Selasa, Julai 26, 2011

busy time

dah nak dekat puasa kan
pastu since yesterday mengalami benda aneh
adakah tanda tanda nak menopos ?
ataupun sekarang sedang mengalami stress yang hebat?
mungkin tidak

semalam lepas kerja gedik gedik la i pegi bank
seb baik tak turun kereta lagi
sebab rupa rupanya dalam henbeg tade wallet
rupanya wallet tinggal dalam kereta mr husband

jadi tak dapat nak bershopping groceries
nak beli mee sebungkus pun kena mintak duit mr husband
kesian kan

tapi tak jadi masak mee pun sebab cik zara tu nak nasik lemak
gigih la mr husband pegi beli santan dan sotong
dan i pun gigih la masak nasik lemak, sambal telur, sambal sotong,
dan telur goreng dan ayam goreng kunyit untuk cik zara yang banyak kehendak tu

i sentap tau
sebab haritu masa pegi tesco
mr husband cakap kat zara n affan "mak kite tak masak"

hamboih hamboih diorang nih kan
suka je mengata i tau

walaupun i jarang masak
tapi i masak sedap tau
( i la cakap sendiri )

ape pun
sekarang ni tengah mode bizi
dari hari isnin sampai rabu ada assessment
pastu nak siapkan marks
nak submit markah student pulak hujung minggu ni
pastu dah nak prepare untuk next semester

hujung minggu adalah birthday affan kesayangan
pastu dah nak bulan puasa
eh bulan yang puasa ke orang yang puasa?




Sabtu, Julai 23, 2011

affan's birthday progress

bizi nih
nak prepare untuk birthday si Affan
tinggal seminggu je lagi

kek semalam dah confirm dengan coffee bean
semalam dah pegi mcD jugak
nak confirmkan table arrangement, foods and everything

chocolate belum beli
mineral water belum beli
party pack tak payah pening kepala sebab ambik mcD punya je

nak beli sweets sket untuk letak dalam balang balang
sebab birthday affan nanti nak buat style buffet

nak bagi invitation card kepada guests

sape nak datang birthday affan sila beritahu
boleh i bagi invitation dan buat RSVP

Ahad, Julai 17, 2011

on coming weekend

minggu ni adalah minggu busy mr husband n i
hari isnin n selasa mr husband meeting ke teluk intan
hari selasa rabu i ada course di uitm puncak alam
hari rabu khamis mr husband ke taiping pulak

hari selasa mungkin i akan drive ke puncak alam
i adalah tatau langsung puncak alam tu di mana
mengagau la nanti subuh subuh buta

i akan balik hari
petang tu balik ipoh
the next morning akan ke puncak alam lagi

i have to
sebab apa pun
i kena fikir anak anak i
affan takkan boleh tidur kalau tak menyusu
lagipun affan bukannya menyusu botol

takpayah la sape sape nak suruh i pam dan bagi affan susu through botol
dia takkan nak
even tiap tiap hari pun
affan akan menyusu kat tadika
kalau dia betul betul lapar je
else dia akan minum air kosong

walaupun i tahu mr husband boleh je jaga anak anak sendiri
tapi i rasa dia mesti tak boleh tidur semalaman

sorry ye anak anak
setahun sekali je macam nih
bukan selalu mama pergi kursus pun

dan disebabkan i sangat tak familiar dengan puncak alam
itupun menjadi masalah di hati
harap harap takde masalah

dan disebabkan next week mr husband n i akan sentiasa on the go
i tak beli pun beras
hahahahahhahahaha

Isnin, Julai 11, 2011

happy birthday asyraf zharfan


happy birthday my dearest son
u are already one
how time flies

nak melahirkan affan adalah sangat senang
affan adalah anak yang mendengar kata
masa mama sampai hospital
dah terbuka 9cm pun
dan sepanjang masa sebelum tu memang tak sakit
cuma the last hour tu je rasa sakit betul betul
dan dalam labor room pun kejap je
in less than 30 minutes, affan pun lahir
masa mama lahirkan affan
cuma ada nurse dan mama je
abah tengah buat pendaftaran
kakak zara kat rumah tok mama

masa mama sakit sangat sangat
mama cakap kat affan
"baby kena tolong mama,
bagi mama hilang sakit"
dan few minutes lepas tu terus mama lahirkan affan

kesian affan
sebab masa lahir
baju affan belum sampai
semuanya ada dengan abah
dan staff hospital pakaikan affan dengan baju wakaf dan wrap affan dengan selimut hospital je
bila abah sampai
abah pun terkejut sebab mama dah siap bersalinkan affan
dan affan pun dah dihantar ke baby's room

alhamdulillah
affan lahir dengan sihat
affan lahir dengan mudah

dan mama sangat sangat bersyukur
sebab selama setahun ni
tumbesaran affan adalah sangat memberansangkan
affan boleh mula berjalan masa berumur 10 bulan
masa 9 bulan affan dah pandai minum teguk dari botol
affan pandai minum dari straw
bila umur setahun
affan dah ada 6 batang gigi

affan dah tade eczema lagi
kulit affan dah licin

affan kenal mama
affan kenal abah
affan kenal kakak
tapi affan panggil kakak "yaya" je
dulu affan panggil mama, "mamee"
affan pandai panggil kawan kawan affan
affan kenal nama nama kawan dia
affan sayang baby affea

affan suka cium girl
affan takkan cium baby boy
gatai anak mama nih

affan sangat manja dengan makcik ha
dengan teacher oda

affan dengar cakap mama
bila affan masukkan benda dalam mulut
dan mama panggil affan
affan akan terus campak benda yang dimasukkan dalam mulut tu
mungkin affan pun masih ingat kejadian affan tercekik dulu

affan masih baby mama yang manja
dan mama sangat sangat berharap affan akan terus jadi my little baby boy

apa pun
for my dearest little son
mama harap affan akan terus membesar dengan sihat
jadi anak yang soleh
mendengar kata
semoga affan berjaya dalam hidup
cemerlang dalam pelajaran
semoga affan akan sentiasa sayang mama, abah dan yaya
semoga segala apa yang mama doakan untuk affan selama ni akan menjadi kenyataan

walaupun affan baru setahun sweet corn
tapi lahirnya affan tambah menceriakan hidup mama, abah dan yaya

affan sayang
mama sayang affan
so deep that words can't describe

mama harap
mama diberi kesempatan untuk melihat affan membesar
mama harap
mama diberikan umur yang panjang untuk bersama dengan affan untuk semua ups and down affan

happy first birthday Asyraf Zharfan
many more years to come
insyaAllah