Khamis, September 30, 2010

giant baby sale

harus kena beli sebab mamypoko s48 dan m44 cuma RM29.90
Jatuh ke 0.63 dan 0.68 sen sekeping
jangan harap nak dapat harga below RM30 untuk mamypoko
walaupun kat rumah ada lagi stok untuk zara dan apan
tapi tak rugi beli kalau tengah murah
biasanya mesti range 0.70-0.80 sekeping
haritu je kat manjaku dapat 0.50 sekeping
tapi tu jual minipack/travelling pack
ada 4 keping je dalam satu pack
tu memang mr husband borong semua
habis kat manjaku ampang
pegi borong sampai habis kat manjaku setiawangsa pulak
gila tamak kan!!!!!

susu pun murah
less than rm20
okeh
wiken ni misti kena pegi beli
start 30 sept 2010 sampai 3 october 2010

(harus yang ada pegi malam kang takut stok habis)
hahahahhahaha

sakit jiwa

inaz kata dia hampir hampir nak sakit jiwa

tu je

Rabu, September 29, 2010

quick update 2

1 . inaz kata dia belum rajin nak update citer hard rock yang best tu
2 . tadi dia bawa apan pegi cocok 2 bulan
3 . next appt adalah on 27th Oct 2010 , zara dan apan sekali so dah mintak mr husband ambil half day atau cuti terus on that day
4 . malam ni zara ada kelas muzik . inaz adalah pemalas sebab dia tak prektis apa apa pun dengan zara
5 . inaz teringin nak masak koay teow goreng basah malam ni. tengok la samada dia berjaya atau tak
6 . inaz marah dengan ktmb
7 . inaz hepi sebab harini superbid. harap harap dia tak lupa untuk bid pukul 10 nanti macam last week
8 . inaz dah booking slot dengan photographer untuk family pictures hari sabtu, pukul 11 pagi. mr husband dah pesan untuk iron baju melayu dia.
9 . ada jemputan open house hari sabtu nanti tapi dia segan nak pegi, tapi dia teringin nak makan laksa
10 . habis

Selasa, September 28, 2010

kindergarten

macam yang i pernah cakap dulu
zara tak boleh sekolah dengan mama dia

tadi i bawa zara melawat kindergarten

mula mula i pegi mariaville
tapi mariaville tak ambik budak kecik macam zara
dan nursery macam semua pun chinese
zara tak cakap apa pun

then i pegi kinderland
bila jumpa principal
principal tu pegang tangan zara
bawa zara jalan jalan tengok classes
pastu while i talked to the principal
zara duduk atas lantai main main
zara macam terus adapt diri sendiri di tadika tu
bila principal pegang tangan pun... dia rilek je.. dia ikut je
mebbe sebab dia dah biasa duduk tadika
dan sebab dia pun dah biasa pegi kelas muzik
dia dah biasa dengan orang

masa nak balik tu zara cakap
"yaya nak.... yaya nak"

lepas tu i pegi mmsb plak
menarik juga
cuma monthly fee lebih mahal dari kinderland
tapi dia cuma akan ambil enrolment for next year

kinderland tu zara boleh start october

sebab i nak hantar zara ke school adalah sebab dia dah tak boleh nak dikawal
memang la i akan sedih bila zara pegi school
sebab dia tak perah berpisah dengan i
dan i tatau macamana orang akan jaga dia

tapi
i think
it's about time untuk zara lebih berdikari
dia dah terlalu manja
sampaikan dia rasa apan tu lagi besar dari dia
kalau zara kena marah
dia misti akan berlari kat adik dan sembamkan muka ke perut adik sambil cakap "babyyyyyyyyyyyy"
(macam mengadu kat adik la )

pastu dia yang nak adik cium dia
bukan dia yang cium adik
sebab dia hulurkan muka soh adik cium

ada la lagi few things yang i tak ingat sangat

memang ada taska di kawasan rumah i ni
tapi i tanak
sebab i nak zara belajar
kalau duduk taska nanti dia main main je

macam budak budak kat taska i la
yang kecik tu main main je
pastu makcik ada juga ajar nyanyi
tu je la
tade pembelajaran formal
bila i masukkan zara dalam kelas ph
dia lari keluar
memang tak boleh ada mama

dan i masih berfikir fikir.....

Isnin, September 27, 2010

Hard Rock Hotel Pert 2

i tak tengok jam pun pukul berapa gerak dari ipoh
tapi sebelum pegi singgah rumah mak
mak sempat nangis nangis sebab apan nak berjalan
so i pun janji sampai je ipoh i akan hantar apan kat rumah mak

sampai penang pun tatau pukul berapa
pergi rumah kawan se-matrik mr husband, boy
makan tengah hari yang lazat
tapi sebab nasi jauh di hujung meja
i tak boleh nak melantak besar besaran
i cuma makan dengan penuh tatatertib

dari rumah boy
terus head ke HRH
masuk je bilik i rasa wow weeee
zara seronok la ada playground
playground la sangat kan....
ada buaian n gelongsor je

katil ada 4
kalau anak dah besar seronok la
zara nak main kena orang teman
dia tanak main sorang sorang
zara n apan tidow nak ada mama n abah diorang
so ada extra 2 katil

bilik selesa
bilik air pun bes
tapi cam aneh sebab tade bagi berus gigi, ubat gigi, sikat
(so far... bilik air le meredien adalah yang superb)

zara nampak bath tub
terus nak mandi
sebelum tu dia dok main bukak fridge
bawak keluar semua air tin letak atas katil



sebab zara nak mandi
i bawak zara mandi
bila apan bangun tido
kitorang tiga beranak mandi dalam bath tub

lepas mandi ingat nak chill dalam bilik
tapi zara sudah bising nak keluar
nampak pool zara terus nak mandi pool
mr husband ingat nak mandi malam sket
tunggu kurang orang
so kitorang pegi pantai
zara suka je tengok laut
i bawak dia rasa ombak laut
dia tarik ajak i masuk dalam lagi

kalau tak bawak anak
boleh mr husband n i main atv
eh... mr husband nak ke.. ke i sorang je yang teringin



lepas tengok laut dan pantai
balik bilik
mr husband n zara salin baju
diorang mandi pool
apan n i duduk je la tengok diorang mandi



lepas mandi lepak dalam bilik
dah lama duduk dalam bilik
i pun tatau pukul berapa
baru keluar carik dinner
makan kat pizzeria dalam HRH tu je
takkan nak pegi HRC kan
kang melalak plak si apan dengar muzik bingit bingit

las las mr husband n i je makan
sementara tunggu makanan sampai
zara n apan pun dah tidow

lepas makan ambik gamba satu dua keping dan balik bilik untuk tidow

Ahad, September 26, 2010

Hard Rock Part 1


(ini gambar di entrance. tapi kena renung atas, nampak la lambang tu... bertukar tukar kaler)

ok
dah balik dari Hard Rock
zara pun dah dapat my first hard rock t shirt
apan tade sebab jumper yang dijual look cheap... bak kata mr husband

nanti i sambung citer hard rock
tapi i nak citer tragedi selepas hard rock

sampai rumah i pun gigih nak basuh kain
selamba je masukkan jeans mr husband
lepas maghrib tu bila nak keluar baru mr husband carik wallet n handphone
skali rupanya dah terbasuh skali

dan mr husband i adalah sangat kool
i dah bagi rosak henpon dia pun
dia rilek rilek je

heheheheh (gelak sambil kaver rasa bersalah)
sori ye mr husband
nak i ganti ke?
i boleh je ganti... tapi bukan telepon 3G le
henpon setakat seratus, dua rats bole laaaa

oh
pasal hardrock jugak
i bawak rm30
bila balik i still ada rm30
semuanya mr husband yang bayau

hahahhahahahahahhaha

Jumaat, September 24, 2010

cacamarba III

zara selesema
apan demam
harap harap by tonite semuanya akan sihat

semalam i mandikan zara dengan sebelah tangan dukung apan
apan nangis nangis tanak letak

i rasa mebbe dia demam sebab i pakaikan gelang penghalau nyamuk
memang la tak kena gigit nyamuk
tapi bau agak kuat
dan i walaupun i letak di pergelangan kaki apan
sampai kepala apan pun berbau



malam tadi tidow dengan rasa tak puas hati pada mr husband
pastu padan muka diri sendiri sebab tido mimpi hantu

tadi ada nursery rhyme competition di tadika
telah berlangsung dengan jayanya
alhamdulillah
next activity ialah naik tren



i dah siap pack untuk ke penang
pastu dah berjanji dengan diri sendiri untuk tak bershopping di penang
say goodbye to queensbay n gurney plaza
cuma nak beli shirt hard rock for apan, zara, myself n mr husband je

ok

toodles

Khamis, September 23, 2010

untitled

"Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih"



for no reason

Rabu, September 22, 2010

kelas muzik zara

cikgu muzik zara sudah hantar sms
nak meng-ingatkan yang malam ni ada kelas

hahahhaha
ni misti sebab last week kitorang tak pegi
i nak je pegi
tapi mr husband la dok kata dia masih berholiday mood
jadik malas nak pegi

malam ni misti kena pegi
dan malam ni kita akan berbondong bondong pegi ke kelas zara
i tak rasa nak tinggalkan apan kat rumah mak
so apan will tag along

i masih nak bodek teacher tu supaya apan boleh masuk kelas jugak

p/s : zuris.... jom la bawak baby kysha pegi kelas muzik jugak... hehehhe

Selasa, September 21, 2010

si gemok

sukati je si gemok tu nak kata i nerd
ada ke dikatanya i ni nerd yang suka main internet
sape yang i nampak tengah tengah orang tido dia dok ngadap internet
sape yang dari pagi sampai petang hari jumaat aritu duduk ngadap kompiter dan internet
sape??? sape????
dasar gemok!!!!
huh

tapi i tau
macamana pun si gemok tu tetap sayang i
hahahhahahahaa

si gemok
sori la
i tade term of endearment for u
i tak reti nak berabang sayang darling intan payung berlian berkarat
i geli anak tekak kalau nak cakap cakap macamtu
at least
kan kadang kadang i ada panggil u bambang
tu kira panggilan manja la tu

kalau u tak sayang i
takkan bila i cakap nak berholiday
u terus bookingkan hard rock
u memang bes la

tapi i nak cakap
ada banyak lagi dalam wishlist i nih

tak mengikut turutan la yeh
mana mana yang u nak bawak i
i ikut je

1 . avillion pd
2 . westin langkawi
3 . 4 seasons langkawi
4 . nexus karambunai
5 . pulai spring
6 . pullman putrajaya
7 . melaka wonderland
8 . gold coast sepang

okeh
8 je
tatau la kot esok lusa makin panjang plak wishlist i tuh
hikhikhik
nanti awak kumpul duit ye untuk bawak i pegi berholiday

i lov u mr husband
bukan je macam omputih dok kata
till death do us apart
i nak u jadik husband i sampai dalam syurga

okeh

toodles

Isnin, September 20, 2010

jpj

petang semalam pegi rumah opah sungai siput
on the way back
ada roadblock jpj
seb baik hari belum gelap
so mr husband tutup lampu
lampu adalah lampu putih lantas sebab takmoh kena saman
kena tutup lampu

ada satu kete wira
dia turunkan 4 penumpang
mebbe penumpang dalam kereta dia ada dalam 8 orang kot
tu yang turunkan 4 orang

pastu ramai je yang i nampak dok turunkan tingkap
tu semua yang pakai tingkap gelap

si zara suka duduk kat tengah tengah
in between mr husband and i
kat tempat hand rest tuh
bila kita dok pujuk pujuk dia oh duduk belakang dan dia takmo
i campak angpow ke belakang dan soh zara buka angpow tu
(zara memang suka buka angpow. dia rasa teruja bila dapat buka angpow dan ada duit dalam tu)

tapi masa sampai depan jpj tu
zara berdiri di tengah tengah
mr husband pun beria ia dok angkat tangan kat orang jpj tu
lama plak tu angkat tangan
even pada orang orang jpj yang duduk bawak khemah pun dia angkat tangan jugak
bodek???

dah
tu je cerita pasal pemeriksaan jpj

i tade mood nak mengarang ayat indah indah
dan drama drama

Ahad, September 19, 2010

. s . a . y . a . n . g .

ada yang mengeluh
sebab semua akan kembali ke rutin asal
tak suka ke rutin asal?
i suka
i suka pegi keje
itu adalah passion i

banyak benda nak buat
cuma i kena bahagikan masa antara kerja dan anak anak
which
macamana pun
i akan dahulukan anak anak

last wednesday
patutnya zara pegi kelas muzik
tapi mr husband kata masih mood holiday
so malam tu we went to sunway hotspring instead
zara, mr husband n yours truly
apan kena tinggal dengan tiyang
sebab apan sangat baby

sunway hotspring pada waktu malam adalah bes
dan harus akan ada kunjungan kedua ketiga dan seterusnya
itupun dekat dua jam main air
kitorang nak balik cepat cepat
rindukan si apan yang berada di rumah tok mama

tak sabar nak tunggu apan besar sikit supaya boleh bawa apan mandi

sayang pada anak anak ni
kalau boleh nak diorang sepanjang masa ada depan mata
sebab tu la jugak masa nak kawen dulu i nekad untuk quit my job dan kerja dalam bidang ini
(cita cita sebenar i ialah nak jadik lady of leisure. i nak jadi surirumah je. nak bawak anak anak pegi shopping, nak jalan jalan. tapi kena tunggu mr husband gaji 20, 30 ribu sebulan la...which.. adalah macam mimpi nak tunggu macamtu.. meanwhile... biar i buat benda yang i suka)

sayang i pada anak anak adalah infiniti
if anything happen between mr husband n i (nauzubillah)
i akan ambil zara n apan
walaupun i tau, i tak mampu nak mewahkan diorang macam sekarang
tapi
i akan cuba untuk bagi diorang kehidupan yang baik

i pun sayang juga anak anak sedara i
tapi macam obvious la i sayang cha lebih
sebab cha adalah anak saudara pertama i
dan sebelum ada zara
cha adalah nyawa mr husband n i

even sekarang pun kalau tengok cha kena marah
i akan sedih

sama la juga macam zara
kadang kadang bila i marah zara
i sendiri yang sedih
bila tengok mr husband marah zara
hati i yang macam kena robek

dulu i rasa
dalam dunia ni
i paling sayang mr husband
i tak boleh bayangkan macamana nak hidup without him
dari i lapan belas tahun sampai sekarang dah doploh lapan tahun i dengan dia
dah biasa hidup ni ada dia
memang dia adalah separuh dari diri i

tapi sejak ada zara
walaupun mr husband tetap separuh dari diri i
zara adalah nyawa i
apan adalah nadi i
tanpa separuh dari diri
walaupun paralysed
i masih boleh hidup
tapi tanpa nyawa dan nadi
i akan mati

itu kecintaan i pada anak anak
kalau apa apa
i akan dahulukan anak anak daripada mr husband
well, mr husband pun sama
tu yang haritu kitorang berbuka makan nasi pukul 10 malam
sebab waktu berbuka cuma boleh minum je
anak anak meragam
bila diorang tidur
berlari lari mr husband n i ke dapur untuk makan
rasa sangat nikmat dapat makan tanpa gangguan anak anak

zara n apan adalah yang paling utama dalam carta sayang i
dan
untuk mereka
i berharap agar rumahtangga i kekal aman sentosa hingga ke akhir hayat
semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati keluarga kami
aamin

Ahad, September 12, 2010

raya





already the third raya
cepat betul masa berlalu

pagi raya the quartet pakai theme
unfortunately our family pictures were deleted by yours truly
clumsy... careless me
habis semua gambar

nampak sangat kamera baru tak reti pakai

second day of raya we went to kuantan
luckily jalan agak clear
cuma start hiway ke genting agak slow
lepas tu mr husband bawak 140 je
tatau la raya kali ni berapa banyak saman ekor

sampai kuantan terus pegi rumah maktam mr husband
raya kan.... i misti la buat sesi makan besar besaran
sampai terus makan
lepak lepak
pastu pegi check-in kat bukit gambang
pegi balik rumah maktam
pegi rumah opah
balik hotel
bawa zara pegi mini fun fair
tidur

third day
bawa zara mandi pool
naik horse carriage n tram
balik kl

malas nk citer details
later la kalau rajin
tengok gambar je la

Rabu, September 08, 2010

wishes

i've got sooo many things to write
but for now

i ust want to wish all
Selamat Hari Raya Aidilfitri

i nak buat last minute shopping

Ahad, September 05, 2010

mengemas edisi raya

okeh
semangat tengah berkobar kobar nak kemas rumah
konon sebab nak raya la kan
tapi... macam la beraya kat rumah pun
rasanya akan banyak menghabiskan masa on the road je

itinerary nya adalah macamni
a day b4 raya nak balik ke ampang
second day raya nak ke kuantan
third day raya kuantan-ampang
maybe 4th raya balik ipoh

sebab nak menghabiskan masa on the road
benda yang kena buat adalah memastikan anak anak dan i selesa dalam kereta nanti
i dah bitau mr husband
start esok
nak pasang toddler car seat untuk zara kat seat depan
biar apan n i duduk belakang
bagi zara biasa duduk kat car seat

sekarang kalau naik kereta
i n apan duduk depan
zara akan duduk tengah tengah
sebab dia sibuk nak main main dan nak tengok upin ipin

kedua
kena convert semua cite upin ipin kepada format yang boleh play kat dalam kereta
kena mpeg la kot sebab format mp4 dia tak boleh read
hooohhh
nak duduk dalam kereta lama lama kan
haritu pun ada beli dvd pocoyo
tapi belum bukak bukak lagi

esok first thing nak buat adalah jemur karpet
pastu nak pegi tc carik kotak
nak singgah tadika nak ambik spices rack
nak beli pencuci lantai supaya boleh mop lantai
nak alih fridge dan meja di dapur supaya lapang sket
nak buang barang barang yang tak guna

barang barang yang i nak buang
i tanak consult dengan mr husband
sebab mr husband adalah orang yang suka simpan segala mak nenek benda tak pakai

rumah i kecil jek
stor pun tade
sorok la benda benda tu bawah katil la
bawah meja dapur la
haaiihhh

harap harap apan tak meragam esok
harap harap apan boleh tidur sepanjang hari
ataupuan if my parents baik hati nak jaga apan
laaaaaagi la senang keje i

ok
it's time for my beauty sleep

toodles

Sabtu, September 04, 2010

encryption

in case i've forgotten on how to create encrypted posts
and if anyone who would like to create one
here is the link on how-to
http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/instructions.html
it's as simple as a-b-c

got questions?
do drop one
i'll be more than happy to help out
ecececececehhh
konon terror la tu
i pun baru belajar

Jumaat, September 03, 2010

mystory

it is so private that i need to keep it for myself

Rabu, September 01, 2010

random thoughts

i - apan

haaaihhh
dah beranak dua nih
penat betul terasa
sampaikan
pagi tadi masa nak pegi toilet
i berdoa supaya baby apan tak bangun waktu i dalam toilet
last monday
masa i tengah bersyampu
apan nangis jerit jerit
terpaksa berlari lari keluar
angkat apan, letak dalam stroller
bawa ke depan bilik air n i sambung mandi
haaaiihh

ii - baju raya

yesterday
sebab zara ikut my parents balik kampung
boleh la i pegi shopping baju raya
tahun ni terpaksa berpuas hati dengan baby poney je
baby kiko ke... anakku ke.... mr husband tak suka
buat baju tdo ke.. baju dok rumah
boleh la

takpe zara
nanti next year kita beli baju kat kl

my mom tanya kenapa nak membazir beli baju kat kl
i cakap
even masa i kecik kecik pun my parents akan beli baju raya kat kl
misti my mom dah lupa
kat ipoh bukan ada banyak pilihan
tu la macam i tulis di atas
kena berpuas hati dengan baby poney je

tapi baju kurung zara n i belum dapat lagik

apa pun
i suka sebab semuanya semalam on mr husband's expenses
ahahahahahah
padan muka

iii - conned

tadi ada orang nak con i
dia kata dia dari central credit card
kononnya sebab i tak pernah bayau kredit kad lambat
tak pernah kena black list
diorang nak verify all my credit cards
heck
masa dia cakap yang nama i bersih sebab tak pernah baya lambat
i jawap "oohh.... memang la.. sebab saya dah lama tak pakai kredit kad. saya dah potong semua kad. lagipun sekarang saya tak keje"
orang tu cakap "susah la camtu. nak raya, tak kerja"
i jawap... takpe
bila i cakap kat mr husband
mr husband tanya, kenapa tak cakap "suami saya kaya"
hahahahhaa.... i mengaminkan je
semoga mr husband menjadi seorang yang kaya raya so that i boleh duduk rumah goyang kaki
dan mr husband bayaukan hutang keliling pinggang yang dua tiga kali belit nih

apepun... i bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi, untuk keluarga i
walaupun kami bukan kaya raya
tapi kami boleh hidup dengan selesa

iv - zara's music class

tadi pegi beli cd dan set baru untuk kelas muzik zara
dah step 3 rupanya
step 2 zara dah terlepas
ye laaa
sejak mr huband sakit dengan i pregnant zara tak pegi kelas

kena pegi kelas balik untuk boostkan brain dia
asyik terbiar je
duduk tadika bukannya masuk kelas
dok main main je
teacher pun dok manjakan dia
tak berkembang sangat pemikiran dia

so zara akan start kelas balik after raya ni
lagipun dulu.... waktu kelas la yang zara paling happy dan enjoy sekali
main main
gerakkan badan
listen to music
dan itu juga masa untuk bonding dan play around bersama family
mr husband, zara n i
semua pun kena participate dalam kelas muzik zara

i nak registerkan baby apan untuk kelas
sebab stage 1 adalah dari newborn to 18 months
dulu zara masuk kelas masa lima bulan
tapi miss chen (music teacher) kata yang paling kecil dalam kelas baby tu 9 months
nanti tak sesuai plak kalau nak buat aktiviti bersama apan yang belum pun 2 bulan nih
miss chen kata kalau ada baby yang dalam 4 bulan ke, lima bulan ke dia akan inform i
boleh la apan join sekali
baru la boleh buat aktiviti bersama dengan orang yang lebih kurang sebaya

*harap2 ada la yang masuk kelas

kenapa i nak sangat my kids masuk kelas muzik?

even dari dalam perut lagi pakar mengesyorkan untuk kita dengar muzik dan letak earphone kat perut so that baby boleh dengar
dan i pun nampak macamana perkembangan zara lepas pegi kelas muzik
dan waktu dia berhenti dari kelas muzik
muzik kan boleh stimulate the brain

v- kindergarten

dah nak dekat cuti sekolah
i pun agak bizi
menempah banner
nak cari barang barang baru untuk next year's enrolment
nak beli new furniture untuk indergarten

pastu nak prepare untuk nursery rhyme competition yang akan berlangsung sebaik sahaja lepas cuti raya
pastu the following week plak budak budak tu akan pegi trip naik train
selain tu, i tengah rancang nak bawak budak budak tu pegi melawat mcD, nak pegi melawat library
kan dah dekat nak akhir tahun
misti la buat trips banyak banyak

ok la
baby apan dah menangis
nak entertain dia plak

toodles