Khamis, Jun 16, 2011

haba neraka




masa pegi taman herba kat gopeng
ada jumpa satu pokok nih
namanya haba neraka

nama pun dah kedengaran dahsyat kan
belum lagi khasiat/keburukan pokok nih
pokok ni adalah untuk menggugurkan kandungan

kata petugas yang brief pasal pokok pokok herba nih
kalau tengah tengah hari
pokok ni akan mengeluarkan debu
debu tu pun boleh menyebabkan ibu mengandung keguguran
kadang kadang 3 bulan mengandung pun boleh keguguran kalau kita berdekatan dengan pokok nih

sebab tu la
sangat tak digalakkan tanam pokok nih dekat rumah
terutama yang nak merancang berkeluarga

petugas tu kata jugak pokok ni tak elok untuk budak budak
masa tu cepat cepat i bawak zara jauh jauh
tak ingat plak sebab apa tak elok

pokok ni rupa dia macam pokok pandan sket
sebab daun dia panjang panjang
dan dia berbunga warna kuning

apapun
wallahualam
apa apa yang berlaku pun adalah atas kehendak-Nya
i cuma menyampaikan je
kalau dah orang kata tak elok simpan pokok ni kat rumah
tak payah la macam nak menguji dan suka suka tanam pokok nih

Rabu, Jun 15, 2011

my little swimmers




nak cakap apa pun tatau
tapi sejak dua menjak ni my little zara n affanboy kejenye petang petang mandi pool
balik je keje isi air dalam plastic pool dan bagi diorang mandi

Isnin, Jun 06, 2011

affanboy birthday - planning

mr husband macam bercadang nak buat birthday affanboy kat mcD
dan pilihan kitorang mestilah mcD tambun
mcD gunung rapat adalah super crowded

tapi list macam adalah sangat panjang berjela
itu pun i tak masukkan kawan kawan affan kat tadika
tak masukkan colleagues i kat kolej
yang masuk list cuma family members
kindergarten teachers
dan satu dua colleagues mr husband

tapi mr husband dok cakap macam takkan tak ajak sipolan polan ni
sebab dia ada anak kecik
dan i jawap "kalau nak ajak semua sipolan polan, baik buat kenduri kekah affan je"
sebab rumah i kecik
rasanya parents i tak keberatan kalau kitorang nak buat kat rumah mereka

nak buat kat mcD adalah senang
tak payah nak kemas rumah bagai
penat tau
lagipun last year masa sambut birthday zara pun kita spend more than 500
so budget kat mcD ni pun dalam 500 la jugak
tak payah susah susah kemas rumah
dan paling penting the aftermath
dah penat penat sambut birthday
satu hal pulak nak kemas rumah simpan pinggan mangkuk

tapi kalau nak buat kenduri kekah
i rasa kos akan naik berkali kali ganda la
dengan nak beli kambing
katering lagi
takkan nak makan kambing je
nasik dan lauk pauk lain
benda benda lain
dah kata birthday
mesti la ada birthday kek
goodie bag lagi
i yang berangan nak buat candy bar lagi
nak panggil orang masjid lagi

ada sape sape nak sponsor???

Ahad, Jun 05, 2011

karnival upin ipin










seronok la si zara dan si 1affan
pegi karnival upin ipin
dapat jumpa upin ipin
dapat jumpa dengan suara ehsan, mail, ijat
tapi yang tu abah zara yang terlebih eksaited
salam berkali kali
zara dapat salam dengan maskot upin ipin
dapat masuk rumah opah dan bergambar secara unlimited
memang bes

paling tak sangka sebab rupanya affan yang terlebih eksaited
masa upin ipin nyanyi lagu padi tu affan yang eksaited sampai tepuk tepuk tangan
atas pentas pun tepuk tangan
kat rumah opah pun tepuk tangan
dan sekarang dia sudah pandai sebut upin ipin

zara macam biasa
dia suka shopping
las skali semalam dia nak baju
tapi tak sempat nak beli pun

its a good thing la upin ipin ni datang ipoh
sebab ipoh bukannya ada apa apa benda yang bes pun
at least budak budak ada aktivti nak dibuat

pagi ni mebbe nak pegi lagi
pukul 10.30 satgi ada senaman bersama upin ipin