Jumaat, September 28, 2012

benda benda yang menghiburkan hati

1 . Asyraf Zharfan

Semalam kelas muzik affan
rupanya starting next month
Affan pun dah naik kelas
oooh
dah tak kelas baby dah anak mama ni

i selalu rasa affan ni baby sangat
padahal dah 2 tahun 2 bulan dah

mencarut pun pandai
haaaaaiiisshhhh
spoil

2 . Tidur malam

Semalam sepatutnya tidur dalam bilik kiddos
tapi kiddos tu
tau je la
masuk bilik diorang
diorang terus main
mr husband dah tido
diorang dok main main lagi
pastu gaduh
i pun dah tensen
las las i cakap i nak tido bilik i

nak tido bilik kiddos adalah sebab ekon dalam bilik i  tade gas kot
panas
tapi i plak jenis tak bleh tido kalau tak tengok tivi
dan dalam bilik kiddos tade tv
(tanda tanda kena letak tv dalam bilik kiddos)
bila i masuk bilik
kiddos pun ikut
sanggup la diorang nak tido dengan i walaupun pasang kipas je
sebelum tido, zara n affan dah siap buka baju sebab panas

tengok himym 1 episod terus i tidur
terjaga pukul 1.30 pagi rasa panas sangat
las las angkut budak budak tu masuk bilik diorang
bilik diorang waktu tu dah macam esbok sejuknya
walaupun dah pukul 1.30 pagi
dan budak budak tu pun tengah tidur lena
i pun tatau kenapa i pasang jugak diorang punya turtle projector light tu
bagi diri sendiri happy kot

kan i tak boleh tido sebab tak tengok tivi
takkan nak main iPad
kalau dah browse internet
langsung tak tidur la
i ambik laptop dan bukak movie the cat in the hat
dalam setengah jam
i pun tidur

3 . Nama Panggilan

back to kiddos
sekarang n kadang kadang kita panggil mr husband papa zola
mr husband kata kalau ada anak lagi nak bagi nama zola
boleh la dia betul betul jadi papa zola

pastu kiddos tu plak kalau datang angin ngada2
mula la panggil i mommy
zara plak, ada masa panggil i mak
ikut suka hati diorang la
pastu panggil mr husband papa doli la
panggil i mama doli
suka betul bagi nama merepek repek ni

sama la jugak dengan i
sebab i pun suka bagi nama merepek repek kat diorang
kadang kadang i panggil zara
aisya ya-yo-yi
panggil affan
asyraf ton-ton-ton

affan pun kalau i tanya nama dia pun
dia dah tak cakap asyraf affan
dia kata nama dia asyraf ton-ton-ton
bila tanya nama kakak apa
pun dia akan cakap aisya ya-yo-yi

funny kan kitorang ni

4 . Makan

Semalam i masak chicken chop+ vege+ fries untuk mr husband
n fish fillet n vege untuk i

alang alang tinggal 4 ketul je ayam chicken chop
i masak je semua
supaya mr husband makan 2 ketul cken chop
lagi 2 ketul tu spare kot lepas kelas muzik affan nanti mr husband lapar lagi

rupanya monster tu
skali makan
dia terus makan 4 ketul chicken chop skali dengan semua side dishes  skali
memang monster
lapar sangat kot

dasar monste



Khamis, September 27, 2012

my sweet affanboy

pada affan
semua benda kena ada mama

fish kena ada mama
dog kena ada mama
rabbit kena ada mama


pada affan
semua benda comes in family

pada affan
semua benda yang berlaku
kena ada sebab

bila hujan turun
affan tanya
siapa bagi hujan turun
dan i jawap tuhan bagi hujan turun

bila hujan dah berhenti
affan cakap
tuhan dah lap hujan

comel

affan ni sangat adorable
tapi sangat penakut
kakak pulak selalu takutkan dia
elok elok diorang duduk dalam bilik
nanti zara lari keluar bilik
pastu affan nangis sambil cakap kakak tinggal

kalau nampak pokok pisang
affan akan cakap
"nak makan pisang
macam monyet"
"uu-uu-aa--aa"
sambil buat bunyi monyet

my 2-year-old son ni
malam malam dia tanak minum susu botol
tapi subuh subuh
bila i bangun
mesti kena bancuhkan susu
bila dia dengar je bunyi susu bergoncang dalam botol
dia dah hulur hulur tangan nak capai botol susu
padahal mata masih pejam

dah affan
perasan dia comel macam boboiboy
hehehehhe

update on zara : starting next month, zara dah naik kelas untuk music lesson. sebelum ni kelas 30 mins. lepas ni, kelas 45 mins. Nama kelas tu CS. pastu parents dah tak boleh join the class. parents cuma boleh sit aand wait outside the class. my daughter dah semakin besar. ai sediiiiiiiiih

Khamis, September 13, 2012

zara dan eksiden basah

semalam sampai rumah terus siapkan nasi zara n affan
goreng koay teow
suap zara n affan makan nasik
tengah makan tu affan terbatuk
dan i tade benda nak tadah
i guna bekas nasi untuk tadah muntah affan
dah takbleh makan nasi
suap diorang koay teow sket
tapi budak2 tu kan orang melayu
makan nasi laju la
yang lain lain, slow

pastu lepak lepak sampai pukul 7
mandi dengan zara n affan
sebelum mandi gaduh dengan affan sebab dia suka nangis
las las i cakap affan kena diam sebab syaitan suka datang maghrib2 camnih
baru dia nak diam

memang elok elok habis mandi dalam 7.20
pakaikan diorang baju
sembahyang
pastu keluar
i tengok jam waktu keluar rumah pukul 7.34

memang i bajet
ngam la nak pegi billion
dan akan sampai kelas muzik zara by 8

tujuan nak pegi billion adalah sebab nak beli popcorn
zara nak sangat popcorn
sampai billion
masuk supermarket dulu sebab nak beli air vitagen
dah makan mesti nak minum kan

masa q nak bayar
zara cakap nak kencing
i suruh dia tahan
tapi dia dah terkencing dah pun
haaaaaiiihhhh
i tengok jam dah 7.50
masa nak bayar tu i soh zara tunggu kat tepi
zara asyik cakap
lain kali dia tak buat dah
itu first time dia terkencing dalam seluar
selama ni tidur malam tak payah pakai pampers pun

lepas bayar
terus masuk kids dept
seb baik same floor
terus ambik seluar dan bayar
basuh kaki zara dan terus salin seluar

sampai dalam 8.10 kat kelas
masa zara kencing tu
i dah terpk
kalau nak balik rumah dan ambil seluar
dah makan masa
maunya terus tak pegi kelas

sepanjang masa tu affan menjadi babyboy yang sangat baik
elok je duduk dalam groceries trolley

dalam kelas muzik pun affan jadi babyboy yang baik
sebab dia tau abah tade
dan itu kelas kakak dia

takpe
malam ni kelas affan pulak

oh
mebbe mr husband kena pegi kursus 18-21st sept nih

Selasa, September 11, 2012

suka bercakap cakap

andainya aku bisa terbang
melebarkan sayap ke sana
dan terbang hingga ke jauh
melintasi garis dunia

-tuhan tolong aku_iamneeta

eh
lagu tu pusing pusing dalam kepala
lebih lebih tang bridge tu

i rasa
i dah ok sket dengan jadual harian
nak mengurangkan masa busy
i dah tau apa yang perlu didahulukan
apa yang boleh dikebelakangkan

i baru kata kerja di ofis adalah rileks
tapi the day i published my entry pasal rileks tu
datang satu kerja
takpe
its a challenge
i like je sebenarnya

dapat surat naik gaji
walaupun sangat sikit
tapi
alhamdulillah
daripada takde langsung

dan dengar akan ada berita gembira (bonus)
untuk hujung tahun nanti
syukur
boleh bawa anak anak pegi berjalan jalan

sebab Affan nak jadi pilot
I janji dengan kiddos nak bawa diorang naik kapal terbang
rasanya dah boleh naik flight budak budak tu
dah boleh jalan sendiri
tak payah mengusung stroller
dapat naik flight KUL-SIN pun takpe

hati i menggedik gedik sangat nak new handbag
new wallet
agaknya dah sampai masa i sangat sukakan handbag/purse
hari hari telan air liur tengok handbag LV
hari hari telan air liur tengok handbag chanel yang sangat gorgeous
hari hari tengok purse coach yang cantik cantik
rasa nak beli sebiji wristlet coach untuk cik zara
boleh jadi handbag kecil comel untuk zara

zara punya handbag guess pun dah lunyai
walaupun i ada beli beg/handbag murah untuk zara
tapi dia macam tak suka nak pakai
sian zara
mama ada duit nanti mama belikan coach untuk zara ye

i banyak kali nak tekankan
kalau rasa tak mampu
tak payah beranak ramai ramai
kesian si anak naik motor beramai ramai
kesian si anak jadik orang nomad
kesian si anak tak cukup kasih sayang
kesian si anak terpaksa menjaga adik adik yang lebih kecil
kesian si anak tak dapat cukup perhatian

mr husband kata
anak kawannya 3 orang tengah ambil medic
tapi memang dari kecik
everyday si bapa akan duduk dengan anak anak untuk belajar
i kata
nak disiplin dan tekun macamtu yang susah
sangat sangat susah
nak spend half an hour untuk duduk dan mengajar anak is not an easy task

ada lagi benda nak cakap
later la
lupa





Khamis, September 06, 2012

randomness yang dah tak terkira

1 . i suka je kalau dia tade. kalau dia ada i jadi rimas. runsing pun ye jugak. kalau dia nak ada pun, bila semuanya dah selesai. tapi kalau belum selesai, i tak suka.

2 . Affan suka menangis. Suka bergaduh dengan kakak. Dah ada ipad sorang seketul pun nak bergaduh lagi. tak paham. tapi affan kan baby lagi. sian dia. I selalu treat dia macam dia sebaya kakak.

3 . I rasa i dah jumpa solution for next year. tengok la, jadi atau tak.

4 . Dalam music class semalam miss chen suruh zara nyanyi lagu "two little dicky bird" kuat kuat sebab zara pandai nyanyi lagu tu dari kawan kawan yang lain.

5 . Harini zara pegi sekolah ikat rambut. dia yang beria ia nak ikat rambut.

6 . Harini birthday mak. nak cari kek n birthday prezen jap lagi

7 . I rasa kerja kerja di tempat kerja adalah lebih relax berbanding house chores. Boleh kata tempat kerja (untuk masa ini) adalah tempat i de-stress. sebab sekarang i cuma perlu mengajar je. tade kena buat admin works.

8 . semalam affan gaduh dengan mr husband. pastu affan nak minum. dia cakap kat i. "nak air baboh" i pun ambilkan air. pastu sebelum minum dia cakap "biar abah tak bleh minum" . suka gaduh dengan abah dia nih. Kenapa tah. Dari sekecil kecil baby suka gaduh dengan abah dia.

9 . Was shocked bila dengan ada orang yang i kenal dan sebaya i dah divorced. Dah la anak sebaya zara. I harap, jodoh i dan mr husband kuat dan kekal hingga i mati. tapi kalau i mati dan dia kawen lain, nanti i jadi hantu untuk haunted bini baru dia.

10 . Walaupun i rajin download movies, tapi rupanya i tade masa nak tengok.

11 . Sekarang ni i banyak tak suka cerita cerita yang mr husband suka. haritu tak habis2 tengok the hunger game kat astro best. pastu malam semalam dia tengok channel ape tah kat tivi. I tak berminat langsung.

12 . Astero ni pun satu hal. ada beratus ratus channel tapi susah betul i nak jumpa channel yang i suka. sekarang ni channel yang i suka tlc, afc, history channel, starworld dan kadang kadang bio. tapi kalau mr husband pegang remote, mula la dia tengok channel yang i tak suka macam sports, e!(kardashians pun dia layan yang i tak suka tu)

13 . macam rilek tapi busy

Isnin, September 03, 2012

randomness lagi

1 . After 2 years, malam semalam kitorang pegi ke lost world hot spring. affan tak pernah pergi. before affan lahir dan selepas bambang sihat, almost every week pegi lost world. lepas tu affan baby, macamana nak bawak dia. lama lama dah lupa langusng pasal hot spring.

2 . Internet kat ofis ni adalah sangat slow. hari hari menyakitkan hati. gila kedekut nak invest pakai internet yang berkapasiti tinggi. masa i kerja di sentral dulu, yang pakai internet daily cuma 3 orang. tapi company ambik internet yang bayar rm400 monthly. memang bes la laju.

3 . Kadang kadang, orang yang meniaga makanan ni tak malu. masak tak sedap, pastu berani nak jual. kita dah beli, terpaksa telan je la, sambil maki berbakul bakul. kadang kadang makan sesuap dan terus buang. I masak sendiri jugak yang sedap. tak lama lagi boleh celen the chicken rice shop. nasik ayam ayamas memang i dah kalahkan sebab nasik dia tasteless. ayam memang ok. tapi i pun dah pandai masak ayam sedap dah. hahahhaha

4 . Hari hari bukak facebook. kenapa tah. addicted?

5 . i rasa work is my therapy. i duduk rumah busy gile. di tempat kerja, sepanjang semester ni satu hari cuma ada satu kelas. dan friday tade kelas. lepas kelas i boleh duduk depan pc sambil buat apa apa yang i suka. contohnya main fesbuk dan buka belog. kerja kerja separa suka adalah buat research dalam internet. (research la sangat kan)

6 . I rasa seru nak sambung belajar tu dah makin sampai. hati i dah makin menggeletek nak sambung belajar.

7 . kena buat jadual untuk zara, kalau tak setiap hari dia nak habiskan satu buku. nanti boleh tulis, tapi tade input.

8 . kena bayar yuran kelas muzik zara n affan. jangan lupa.

9 . buat appointment untuk pegi enopi.

10 .  saja nak cukupka sepuluh