Jumaat, Disember 28, 2012

on zara's school n babbling before new year

dari last month
i macam dah senang hati
bila fikir yang zara akan pegi tadika belakang ofis i nih

skali tiba tiba
semalam
masa nak pegi register
dia cakap takmau
dia nak sekolah pra

eeeeh
tau tak
tak tidur malam i semalaman
sebab
prasekolah ni budak budak dah daftar awal awal
mana boleh daftar lambat lambat nih

so pagi tadi
i pegi tadika
cari nomboar telefon cikgu prasekolah
(dulu dia ada hantar anak kat tadika)
tanya samada pra terima lagi tak new registration

ok
diaorang terima
so pegi sekolah rapat setia
ambil borang
isi, cari dokumen untuk difotostat
prepare borang pendaftaran affan juga
so tengah hari tu mr husband ambil borang n dokumen
untuk hantar cop dan fotostat
lepas semayang jumaat mr husband datang
bila borang dah setel
terus pegi pra
untuk daftar
bayar fees, ambik baju
setel

mr husband pegi ofis
i kemas kemas tadika
ooooooh tired
seharian kemas tadika

pukul 4 i pegi hantar borang pendaftaran affan
moga moga affan berjaya ditempatkan di situ
on the way balik
ada parent telefon untuk daftar
(suka sebab untuk 2012 dia daftar 1 anak, tapi untuk 2013, dia daftar 3 anak)
so pegi tadika balik

setel semuanya
pukul 5.20 baru balik rumah

2 hari i duduk tadika
secara fullday
dan i rasa sangat tired
tapi adalah sangat happy
mebbe sebab itu adalah passion i
cuma belum masanya i duduk fulltime di tadika
komitmen kewangan tinggi sangat

oke
lepas ni
nak tengok balik barangan sekolah cik zara
apa yang dah ada
apa yang belum
nanti kena pegi beli mana mana yang belum ada

si affan ni
walaupun tak pegi sekolah
tapi bila kakak zara ada beg roda, dia pun ada jugak

hehehehhehehe

tadi i cakap kat mr husband nak pegi kedai untuk tempah name label untuk zara
alaaaa sticker yang ada gambar katun katun n print nama tu
yang 100 keping dalam rm15 tu
tapi mr husband cakap takpayah
dia ada label machine
nanti dia bawak balik

*nanti boleh la sama macam kakak cha*

am still on leave until wednesday :)
happy new year
friends,
blogger friends,
families,
silent readers,
foe,... hahahahha ada ke?

bambang, happy new year. u gonna hit 31 this jan
oooh
sudah tua

zara, anak mama dah nak masuk 5 tahun
walaupun yaya lahir di hujung tahun
tapi mama tau,
yaya anak yang cerdik
semoga yaya belajar rajin rajin di sekolah
semoga berjaya di dunia juga di akhirat
semoga yaya menjadi seorang yang cerdik dan bakal mempunyai masa depan yang cerah

affan
semoga affan kurangkan mengada ngada
u gonna hit 3 next year
mama dah penat dengar affan menangis

to myself
semoga menjadi insan yang lebih baik dari sekarang




Isnin, Disember 24, 2012

menghapus jejakmu//viva la vida


jon schmidt version of love story//viva la vida memang terbaik
oke la
banyak je lagu jon schmidt yang bes

harini plak
terjumpa menghapus jejakmu(peterpan)//viva la vida(coldplay)
mula mula jumpa yang si ariel nyanyi masa konsert

cari2 rupanya memang ada fans yang buat mix nih
tu yang dia nyanyi masa konsert

eh
i like



Jumaat, Disember 21, 2012

Waiting

Eh
Tak kiamat pun
Hikhikhik

I was kinda waiting to see whats going to happen today
Ada volcanoes erupt ke, tsunami ke, taufan ke
Tapi tade

Hkhikhikhik

Eh
Syukur alhamdulillah

Khamis, Disember 20, 2012

kiamat

kalau ikut mayan calendar
esok kiamat

i sebagai orang islam
tahu kiamat tu akan berlaku
walaupun tak tau bila
cuma i tak percaya yang its going to happen tomorrow

dulu
somewhere in 2003 / 2004
masa tu i nak ke kl
rasanya masa tu i nak pegi jumpa bofren
dari cyberjaya terang je
sampai kat serdang tiba tiba awan hitam
mendung sangat
masa tu pukul 3 petang
tapi gelap
bukan macam senja
tapi memang kelabu

masa tu yang terlintas dalam fikiran i ialah
kalau dunia nak kiamat
i nak jumpa si bofren dulu

i tak pk pun nak pegi jumpa family ke

gila la obses sangat kat bofren

semalam cakap cakap dengan mr husband pasal kiamat ni
i cakap kat dia
i harap, kalau apa apa berlaku
masa tu i ada dengan family
bukan i di tempat kerja, anak anak di tadika

i nak ada mr husband, ada yaya, ada affan
baru hati akan rasa tenang
macam
if anything happen
kita tetap bersama

hihihihihhihihhihi


Rabu, Disember 19, 2012

takde kredit

semalam
tok mama call kiddos
masa tu dah masuk bilik

so affan n yaya bergilir gilir cakap telefon dengan tok mama

agaknya tok mama tanya "kenapa yaya tak call tok mama"
sebab yaya jawap

mama la ni
dia takde kredit
macamana yaya nak call

hoooooiihhhhh
anak
gelak terus mr husband n i

mr husband cakap
remaja sangat yaya ni
terpengaruh dengan kawan kawan remaja
tu yang cakap macamtu

yaya
telefon mama mana pernah takde kredit
even kalau la takde kredit pun
kalau yaya nak call tok mama
boleh je pakai telefon rumah

pandai je kata mama tade kredit

dah la sambil bercakap tu dia dok lompat lompat katil



Isnin, Disember 17, 2012

assessment

oke lah
sem ini kena jadikan pengajaran

bagi muka sangat dengan student
bila sampai assessment ada je yang tak complete assignments

first time
i tak dapat nak siapkan marking cepat
biasanya
habis je assessment
i terus hantar marks

kali ni nak kena tunggu assignments dari studentS
kena capital s
sebab ramai sangat student yang hantar lambat

sampai satu tahap
sebab i bagi diorang masa sampai khamis pagi
mana yang hantar on friday / saturday and even harini
memang saja nak carik nahas namanya tu
i memang berkira gile nak bagi diorang markah

bagus la kan sebenarnya
senang i nak buat bell curve marking
tolak markah banyak banyak sebab hantar selepas submission date

kalau ada orang lain boleh hantar on time dengan complete assignments with good artwork
kenapa ada yang tak boleh
dah la hantar lambat
burok dan hudoh plak tu

ok
pendek kata
dari last week
busy dengan assessment n marking
esok kena submit marks
i dah cakap kat student tadi
"just submit whatever u have. baik ada markah dari dapat kosong"
sebab
bleh plak nak bagi alasan grupmet tak buat kerja
kalau cakap masa awal awal i bagi groupwork ni takpe la
ni dah lepas semuanya
still nak bagi alasan
eeeeeeeeeeergh






Jumaat, Disember 07, 2012

rant on cinta - by matluthfi

oke la
this is funny



dan harini pun berlumba dengan internet di ofis yang selow mengalahkan siput
ni semua sebab ofis kedekut tanak pakai pakej yang lebih mahal

*not blaming streamyx (sebab i takbleh kutuk kampeni telepon malaysia. i pegi klenek pun kampeni telepon tu yang bayar... hahahahah )

gigih juga nak tengok video video matluthfi nih
hahahahha

anyway
video dia banyak yang funny
yet memberi pengajaran jugak

credit to matluthfi

sape2 nak tengok video dia
boleh go to this http://www.youtube.com/user/matluthfi90
(malas nak buat link)


lupa

i rasa la kan
i adalah sangat transparent pada mr husband
macam biasanya
semua semua yang berlaku i akan bitau dia

reason being
senang nanti kalau nak relatekan apa apa cerita
dan juga
sebab dulu dia selalu cakap
"awak tak pernah cakap pun"
kadang kadang i rasa macam i dah pernah cerita
tapi mungkin juga i lupa

so untuk senang + selamat
i cerita je semuanya
tade simpan sikit pun

i rasa sejak i macam dah tua
i selalu lupa
banyak benda yang i lupa

selalu kalau ada apa apa yang berlaku
i will immediately call mr husband
untuk beritahu
atau
will sms him serta merta
sebab kalau nak tunggu balik rumah baru cakap
i akan lupa

satu lagi
kalau nak trace apa apa
macam apa yang berlaku pada sekian sekian hari

mula mula i akan cek sms-log
biasanya i akan cek sms between myself n mr husband
(sebab hari2 memang akan sms dia. kecuali hari cuti)
pastu cek fesbuk
apa apa yang i comment/shout pada wall sendiri

baru kejap ni
ada kawan di fb post something yang mengimbau kenangan lama dia
katanya saje nak ingat the good ol days. sementara masih ingat

* my batch ni dah tua rupanya. hahahahhaha

kadang2 i post something pada wall
dan i hide post
sebab untuk bacaan sendiri je
supaya kalau bila bila i nak cek
i boleh cek apa yang berlaku

las skali i akan cek blog
kalau kalau i ada tulis apa apa yang penting pada hari itu

masalah bila dah tua dan jadi pelupa

tapi sekarang tengah nak mengasah balik otak yang berkarat
sebab
i kan bercita cita nak sambung belajar
walaupun ada rasa doubt pada keupayaan diri sendiri
tapi i rasa enough la hidup dengan hidup tanpa usaha yang bersungguh sungguh
dah tiba masanya i kena berusaha betul betul
macam belajar betul betul
mana tau
nanti belajar rajin rajin
dapat pegi buat phd kat obesea
hahahahhahaha
(dah tua pun masih bercita cita nak belajar ka obesea)








Sabtu, Disember 01, 2012

on kiddos lagi

selalu kan
kalau i tengah main dengan kiddos
selalu akan ada satu feeling yang macam ni:
"jangan la apa apa yang buruk berlaku pada anak anak i"


sebab i tau
hidup i adalah untuk mereka
i tak dapat bayangkan macamana hidup i kalau diorang tade

memang la waktu cuti ni macam hari hari pun diorang pegi rumah tok mama
dan i memang saja ambil diorang lambat lambat
macam pukul 9 malam baru ambil
reasong being
sebab si affan yang tak fun ni
kalau duduk dengan i
seminit je dah merengek rengek
meragam tak tentu pasal
mengada ngada

mak n abah kata
kalau zara n affan duduk rumah diorang
tade langsung nangis nangis nih
dan diorang pun hepi je duduk rumah atok n tok mama



ini gambar masa pergi gunung lang haritu
diorang punya seat tade bumbung
tu yang zara tunduk tanak angkat kepala
panas katanya


oke la
mr husband pun i sayang jugak
walaupun gemok
i sayang banyak banyak

oh
tadi masa nak pegi keje
i dah berdiri di pintu
mr husband pun kat luar
pastu dia masuk balik
masa nak masuk tu
sempat pegang pinggang i dan cakap "gemok"
eeeeeeeeeerghh
mana bleh kata i gemok kan
so i said "at least i gemok sebab i beranak dua. awak gemok sebab apa? sebab makan banyak kan"

[hey bambang, 7 tahun i berchenta dengan awak, i tak gemok pun, kan! sepanjang 7 tahun tu awak je kot yang membesar bagai juara ]

pastu bila dah masuk kereta
i cakap pada mr husband "stress i. awak tak boleh tau, cakap i gemok"
dan mr husband cakap
"kalau cakap comel bleh?"
ai jawap "comel, boleh"
dan sebab dia nak menyakitkan hati i dia pun cakap "comel" sambil buat tangan quote. 

eeeeeeeeeeeergh



back kepada chenta hati i dua orang ni
pagi tadi tcer oda diorang sms i cakap nak bawak pegi gua kek look tong untuk bagi ikan makan
tok mama pun cakap nak bawak balik kampung
tapi i bagi diorang ikut tcer oda dulu
sebab kejap je



i tatau diorang ni tau atau tak sebenarnya dalam hati i ni
penuh sangat untuk diorang

haritu (hari rabu lepas)
masa i sibuk sibuk siap pegi kerja
i bukak almari dapur dan ambil pringles pizza n letak dalam beg kerja
masa tu affan dok mengekor i
pastu affan cakap
"mama, nak pizza"
i macam, apehal budak ni nak pizza pagi pagi buta nih
i bitau affan, nanti malam baru pegi pizza

i masuk bilik untuk bersiap siap
affan still lagi cakap nak pizza
i pun dok kata, nanti la pegi pizza

bila sampai tadika
affan cakap "nak kopok perpel"
i tengok dalam beg affan tade kopok warna pepel. kopok tamtam ada la
i bitau affan, kopok biru je ada. mana ada kopok pepel.
affan takmau
i korek korek lagi ada kopok lain
pun affan takmau

i pun macam sibuk sibuk nak pegi keje dah
bila dah naik kereta
i macam terfikir nak tengok balik pringles yang i letak dalam beg
rupanya pringles tu perisa pizza
agaknya itu pizza yang affan nak

dan
walaupun i tau i'm going to be late
i tetap patah balik
i nak jugak hantar pringles perisa pizza tu pada affan
i tanak ada rasa kesal

bila i sampai tadika
i bagi affan
n he said "haaaaaaaa....."
dengan nada eksaited
itu rupanya pizza yang affan nak
i tot dia nak makan kat pizzahut ke, dominos ke
rupanya nak pringles perisa pizza je

i sms mr husband
cerita pasal the whole incident
n mr husband cakap "dunia affan kecil je"

memang dunia affan kecil
dalam dunia affan
ada kawan kawan dia je
ada orang orang yang dia kenal je
ada tempat tempat yang dia tahu je

dan
ini juga masanya untuk i lepaskan zara
tok mama nak bawa zara pegi holiday ke johor n terengganu untuk 7 hari
akan jadi masa yang paling lama untuk i berpisah dengan zara
mr husband dah start sedih sedih
berat hati nak lepaskan zara
dia kan rasa zara tu little baby lagi

padahal
tahun depan dah nak kena daftar zara masuk darjah 1
hahahhahah