Rabu, Mac 03, 2010

zara dan insiden di mcD

i nak sambung sikit je pasal apa yang i letak dalam blog semalam
i bukan nak kondem orang ataupun bukan i nak orang kondem kondem i
kalau orang dok bising bising kat i pasal mr husband yang sakit dan konon-kononnya all we did was nothing i masih boleh pekakkan telinga
same goes if people bising bising kata mr husband besar sangat
dia dah turun 19 kg dah pun
dia masih nak lose weight lagi

my main point yesterday adalah pasal penerimaan
i boleh terima apa yang berlaku
i boleh terima semuanya
kenapa orang lain tanak terima
penerimaan tu yang i perlukan especially dari orang orang yang rapat dengan i
kalau i sendiri tak rasa malu
kenapa orang lain nak rasa malu
kenapa nak provoke i?
bukannya kalau my little family keluar jalan jalan orang kenal pun

ok enough
full stop


____________________________________________________________________

tengah hari semalam i kena ke jpn
i pk taklimat adalah kejap
lantas i mintakkan mr husband tolong jaga zara untuk sementara waktu
skali pukul 5 baru habis
tak pasal pasal mar husband keje half day je semalam

mula mula mr husband bawak zara pegi mcd
nampak je mcd zara dah lompat lompat hepi
(padahal baru pagi tu i bawa zara makan breakfast mcd)
tengah tengah makan tu
zara dah ter poo poo
mr husband kata banyak sampai terkeluar dari diapers
ni la first time mamy poko mengecewakan i, tak pernah dibuatnya boleh bocor
biasanya wee wee n poo poo la banyak mana pun
tak pernah leaking
sian mr husband

mr husband kata dia sudah malu
jadi dia lap poo poo zara yang dah jatuh atas kerusi
dan zara plak tengok abah dia lap
dia pun nak lap
dah la semalam i pakaikan zara baju putih
memang obvious la baju tu bertahi
tisu tisu tu semua mr husband letak je dalam happy meal box zara
skali dengan food pun kena buang


dah la mr husband dah berbau tahi
dalam kereta zara nak peluk
nak duduk atas lap
lantas mr husband n zara dah penuh dengan tahi
hahhahahahahhaha
balik rumah mr husband mandikan zara
walaupun zara tido
terpaksa la juga mandikan

i rasa zara saje nak buli mr husband
sebab i tak pernah encounter benda benda macam tu

bila i balik tengok dua beranak tu tengah tidur tak berbaju
misti sudah kepenatan
rumah pun berbau tahi

haaaiihhh
macamana la i nak tinggalkan 2 beranak itu
nanti 27 mac i ada kursus
boleh ke mr husband jaga zara lama lama

tengah malam plak dalam pukul 3 sengah pagi zara bangun
terus tunjuk tivi
mo tengok tivi
sambil dia tengok tivi
dia bangun dan ambil botol air
minum air kosong
i rasa zara lapar
so i bancuh susu
tengah minum
zara muntah muntah
jadi satu hal plak
nak membersihkan muntah
mr husband malas
dia lapik je tempat muntah tu dengan blanket
konon boleh la tahan sampai pagi
pukul 5 sengah baru zara nak tido balik

sebab zara bangun pukul 3 sengah
i pun terpaksa la bangun dan teman zara
sempat la basuh kain, basuh pinggan
lantas lepas zara tido i pun tertido
jadinya i sudah bangun lambat ini hari

dan harini adalah bizis
kejap kejap i balik rumah untuk sidai dan basuh kain
ye la
zara dah muntah
habis semua cadar, komforter, sarung bantal, selimut semua kena basuh
alang alang i jemur bantal sekali
dan gosok gosok sket tilam dengan air sabun supaya wangi

haaih
penat

Selasa, Mac 02, 2010

si inaz dan rasa amarahnya

i sebenarnya tada apa apa
tade apa apa masalah
i live ife as it is
i terima apa je yang datang dengan hati terbuka

tapi agak susah la bila ada orang yang tak boleh terima
lagi susah kalau it's a family member

i rasa sejak mr husband sakit
i tade la menyusahkan orang
kot ada pun i mintak my parents untuk jaga zara for few hours supaya i boleh berehat sket
dan boleh ubatkan mr husband

i tade masalah dengan mr husband yang berjalan dengan tongkat
kalau i tade rasa apa apa
kenapa ada orang nak question
takkan la sebab mr husband jalan pakai tongkat
mr husband tak boleh keluar rumah langsung

ada orang kata
if it happen to them, mereka takkan berjalan jalan, mereka akan berubat
nak berubat 24/7 ke?
macamana?
macam la mr husband tak berubat langsung
dia berubat
makan ubat ikut time
sapu ubat ikut time
kadang kadang malas sket sapu ubat je

sakit mr husband itu namanya psoriasis arthritis
sape sape yang tak tahu, boleh google dan tengok sendiri
kalau malas nak google
i boleh bagi website

in Malaysia, they even have their own association http://www.psoriasismalaysia.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/Psoriasis

kalau orang tanya
i jawap dengan jujur
dokter kata penyakit ini tade ubat
tapi boleh kawal
Can psoriasis be cured?
No. The tendency to develop psoriasis is inherited through a person’s genes. We hope to be able to safely modify these genes in the future, but the technology is not yet developed. We do foresee a time, when we will have more specific and more effective therapies for the various forms of psoriasis. Also, while psoriasis cannot be cured, it can often be completely cleared for periods of months or even years. Occasionally, it never returns at all. In most patients, however, it is a chronic, life-long condition with alternating periods of flaring and clearing.

orang kata pada i
semua penyakit ada ubatnya
mati je tak boleh elak
orang lumpuh pun boleh berjalan

satu masa dulu
masa dokter tak dapat diagnos apa penyakit mr husband
macam macam kita cuba
apa saja yang orang cakap
semua kita try
orang soh pegi bekam
orang soh pakai minyak kelapa dara
orang soh pegi berubat kat darul syifa'
dari klinik, private hospital n government hospital
semua mr husband pegi

ingat i tak berdoa supaya mr husband sembuh ke?
ingat i happy ke mr husband sakit
ingat i tade letak harapan untuk mr husband sihat?
cumanya
pada masa yang sama i kena bersedia mental dan fizikal untuk terima keadaan itu untuk selama lamanya

apa pun
semuanya mr husband, zara n i yang tanggung
orang lain boleh tengok dan bercakap je
itu pun sejak dokter dah dapat diagnos penyakit mr husband
dan bagi ubat yang betul dan bersesuaian
he's getting so much better

salah satu ubat yang dokter bagi pada mr husband itu mungkin akan mendatangkan kesan pada hati
and luckily i was pregnant before mr husband sakit
sebab mebbe selepas ini we all dah tak boleh ada baby lagi
at least zara tak keseorangan

tapi, ape pun
mr husband masih boleh bawak zara n i jalan jalan
mr husband boleh bawak zara n i ke shopping complex
mr husband boleh bawak zara n i pegi swimming pool walaupun dia tak mandi
mr husband boleh main main dengan zara n i kat padang polo
mr husband masih boleh pegi keje macam biasa
and i'm not boasting, tapi dalam borang penilaian mr husband baru ni, bos dia bagi 95%
maknanya prestasi kerja mr husband semakin meningkat
nak apa lagi?

mr husband cakap
dlu masa dia main rugby, sorang tarik kaki kiri
sorang tarik kaki kanan
dan sorang sangkut kat bahu
dan dia masih boleh berlari
tapi sekarang tuhan dah tarik
dia rasa tak kuat langsung

tak kuat pun takpe
bukannya mr husband main sports dah sekarang ni
lagipun sekarang mr husband gumok
jangan berangan la nak main rugby
hahahhhaa

i am happy
i truly am
cuma jangan ganggu-gugat ke-happy-an i
jangan provoke i dengan benda bukan bukan
family i, jangan sape sape campur
i bukan tak dengar cakap orang
mana yang elok i ikut
mana yang i rasa macam sampah
i masuk telinga kanan, keluar telinga kiri


Jumaat, Februari 26, 2010

hari cuti yang menarik

hari khamis malam
zara sudah mengamok
lantas bawa ke tesco
bawa makan chicken rice shop
sambil tunggu mr husband sampai

lepas makan mr husband bawa zara balik
i berjalan jalan di dalam tesco
konon nak beli bahan nak masak lasagna n cheese kekapis
tapi bahan tade
lantas tak beli

hari jumaat yang cuti adalah sangat bes
pagi pagi zara dah bangun
minum susu, poo poo
dan kitorang bawa zara mandi swimming pool
mula mula masuk kolam kanak kanak
dah lama lama dia tanak pakai pelampung
bawa ke kolam bayi
zara sangat seronok sebab boleh lari lari

i pun tak sabar nak tunggu zara besar sikit
boleh hantar ke swimming class

mr husband, nanti kita boleh la pegi swimming pool tu lagi ye, bawak zara

on the way back
mr husband dapat call dari ofis
so kita detour ke ofis mr husband plak

pukul 12 balik rumah
singgah beli lunch dulu
lepas makan tidow macam hari malam
walaupun cuaca panas dan tak pasang aircond
tapi adalah sangat seronok tidur bersama keluarga

lepas maghrib bersiap sebab nak dinner bersama parents
lepas dinner terus ke rumah parents sebab nak tidur di "kampung"

esok sabtu
seronoknya
masih ada 2 hari untuk bercuti
masih belum ada agenda untuk esok
mebi nak pegi tm point sebab mr husband nak daftar streamyx untuk rumah

Khamis, Februari 25, 2010

si zara, si mama zara, si abah zara dan bebelan merepek repek

mr husband pun sudah balik

i cakap kat mr husband
esok atau lusa i nak bawa zara mandi pool
mr husband tanya plak air kotor ke bersih
sah sah la air bersih
takkan la air kotor kan
tapi i nak pegi pagi
misti tak ramai sangat orang
dan tahap kebersihan adalah sangat boleh dipercayai di waktu pagi

sekarang ni cuaca panas betul
tengah tengah hari i pakaikan zara rompers je
sebab semalam i pakai shirt
mr husband kata, nanti jahit shirt tu kat bahagian bawah
letak button
boleh jadi rompers macam baju zara

petang pun zara dah tak perlu mandi air panas
i boleh mandikan dia pakai air paip je
oh, walaupun zara sudah setahun 4 bulan
dia masih mandi air panas
dia kan baby i

mr husband komplen
sebab sunway seberang perai adalah sangat tak bes
tade hospitality macam sunway georgetown
tade swimming pool lagi
dan bilik adalah kecil
amenities ok
tu pun sebab ambik executive room
mr husband mandi pagi pukul 5 sengah pagi
tade air panas
i bitau mr husband
nanti i hantar surat komplen

zara's first walking shoes ialah clarks shoes
sangat comfortable la i rasa
haritu kat jusco i belikan zara kasut bubblegum
kelmarin i tengok kaki zara luka
tapi zara suka kasut bbg tu
sebab ada bunyi
i dah macam berat hati nak bagi zara pakai
patut la mr husband sangat against pada kasut yang selain clarks untuk zara

zara sekarang ni lepas buat apa je nak basuh tangan
kadang kadang dia tarik i bawak ke sinki sebab nak basuh tangan
agaknya dia terpengaruh dengan iklan wahs your hands tu kot
bagus la
pembersih anak i tu
tapi yang lecehnya
bila pegi padang
kalau tangan kena rumput
terus dia suruh lap

channel tv kesukaan zara misti la playhouse disney
dan dia suka ikut apa yang kartun kartun tu buat
i think its a good learning process la
dia boleh belajar perkataan baru
macam bila dia tengok tigger n pooh tu
bila diorang cakap think.. think.. think.. sambil pegang kepala
zara pun akan ikut dan cakap think.. think..
kalau tengok little einstein pun
dia akan follow dari mula pat pat sampai la blast off
kalau ada iklan yang wave
dia pun akan wave juga
kalau tengok mr bean menari
dia pun akan menari juga

sekarang ni
pagi pagi i kena buka website disney dulu
lepas zara dah puas hati tengok video clip
dengar story
baru dia nak main

i rasa sebab zara banyak exposed pada playing n learning
so far dia dah pandai a,b,c, d
kalau number plak dia dah tau 1,2 n 3
a good start for zara

ada juga ajar zara spell sikit sikit
kalau i spell
m a .. ma, m a ... ma
zara akan sebut mama
kalau i spell
a ..a , b a h .. bah
zara akan sebut abah
kalau i spell
a ... a, t o k ... tok
zara akan sebut atok
nampaknya dia recognise n ingat bunyi yang di-spell

harini ada checkup
eksaited nak tengok adik zara masa scan nanti
i harap darah i cukup supaya dokter tak bising

mr husband pun ada checkup harini
harap harap ada peningkatan dalam kesihatannya

baca blog zuris, katanya dah ada ayam penyet di ipoh
i berkobar kobar ajak mr husband pegi semalam
tapi b4 maghrib zara dah tido
since esok cuti, i nak ajak mr husband pegi malam ni

dekat belog my sil plak ada mentioned pasal pencegah kehamilan
dulu lepas bersalinkan zara berkobar kobar la nak guna implan
tapi sebab zara menyusu i tangguh dulu
konon nak tunggu sampai zara berhenti menyusu la
sekali cempedak jadi nangka
nasib la kan
sebab mr husband i hensem
can't resist
ahahahahahah

cakap pasal adik zara
dah start rasa baby bergerak
rasa euphoria sama macam masa first time rasa zara bergerak dulu

ok i sudah merapik rapik dah ni
esok cuti
bes
lusa cuti
double bes
tulat cuti
triple bes




Rabu, Februari 24, 2010

an open letter to mr husband

mr husband
u baru pegi sehari
but you are missing a lot

zara pandai sebut beg
bila dia nak schoolbag, bila dia nak handbag
she even called her water bottle yang bertali tu beg
i rasa dia fikir semua yang bertali tu bag

masa baring baring semalam
tiba tiba dia tepuk diri sendiri
dan sebut kakak "tatak"
i rasa dia dah tau yang dia akan jadi kakak
banyak kali dia cakap kakak

mr husband
masa upin ipin start
macam biasa zara akan renung i
sambil senyum senyum
tapi this time dia renung lama lama
pastu sambil senyum dia cakap "babah"
sebab biasanya kan dia akan renung abah dia juga
tapi this time, no abah

banyak kali jugak bila dia dengar bunyi kereta
dia akan terus bangun dan cakap abah

malam semalam sebab tatau nak buat apa
i bawak zara shopping
suka suka hati je dia ambik macam-macam
banyak kena letak balik
ye laaaaa
nak buat apa highliter banyak banyak
pastu pegi kat tempat babies
dia ada nampak promo drypantz
instead of dalam beg biasa
drypantz ni dalam box yang berbentuk schoolbus
jadi zara sangat suka
tambah pulak ada tali
dia sangkut atas bahu
kejap kejap dia duduk atas kotak

pastu dia nampak water bottle barney
ada macam macam warna
dia nak jugak
dan i kena suruh dia pilih satu

harini dia sangat eksaited nak pakai water bottle baru
sampai susu pun i bancuh je dalam water bottle
tak pakai botol susu

even me myself
sebab awak tade
nak buang sampah pun i malas
nak buat apa apa pun malas
hehehehehhehehehhe

anyway
we managed to sleep alone without you
first time la zara n i tido berdua di rumah
tade la scary rupanya

dah la
u just called
u said u are coming home maybe in the afternoon
see u later alligator