Selasa, Januari 19, 2010

demam, kuning, sejuk

lepas makan ubat
rasa sangat mengantuk
macam nak pengsan

pagi tadi pun pegi keje lambat
badan rasa sangat tak sihat
itu pun paksa jugak badan ni bangun

dah la mr husband tak sihat sihat
zara pun selesema juga
semalam meragam je

semalam masa pegi klinik
all the three musketeers mendapatkan rawatan dokter
haaaaaaaa
hamek kau

keluar dari klinik
zara menjerit jerit
nangis nangis tanak masuk kereta
rupanya dia nak pegi seven eleven
dia nak slurpee
sampaikan bila mr husband ambik slurpee sebab nak minum sket
zara menjerit jerit panggil abah dia

punya la kedekut slurpee anak i tuh
dan i tak sangka plak zara ingat ada slurpee dalam seven eleven

haritu pun camtu jugak
dalam 7-11
tiew ambik slurpee zara
zara terus pegi kat tempat slurpee
ambik cawan lain
mebbe dia nak ambik slurpee lain
dia tanak share slurpee dengan tiew

now
i'm craving for cold mangoes with cold kuah rojak
hahahhahahahha

dulu
masa mengandungkan zara
my sister ada cakap
jangan makan ayam banyak sangat
nanti anak kena kuning

biasa la
i kan degil tegar
i takmo dengar
i makan ayam banyak banyak

kebetulan plak
masa mengandungkan zara
i sangat tak suka makan seafood
padahal sebenarnya i memang sangat sukakan seafood
tapi masa mengandungkan zara
udang pun i tak makan
tengok udang pun rasa nak termuntah
i yang tak makan sate
sebab mengandungkan zara
i sangat suka makan sate
lepas bersalin
i dah tak boleh makan sate balik

rupa rupanya bila zara lahir
dia memang macam carbon copy mr husband
patut la perangai sama
suka makan sate la
suka makan ayam
tak suka makan seafood

kali nih
luckily
i memang tak suka makan ayam
dan i suka makan seafood
jadi i harap harap anak i takkan kena kuning

dan i jugak berjanji dengan diri sendiri
takkan makan apa apa jenis ubat/herbs
sebabnya masa zara kena kuning haritu
dokter saspek sebab i makan ubat hpa

of koz
ada orang yang tahan
jadi anak dia tade la kena kuning

i jatuh dalam kategori orang yang tak tahan

jadi untuk selamat
i tanak amek apa apa medication bila i bersalin nanti
tapi i berjanji dengan diri sendiri untuk pakai bengkung
supaya perut yang kembung macam ikan buntal ni boleh kembali ramping

haritu dokter cakap baby masih berada di bawah perut
so i tanya
"kenapa perut saya besar?"
dokter cek dan dokter kata "ni angin je. dulu lepas bersalin misti tak pakai bengkung kan"
i mengiya kan je la

tapi i pun boleh agak la kenapa perut nih penuh angin
i kuat makan benda benda sejuk
minum air sejuk
even jeruk pun i letak dalam freezer
supaya bila i makan rasa beku macam aiskrim
chocolate, snacks, sweets, fruits, semua i letak dalam fridge
supaya i boleh makan sejuk sejuk
kalau room temperature i takmoh makan

sebab tu la i berjanji akan pakai bengkung lepas bersalin nanti

Khamis, Januari 14, 2010

carta ramalan jantina bayi



ini ialah carta kuno dari Peking, China. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan ianya semakin popular apabila ramalan carta ini kebetulan 99% tepat.

cara cara nak tengok ialah

1. tengok umur ibu sewaktu bayi dijangka dilahirkan
2 . tengok bulan berapa bayi dijangka dilahirkan

kalau ikutkan
masa i mengandungkan zara dulu
ramalannya tepat
masa tu i umur 26 dan zara dilahirkan dalam bulan Oktober

masa tu i tak ambik pusing sangat
be it a boy or a girl
i terima je
sebab i sangat eksaited nak ada anak

lagi satu sebab ialah
sepanjang dalam kandungan
little zara tak pernah nak tunjuk samada dia lelaki atau perempuan
setiap kali scan misti tak nampak

tapi mr husband kata hati dia kuat kata it's a baby girl

for the coming baby
kalau dapat boy
bagus la
ada la sepasang
else,
hidup mr husband akan dikelilingi oleh perempuan je la

yet still
we don't mind
as long as the baby is born safely, normal, and healthy
we are going to be happy enough

Rabu, Januari 13, 2010

on food and cooking

lama dah dapur rumah i tak berasap
beras yang lima kilo tu pun dah berapa bulan tak habis habis
las skali dapur tu betul betul berasap pun masa i buat entry yang i mintak mr husband masak koayteow goreng

lelain tu stakat mr husband masak megi untuk diri sendiri

semalam
i rasa agak guilty pada mr husband
sebab dah lama i tak masak untuk beliau
nanti esok esok dia lagi sayang orang kedai macamana
sebab kedai je yang dok feed dia

so smalam i bitau dia kalau ada apa apa request untuk makan malam bitau la
nanti i masak

petang tu dapat sms
mr husband nak makan nasik lemak sambal telur atau nasik goreng

tak mencabar la kan masak nasik goreng
so i opt for nasik lemak n sambal telur

balik dari tadika
i pegi mart
beli bahan bahan

pukul 6.15 sampai rumah
mula la proses nak memasak
kali ni termasuk kupas bawang
sebelum ni kan i beli bawang yang dah siap kupas je
tapi bawang tu kena beli kat pasar
mana ada pasar bukak petang petang

pukul 7 dah siap nasik lemak
sambal telur dan sambal sotong
weeeeee
masih belum hilang skill lagi neh
hikhikhik

tapi i rasa
lama lagi la baru i masak balik
sebabnya habis masak i dah penat
lepas masak nak kena mandikan zara

nak mandikan zara dah satu hal
kena kejar kejar dulu
dia nak lari lari b4 bukak baju
dah bukak baju pun lari lari lagi

haaaiiihhh (sambil mengesat peluh)

mr husband
lagi 3 bulan baru i masak lagi ye

Selasa, Januari 12, 2010

on name, zara and life

i rasa
kalau dapat baby boy
i dah fikir satu nama
tapi i tatau mr husband nak ke tak
semalam i dah sms mr husband nama tu
tade plak dia reply

kalau bay girl
i belum jumpa nama yang sesuai
dulu kan i nak nama ayra maisara
tapi tu untuk baby yang dah tade
so i will just keep the name

sebab i rasa macam nama zara tu lembut
kalau dapat baby girl lagi
i kena carik nama nama yang kedengaran lembut jugak la
kang tak match plak

i cam terfikir nak bagi nama hani

tengok la

_______________________________________

zara ni makin lama makin nakal
kalau kat rumah dia memang tak reti duduk diam
ke sana sini je
panjat sana
panjat sini
nasib baik rumah i tade tangga
kalau ada tangga mau sehari 24 kali dia turun naik

pantang sape je bangun untuk ke mana mana
dia misti akan ikut

dan dia paling suka pegi fridge
nanti mula la nak suruh dukung
nak itu dan ini

peti ais i
bahagian beku di pintu bawah
sebab tu la kena dukung zara

bila zara dah semakin besar ni
i makin risau
sebab tau
masa sangat cepat berlalu
sedar sedar nanti zara dah besar

nanti dia dah nak tinggalkan mr husband n i
nak sambung belajar la
pastu nak kawen la

haaiiihhhhhh

harini mr husband ada checkup
harini la dapat keputusan blood test n xray
i harap tade apa apa yang serius

ok
dah
i yang pemalas nak tulis blog
walaupun banyak benda yang i nak tulis
i kan pelupa
nanti benda benda bes yang berlaku i lupa camtu je sebab tadi tulis

anyway
ni copy of email yang i anta kat mr husband

tadi zara nangis nangis nak beg sekolah macam everybody else
lepas kelas tadi zara ambil budak punya schoolbag
bila budak tu nampak
budak tu nak ambil la balik
zara nanges nanges
dia tanak schoolbag dia yang warna pink
dia nak schoolbag krista yang kaler yellow

i pun bagi
zara pun hepi
dan dia asyik sangkut je beg tu kat bahu
dan bawa ke mana pegi
tengah baring minum botol pun nak pegang beg

cedih cedih
zara dah besar