Selasa, Ogos 11, 2009

. n . a . s . i . . t . o . m . a . t . o .

i memang isteri yang baik
hahahahhahaha

semalam i masakkan nasi tomato untuk mr husband

dalam kelas muzik zara
mr husband kata i bau hanyir
hahahahahhahaha
lepas masak
i terus salin baju
terus pegi kelas zara
konon konon sebab dah mandi sebelum masak

makan pun lepas balik dari kelas
pastu si tak reti masak sikit sikit ni
walaupun tau nak makan 2 orang
i masak sampai 5 pot

harini jamu bebudak tadika makan

dalam kelas
zara dah pandai
sebab setiap kali nyanyi lagu peek-a-boo tu
kitorang akan nyanyi
"zara n......"
zara akan sambung sebut "aaaaaaaaaaiiiiiii"
ayat sebenarnya memang zara and i

waaaaah bijak dah anak ai

parents out there
sila la hantar anak anda ke musikgarten
nanti boleh jadi pandai
hahahahahhaha

*walaupun dulu masa survey i ada buat review pasal kindermusik
tapi i end up daftarkan zara kat musikgarten instead
way much cheaper dan syllabus dia lebih kurang sama je


Khamis, Ogos 06, 2009

. k . a . l . a . u .

zara dah pandai nak berjalan
that's quite fast for a nine-month-ers
dia dah tolak tolak chair tadika supaya dia boleh berjalan

pastu budak budak tadika ni dah start practise for graduation n concert
budak budak menari
cik zara pun menari jugak
so i bawak la zara menari kat belakang budak budak ni

mr husband
kalau dapat baby girl lagi nak bagi nama ayra maisara bole?
ke macam merepek?

Rabu, Ogos 05, 2009

Mr husband melampau tau
Susah susah I masak mee rebus semalam
Masak sambil dukung zara
Dengan kuah meletup letup

Dia makan tak tambah pun
Dah la I jenis yang tak reti nak masak sikit sikit
Bila I tanya kenapa tak tambah
Dia kata nak makan bila zara dah tidow

Pastu boleh plak bila zara dah tidow
Dia nak I masak goreng goreng
( nugget, ayam goreng, fries)
Which…. I tak masak pun
Malas sudah
Campur I dah merajuk

Boleh ke mr husband kata dia lupa ada makanan goreng goreng tu dalam freezer
Katanya sebab freezer kat bawah jadi dia malas nak bukak
Sebab tu la jugak dia lupa makan dibs n eskrem melo
Pastu tak reti makan dibs
I tanya dia kenapa letak dibs tu kat atas
Dia kata sebab dibs tu coklet je
Dia siap kata dibs tu kisses
Dey mr husband, masa makan tu awak tak rasa ke dalam tu eskrem?
Ke awak main telan je??

Sebab dah masak mee banyak banyak kan
Jadi bagi sikit kat jiran sebelah
Jiran plak bagi petai n cempedak

Hooiihhh
Yummy Nye Nampak petai tu
I dah berangan angan nak masak sambal tumis udang petai n sambal tumis ikan bilis petai

Cempedak tu nanti nak antar kat tadika
buat goreng
Misti budak budak suka

Oh
Pasal si-inaz-yang-mengandung-ni
I masih rasa shocked
Rasa suka campur ala ala cemas
Dan kesian pada cik zara
Dia sangat baby lagi

Sekarang ni pun kat tadika dia tanak kat I
Dia nak kat makcik ida je
Kalau I dukung, bila dia Nampak makcik ida, terus dia hulur tangan sambil merengek rengek mintak makcik ida dukungkan dia

Yang paling utama
I takut nak menghadapi rasa sakit nak bersalin tu
Tapi sekarang I dah tau
Cuma pergi hospital bila betul betul dah rasa contraction yang kuat

Tadi tengok carta ramalan
Mebbe anak yang bakal lahir ni girl jugak
Takpe la
Tak kisah pun
Mr husband pun tak kisah
Cuma I cakap kat mr husband
“kesian la awak dikelilingi orang orang pompuan je”


I masih dalam proses nak menerima Kenyataan
Memang la I suka nak ada anak lagi
Tapi macam sangat awal

Yong kata kena doa banyak banyak

(sekarang ni I nak soh yong get pregnant jugak. Supaya I ada geng)
hahahahahahhahahaha

Selasa, Ogos 04, 2009

nampaknya
memang la cik zara akan dapat adik tahun depan

. t . o . . d . o .

Semalam Berjaya puasa sehari
Ada 4 hari lagi mau ganti
Nasib baik la zara n mommy dia kuat untuk berpuasa tahun lepas
Kalau tak jenuh la nak ganti

Masa call mr husband tanya nak makan apa
Mr husband kata masak la simple simple
Mee rebush ke
Hikhikhik
Mee rebush simple?


Pagi tadi mr husband cakap
Kalau nak berbelanja guna maybank2u dia silakan lah
Woooaaahhhh
Ni perli ke ikhlas mr husband?

Okeh
Ini list of things to do today

Nak pegi pasar
BelI ayam untuk tadika
BelI bawang merah dan putih yang dah siap kupas untuk rumah
BelI mee dan bahan bahan lain untuk buat mee rebus - (udang kering, tauhu, cili merah, serbuk kari)
(mr husband kata nak makan mee rebus lagi ….. <> )

Nak hantar baju mr husband ke dobi untuk iron
Nak pegi megopleks tengok kad sebelum derang print

Nak korek tabung zara
Dut yang dikorek tu nak bawak pegi bank rakyat
Nak simpan dalam akaun nuri zara

Ingat nak bukak akaun baru untuk zara
ASB sah sah tak boleh sebab kena 12 tahun ke atas
Mebbe nak bukak akaun amanah saham didik atau amanah saham wawasan 2020
Prestasi tabung untuk dua dua tu lebih kurang sama je

Pastu jugak, setiap kali zara balik ampang
Nenek ampang akan bagi zara rm50 atau seratus
Jadi ingat duit yang nenek ampang dok bagi selama ni nak belikan zara rantai tangan

Semalam lepas kelas muzik zara
Rancangan awalnya nak pegi jakel
Nak belI kain untuk buat baju raya

Mr husband kata in hand dia ada seratus
I ada tiga ratus je
Pastu mr husband kata tak cukup
Hoiiihhh
Kain apa yang mr husband nak belI mahal sangat ne
Mr husband ni nak belI kain silk ke

Ok
Dah 9.30
I nak pegi dulu
Daa~