai nak bernafas pun susah

hari weekends adalah untuk berehat sepuas puasnya

hari jumaat petang tinggalkan kereta kat ofis mr husband
pegi courts konon kononnya nak carik sofa
tapi tade yang diidamkan
pegi kedai perabot lain
dah tutup pula
las las pegi kfc je beli dinner

hari sabtu haritu sebab mak ambik zara
mr husband n i pegi bershopping ke parade
konon la mr husband naik sampai ke gsc
nak tengok movie apa yang ada
tapi adalah sangat membosankan

we end up beli baju baju zara
beli seluar seluar i sebab i punya seluar sudah tak muat
wahahahhahaha... seronok betul sebab i merembat 4 seluar

hari isnin pagi pagi dah pegi tadika
tunjuk muka kejap
pastu balik, sebab nak ikut mr husband ke ofis
kereta i tinggal kat ofis mr husband

lepas ambik kereta
bawa zara ke klinik sebab zara sudah batuk
pegi klinik buat syarat je, sebab zara malas makan ubat
pegi kedai gambar untuk cuci gambar
beli groceries tadika
balik tadika
bizi bizi bekerja

tengah hari kena pegi ke jpn pula
esok dan seterusnya untuk minggu ini adalah sangat unpredictable
bizi yang akan datang dengan tak disangka sangka

Jumaat, April 02, 2010

zara dan keresahan hati mama-nya

i rasa i adalah orang yang berani
i buat apa yang i fikir betul
i berani tapi i am easily upset
luckily i have people to cling on
banyak benda yang i tak takut

tapi
ada satu benda yang i sangat takut

i adalah sangat takut untuk upsetkan little zara
macam kalau zara nak apa apa, i akan bagi
kalau zara nak beli apa apa, i akan beli
bila i tak dapat bagi apa yang dia nak
dan tengok dia menangis
hati i akan sedih sangat sangat

macam tadi
zara nak ikut atok naik van
tapi tak boleh, sebab zara kena tinggal dengan i
masa zara nanges, hati ni macam kena robek
i pun rasa nak nanges
dan i terus call mar husband to share my sadness

i tak tau macamana keadaannya bila zara semakin membesar
contohnya, macam i nak zara bersekolah di one specific primary school
pastu tadi my parents cakap tak komfem lagi boleh sekolah situ atau tak
sebab dia ikut address
tapi haritu mr husband ada cakap dekat dekat zara nak sekolah
mr husband nak sewa partment dekat dekat situ
supaya komfem zara dapat sekolah situ
hahahahha
obsesi?
mungkin

we want only the best for our kids
and i bet semua parents pun macam tu
i pun rasa some people will go far untuk merealisasikan impian sendiri/impian anak

Khamis, April 01, 2010

eh
minggu ni adalah sangat tired dan bizi
tapi sebab bz tak sedar hari dah khamis
tomorrow sudah friday

alhamdulillah
rezeki sedikit meningkat untuk bulan 4 ini
bersyukur sangat sangat

tapi masih ada la jugak orang yang liat liat nak bayar nih
standard la kan
mana yang inform tu bagus la
ada yang buat bodo je
i pun susah nak cakap
dah exceed 1 month tapi masih buat tatau je

i macam rasa nak cari rumah sewa sebuah lagi
ada rumah kosong belakang ni
macam aim yang itu
walaupun depan jalan besar
tapi i ingat kalau dapat, boleh la bukak 1 pagar je
tak payah guna jalan besar
boleh buat daycare betul betul
mungkin dengan cara tu boleh mendapat lebih ramai orang

semalam i bitau mr husband pasal penambahan budak
dan penambahan income
mr husband tanya
"bole beli kereta?"
i cakap takbleh
pastu mr husband cakap "tak melayu laaa"
hahahhahahahha

biarla berdikit dikit dulu
nanti skali sudah banyak uwang
i beli camry terus
hahahahhahaha
waaaaaahhhh
i ni kan
suka bercita cita tinggi

nak cakap pasal baby plak
sekarang ni malam malam sakit perut
nak pusing pusing lagi la sakit perut
dulu masa mengandungkan zara takde la macam tu
walaupun masa tu pun sama je stressnya
banyak je kejenya
tapi mebbe jugak i dah lupa macamana rasanya masa mengandungkan zara

semalam mar husband dapat call dari dokter dia
dokter dia nak suggestkan satu suntikan untuk sakit dia tu
the problem is
suntikan tu berharga 40k
so dokter dia mo tulis surat kepada kampeni dia
mr husband pun ada rasa doubt
nak ke kampeni dia bayarkan sebanyak itu

tapi i memang kesian la mr husband
kalau malam malam pakai ubat
nanti dah tak boleh nak pegang pegang zara
zara plak memang suka nak peluk peluk abah dia
pastu kalau tak pakai ubat nanti makin naik pula gatal gatal tu

kepala lagi la teruk
semalam masa i cabut kuping kuping dari kepala
sebab dapat kupingan besar
so macam memerhatikan dengan lebih lanjut
nampak macam berbulu bulu
mr husband kata cendawan
eeeuuuwww
macamana la rasanya ada cendawan tumbuh atas kepala

oh
harini birthday mil
macam biasa
kitorang di perantauan ni mana la dapat nak selebret bagai kan
so mr husband suggest
buat macam last year sajos
buat cake n flower delivery

ini adalah entry tergantung