Isnin, Julai 13, 2009

. m . a . k . e . . o . v . e . r .










gambar intro. inilah khazanah yang terkandung dalam kotak tu. heheheheh




Ok entri yang ketiga untuk hari ini
Mebbe disebabkan harini I pakai baju tm
ada ong sket
sebab zara tak berapa nak melekat dekat i
misti dia heran sebab mommy dia pakai macam baju abah dia
Which sebelum pakai mr husband ada cakap
“nanti kalau awak jalan jalan pakai baju ni, nanti orang suruh repair telepon”
Ahhahahahahha

Tapi tu la
Dulu dulu kan
Ada orang tanya
Mr husband keje apa
Bila I cakap mr husband keje talikum
Pastu nanti terus dia komplen cakap pasal telefon rumah dia rosak la
Pastu streamyx rosak la
Ape je yang mr husband boleh buat kan?
Telepon I rosak pun I sendiri kena telepon tm
Streamyx I rosak pun I sendiri yang kena telepon tm
Streamyx mr husband problem pun dia kena telepon tm
Mr husband bukannya perepair telepon

Sebenarnya bukan nak cerita pasal mr husband-si-perepair-telepon
I nak cakap pasal ituari I buat makeover

Haritu masa balik kl
Kebetulan kitorang tido rumah kakak mr husband kat putrajaya
Malam tu I ajak mr husband pegi alamanda yang agak agak sepelaung dari rumah kakak mr husband
Memang I nak jugak jugak belI makeup
I dah mula rasa tak bes
Sebab dah rasa diri semakin tua
Pastu dah la semulajadi tak cantik
Jadi kena cover dengan makeup

* mr husband ada kutuk I tau. Dia cakap dengan zara “mommy tu misti masa sembahyang, dia doa supaya jadi putih macam kita”

I sentap ~

Memula I masuk body shop
Ramai sangat orang
Pastu cam tak dipedulikan oleh si penjual

Ajak mr husband pegi skin food
Budak promoter tu sangat peramah
Jadi I suka
Lantas I cakap kat budak itu
Saya nak buat makeover
Tak kisah macamana pun
Asalkan Nampak ok

Jadi budak tu pun gigih la meng-make-overkan I
Sambil dia buat tu, I tanya la benda benda yang dia tempek kat muka I
Dan hasilnya
I suka
Malangnya I lupa nak ambik gamba sebab sangat eksaited

Dah la masa I mekap tu mr husband sempat pegi belikan baju budak kecik zara kat lovely lace
Mr husband dah gilakan lovely lace
Kalau boleh semua baju kat situ dia nak

Masa nak bayar tu
Mr husband dengan bermurah hatinya nak sponsor
Pastu mr husband siap mintak kotak
Dan soh derang wrap cantik cantik
I plak dok sibuk mintak free gifts

Sukaaaaaaaa
thanks mr husband yang miskin tegar
Ada hari nanti awak belanja si inaz ni lagi okay
hahahahhaha





















yang i beli dalam kotak tu je. yang lelain tu free gifts
















mr husband la beria ia soh bebudak tu letak semua dalam box. mr husband kata bagi i heppi. kalua tak kang i balik rumah i nanges. misti la i hepi kan.


. r . l .

I suka berjalan jalan dalam internet sambil be window shopping
I sangat sangat suka tengok blog yang menjual baju babies
Setiap kali tengok, hati ni akin rasa melonjak lonjak nak belI
Rasa nak jugak jugak

Pastu satu hari I come across satu baby dress
It’s a Ralph Lauren
Misti la I suka kan
Pastu terus la I belI

Bila dapat
I sangat upset
It’s a fake
Kot ye pun nak buat a fake RL
Agak agak la kan
Macam la orang tak tau

Sampai sekarang zara belum pakai dress tu
Mebi buat pakai dok rumah je la
Kalau fake orang tak cam takpe tau
Buat malu je nanti

Ok
So I am now totally against membeli belah baju thru online
Tapi kalau benda benda lain tu bole consider
Dan I still suka window shopping online
I suka tengok baju cantik cantik

Dan speakin of RL

“Mr husband…
I punya baju sejuk RL tu besau la
Nanti kan nak pegi kemeren
Mr husband belanja la I baju sejuk rl yang kecik sket
Vole????
Eheheheheheh…. Bole?? Bole???
Hari minggu ingat nak berpoya poya lepak lepak golek golek kat rumah
Tapi rupa rupanya agak bizis

Hari sabtu pagi bangun tidow pegi carik bubur mekdi untuk cik zara
Pastu pegi brekfes
Kitorang pegi kedai makan dengan tak mandi
Kecuali cik zara je yang dah mandi pagi

Balik rumah basuh kain
Baring baring
Bagi zara makan
Siap siap nak pegi kenduri

Balik kenduri I dengan pakai baju kebaya vogue dan mekap tebal tebal
Singgah teskow sebab nak belI bahan bahan nak makan steamboat kat rumah mak
Sampai rumah baring baring
Golek golek
Siang udang sotong ayam
Sidai kain
Lipat kain
Mandikan zara
Tengok shinchan
Pegi rumah mak

Tido rumah mak
Bangun pagi pagi balik kampung
Mr husband pegi kebun kutip doroyan

Balik rumah golek golek
Tido tido
Bangun siap siap
Pegi birthday anak Syatirah kat Sungai siput
Dari rumah syatirah, pegi rumah opah juga di sungai siput

Sampai rumah pukul lapan malam
Siap barang untuk pegi tadika
Letak barang dalam kereta
Golek golek
Main main dengan cik zara
Ingat nak tengok ps I love you
Tapi before 10 zara n I dah tido

Terjaga tengah malam
Kacau kacau mr husband

Bangun pagi
Siap siap
Pegi tadika

Dah habis dah cuti weekend

Malam ni zara ada kelas muzik

Harini ada birthday budak kat tadika
Theme color orange
Luckily haritu mr husband bagi baju oren TM
Memang oren menyala nyala la
Hehehehhehe


* banyak tak golek-golek?? tu laaaaa bizis taw

Selasa, Julai 07, 2009

Banyak bentul benda nak ditulis

Tapi masa tu sangat limited

Zara dari last week nak berdukung je

Petang semalam

Lepas tengok abah dia barula dia hepi

Tersengih sengih

Gelak gelak

Masa music lesson laaaaaaagi la zara hepi

Geelak je

Mr husband memula nak tunggu luar je

Dia tengok je la kitorang dalam kelas tu

Agaknya sebab dia seronok tengok anak dia bergelak ketawa

Dia pun masuk untuk join skali

Mr husband kata next time hari isnin dia akan balik awal supaya boleh attend music lesson zara

Kelas zara tu pukul 7.45 malam

Lima minit je dari rumah

Tapi tu laaa

Mr husband biasa balik rumah pukul 8 sengah malam

Tu pun semalam mr husband balik awal

Bos dia soh angkat henbrek

Dia sudah pening pening kepala

Semalam bila cek dokter

Dokter soh datang lagi pagi ni tengok blood pressure

Ada mild hypertension

Mr husband kata mebbe sebab pressure kerja

Ni yang I marah dengan si syarikat telco ni tawww

Bagi la mr husband saya staf barang sorang dua

Staf mr husband dah pencen

Pastu tak berganti

Sian taw mr husband saya

Kerja dia, dia yang kena buat

Kerja orang pun

Diaaaaa jugak yang kena buat

Kalau bagi gaji double ke

Triple ke

Takpe la jugak

I sedeh tauuuu

Kalau boleh I nak carik lagi benda benda yang boleh menggembirakan hati zara

I rasa zara pun depressed sebab duduk tadika dari pagi sampai petang

Dengan pergi music class, I can spend quality time with zara

Lupa dah apa lagi nak cakap

Oh… untuk yong

Apa macam jadik student balik

Wah waaaaaaah…sudah jadik pelajar master

Semoga tercapai cita cita untuk jadi lecturer ye

Rabu, Julai 01, 2009

. f . a . t . t . y .

What’s more blissful than having a bottle of cold red sparkling juice, and lying under the cool air. Oohhhhh sangat bes.

Lantas subuh subuh tadi I ambik ice, letak penuh penuh dalam gelas dan minum sparkling juice. Memang super bes. I looiike.

Yay!!!!! Rumah kita dah ada ekon. Setelah sekian lama macam nak mati duduk dalam oven, pagi semalam I bitau mr husband, I nak belI ekon. Dan taraaaaaaa…. Petang semalam, orang dah pasang ekon kat hall rumah kita. Suka!!! Suka !!!!

Pastu I cakap kat mr husband, kedai letrik yang jual ekon tu macam kedai kat kampung kampung. I belI buat 3 kali bayar. Lagipun tade susah susah macam kena bagi nombo ic ke, mintak slip gaji ke. Nak penjamin ke. Hehehehhehe. Walaupun interests untuk 3 bulan tu RM120, tapi still worth it la. Lagi rasa sakit kalau baya cash sebab cam Nampak seribu lebih melayang-layang je.

Tapi still, malam tadi kitorang tido rumah mak sebab malam tadi pegi rumah mak. Bila nak balik, cik zara plak dah tido. Malas nak kejutkan dia. Dan sebab cik zara dah tido, mr husband n I pegi keluar makan. Hoohhh… sejak cik zara lahir, kitorang tak penah pegi mamak. Rasa cam muda belia plak pegi kedai mamak pukul 11 malam. Hehehehhehe

Time flies kan. Dulu I muda belia lagik. Sekarang dah hampir tua. Lemak tepu pun semakin banyak. Badan pun senang lenguh lenguh. Perut pun sudah naik. Kalau pregnant takpe la jugak. Tapi ni penuh dengan lemak dan makanan.

Orang lain menyusukan anak elok je slim-melim. Pastu anak nakal, mak yang jadi kurus sebab penat jaga anak. I ni makin gemok. Mana taknya. Sambil jaga zara, sambil makan. Haritu cam all the way back to Ipoh I dok mengunyah sambil jaga zara. Hooiihhhh… makan plak tu benda benda menggemukkan. Curly fries, mozarella cheese stick, dengan air gas lagi.

Mr husband, will you still move me if I am fat??

* hint kepada mr husband. Belanja la si inaz ni pegi slimming. I nak jadi kurus. Pastu I sedeh tau… kena pakai baju saiz L. uhuhuhuhuhuhu. Awak tak kesian ke kat si inaz ni??

* oh. weekend haritu i buat makeover. suka.... suka.... tapi nanti la i buat satu entry pasal itu.