Rabu, Jun 30, 2010

on little one, tiredness, zara and mr husband

* this was yesterday's post

eyh
tak laratnya badan

pagi tadi jiran tegur masa i sidai kain
larat lagi ke?
n i jawap
larat ke tak larat ke, kena buat juga

ada lagi satu mesin belum sidai sebab tadi masa keluar baru masukkan kain dalam mesin

penat tau
dengan zara's tantrum lagi

ok
memang la dia tak faham kondisi i
tapi i penat bila dia asyik menangis
dia asyik nak menyusu

i used to pity adik
tapi sebab scan baru ni tengok adik adalah lebih berat dari zara
i am impressed dengan adik
adik adalah survivor
i rasa adik adalah jenis "i don't care one. i want to grow big, so i will grow"

dah tiga minggu berat badan i tak naik naik
statik di 55 kg
nasib baik berat adik yang bertambah
nampaknya, sepanjang mengandungkan adik ni berat i cuma naik 6 kilo je
tak macam zara dulu, naik almost 15kg
luckily, boleh turun balik ke 49 kg sepanjang masa berpantang tu

tapi kali ni memang nampak sangat la i kurang berat
sebab urat pun timbul
pastu memang badan asyik penat
badan rasa berat sebab tak larat sangat nak menampung berat perut

kalau la mr husband boleh duduk rumah
tapayah kerja
tapi bergaji beribu ribu sebulan
kan bes
boleh mintak mr husband temankan i dok rumah
boleh mintakkan mr husband buat all the chores
boleh mintak mr husband jaga zara

pagi pagi buat tadi
zara bangun nangis nangis
i nak bagi nenen dia takmo
dia cakap kat abah dia yang dia nak "uu"
so abah dia kena dukung bawa ke dapur untuk buat uuu
i dengar kelentang keletung
macam nak buat sambal
padahal nak buat susu je

lepas dah siap susu
bawa balik ke tempat tido
dia tanak minum susu
dia nak nenen
pastu "nak vi"
nak suruh pasang tivi la tu

so sambil nenen
sambil tengok tivi
pastu i paksa juga minum susu
penat abah dia bangun dan bancuh

tapi both mr husband n i tau
dia bukannya nak susu sangat
dia tu nak spend masa/ nak bermanja manja denga abah dia je

eh
mr husband
u dah jadikan my blog ni u punya daily dosage ke
rajin komen plak tu
sebab u comment, maknanya u baca la
hoh!!! papom!!!!

oh dan sekarang ni i suka panggil zara "popok"
sebab haritu i dengar zara dok cakap popok.....popok
i rasa cam comel plak ama popok tuh
semalam i cakap kat zara "baju popok basah"
zara pun cakap "ju popok asyah"
sweet

* this is today's post

so semalam zara n i balik rumah pukul 5 sengah
zara was sleeping actually
i malas nak kejutkan dia
tapi badan ni sendiri dah sangat penat tak sabar sabar nak balik rumah

sampai rumah, zara pun terjaga
dia nangis nangis nak mamam, nak nenen
i nak pegi goreng sausage pun dah tak larat
so i called mr husband mintak beliau balik cepat supaya boleh bawak zara pegi beli makan

sekarang ni tidow malam pun panas
i dah jadi zara yang tido dalam ekon tapi tanak pakai selimut
mr husband plak yang lebih lebih pakai comforter

pagi tadi i bangun tido dan tanya adik
"bila adik nak keluar"
i rasa i dah ready untuk keluarkan adik

dah sudah

Isnin, Jun 28, 2010

i am indeed blessed

lepas kena hentam pagi tadi
i rasa lagu ni really suits me
a very good motivational song

and i am blessed with people around me
my dear beloved mr husband
yang sentiasa tau macamana nak put the smile back on me
yang always be with me
through thick or thin
come hell or high water
which, without him, dah lama dah i jatuh terlungkup
my mom yang terus ambil tindakan
my brother yang gangster siap mintak phone number orang yang buat i down tu
my sister yang called to show her sympathy
my workers yang very supportive

tu la
kadang kadang bila datang ujian baru kita tau
siapa yang akan support kita
dan waktu tu baru la tau nak appreciate people
people yang kadang kadang kita take for granted

eh macam buat ucapan grammy plak

so this is the song
sape yang tak pernah dengar
cari la sendiri dalam youtube

A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson
A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.
Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona


malam semalam i pegi checkup baby
blood pressure okay
kepala baby memang dah turun
term yang dokter pakai adalah sudah engaged
so i dah dekat nak bersalin
cuma kaki belum bengkak

masa scan dokter kata baby adalah panjang dan besar
masa tu dokter tengah measure panjang tulang paha baby
berat baby sekarang dah almost 3.2kg
mungkin masa keluar nanti dalam 3.4-3.6kg
zara dulu lahir 2.9kg je
tu pun macam dah nak tercabut nyawa i melahirkan zara

harap harap proses kelahiran adik nanti adalah mudah

tadi dah pegi kedai makan untuk order penghantaran makanan untuk next month
ye laaa... kan nak bersalin
nanti mr husband pegi keje
sape plak nak sediakan makanan i

barang makanan tadika pun tadi i dah beli cukup untuk sebulan
so rasanya i boleh bersalin dengan senang hati dah lepas ni







on music

i used to love indon songs very much
most of indon songs

pastu mr husband la menanamkan sentimen "jangan suka lagu indon dan sapot la lagu malaysia"
thinking back
orang indon bukan senang senang nak bagi lagu kita masuk pasaran derang
kita je dok dengar lagu derang bagai nak rak

so i stopped dari dengar lagu indon
well, ada satu dua lagu yang i memang suka betul
macam lagu hanya ingin kau tahu by repvblik
lagu lagu lain tu dengar biasa je la

dalam kereta i memang i set dengar era.fm
so selalu la dengar lagu lagu mix nih
lagu malaysia, indon, english

kalau naik kereta mr husband
dari i kawen dengan dia
memang takkan dengar radio lain selain xfm
in a way
i pun terpengaruh la dengan lagu lagu indie nih
cuma kadang kadang kita selalu make fun bila dengar lagu lagu butterfingers ke
sebab we grew up listening to those songs
pastu macam tak habis habis nak rebel
dah tua dah woi

memang la bukan semua lagu kat xfm tu i suka dengar
mr husband pun macam tu
tapi dia macam dah set in mind misti kena dengar xfm
else, takkan pasang radio langsung

bukan la nak kata kitaorang dok dengar lagu indie je
tapi i categorized kan lagu yang kita dengar tu sebagai lagu lagu malaysia
sebab selain lagu indie, kita dengar jugak lagu lagu mainstream

tu la anak i pun terpengaruh
zara pandai nyanyi lagu drama king okeh
siap part jerit jerit tu pun dia akan jerit juga
haaaaaaa.... don't play play dengan my daughter

zara suka lagu yuna, aliff aziz yang lagu please please
dan kadang kadang kalau dia dengar lagu yang dia familiar
dia pun akan humming jugak
walaupun selalunya macam out of tune
hikhikhikhik

eh tadi sebenarnya i nak cakap pasal benda lain
tak pasal pasal cakap muzik berjela jela
okeh
nanti i buat entry lain la

bomoh

woooaaahhh
kadang kadang ada benda yang jadi menyebabkan kita jadi geram
rasa cam nak buat voodoo je kepada orang yang menyebabkan hati jadi geram tu

biasanya kalau i geram atau sakit hati pada orang
i boleh kawal diri sendiri
i boleh pikir pro n cons
dan biasanya i boleh fikir secara rasional

tapi kalau orang buat kurang hajar
di tempat i pulak tu
tu memang nak mencabar kewibawaan i
lagi i berlembut
lagi nak tekan i
bila i dah mula bertegas baru nak berlembut sikit dengan i

kadang kadang orang ni tatau ber-adab
geram betul hati ini

dulu masa mr husband sakit
ada la orang cakap kat i
dia pegi cek
dia kata
ada bomoh bitau dia
mr husband kena buatan orang
orang tu bukan bangsa melayu
dia ambik darah kambing dan abu mayat
tabur kat tempat keje mr husband
jadi mr husband pun kena la penyakit tersebut
wallahualam

tu yang tadi lepas orang tu sakitkan hati i
i jokingly called mr husband mintak dia carikkan darah kamben dan abu mayat
i nak pi bomohkan orang tersebut

kadang kadang i wonder
ada plak orang orang ni masa untuk pegi jumpa bomoh la
nak sediakan barang barang yang mengarut ngarut
sebab nak bomohkan orang lain
sakit hati punya pasal, kan

tv pun sekarang banyak menyiarkan cerita cerita mengarut nih
which my family memang takkan tengok la
i tak suka
mr husband pun tak suka
dan kita tanak zara membesar dengan ketakutan
takut hantu ke, takut gelap ke

Sabtu, Jun 26, 2010

dengan rasa sangat tak larat

its saturday
mr husband pagi pagi dah pegi keje
tinggal zara n i

ingat nak bawa zara pegi shopping
sebab pagi tadi sebelum keluar mr husband ada bagi duit untuk zara
tapi bila dah siap siap
bila dah keluar
tiba tiba i rasa sangat tak larat
jadi kita patah balik

bukannya mengantuk
tapi badan i sangat rasa penat
memang tak lalu nak buat apa pun

pukul 12 lebih zara n i tidow
pukul 1 anak jiran menjerit jerit di luar rumah
terus zara terjaga
bila zara bangun
i tak boleh la tido

i rasa both zara n i lapar
called mr husband
dia kata balik lambat lagi
uwaaaaaaaaaaaaa

seb baik dalam fridge ada banyak junk food
i ambik milo nugget
zara ambik nips
tapi bila zara tengok my milo nugget
dia nak
dia cakap
"ayam"

siannya anak i
tapi i memang tak larat nak ke mana mana

kalau schooldays tu i tak kisah sangat
sebab zara misti makan dekat school
i memang selalu tak makan siang

sebenarnya
kalau keluar pun i tatau nak makan apa
tak berselera
dah jemu makan fast food

seb baik ada phdc
at least zara boleh bergolek golek dan diam sambil tengok tivi
kalau tak pun
dia dok lari lari pusing mengelilingi i macam anak kucing
kesian dia
mama dia tak larat nak bawak dia jalan jalan
abah dia pulak keje

i pity my little girl
dia terpaksa habiskan masa cuti dengan duduk di rumah je

Rabu, Jun 23, 2010

on lotsa things

orang kata bila baby dah kurang gerak
maknanya dah nak keluar
tapi semalam masa bersembang dengan jiran atas tembok depan rumah
jiran i cakap kaki i belum bengkak
lama lagi ke nak kena tunggu ni?

zara dulu lahir on time
mebbe sepatutnya bukan on time
dia di forced untuk keluar
sebab kebetulan masa due date tu i ada keluar darah sket
pegi hospital cek
tapi tengok tade bukaan
tapi darah naik tinggi
tu yang lepas tu diorang yang pecahkan air ketuban
dan i kena tunggu lama gila sebelum bukaan sampai 10cm
i rasa itu la yang paling seksa sekali
dengan sakit belakang
pastu masa nak lahirkan zara
sebab i sakit
sampai tatau bila contraction
macam sepanjang masa pun i cuba untuk push her out
masa macam tu la yang sangat perlukan mr husband

semalam mr husband bitau yang nama dia di-nominated untuk pergi kursus di china
waaaah
i harap harap mr husband dapat pergi
i am happy untuk apa juga benda yang boleh meningkatkan potensi/prestasi kerja beliau

boleh tak tiba tiba i rasa macam nak berholiday
berholiday tu maksudnya bukan jalan jalan bagai
nak duduk hotel je
macam nak pegi sg klah ke
alaaaaa.... tempat tempat yang dekat dekat je
gila la nak beranak lagi mo pergi berjimba

tapi dah cakap dengan mr husband
nanti adik 2 months nak bawak pegi holiday
sebab zara dulu umur 2 months dah bawak pegi clearwater
pagi pagi buta dia mandi dalam sinki
sebab situ tade bath tub

zara three months pegi bukit merah
n zara 4 months pegi cameron
siap pegi boh plantation pakai short sleeve shirt
angin tiup dia gelak gelak hepi

so nanti adik pun nak buat macam tu
biar dia banyak berjalan macam kakak zara

i dapat satu nama untuk adik
tapi belum komfem mr husband nak atau tak
walaupun i ada juga cakap cakap pada mr husband
tapi mr husband diam je

dah
ini entry 2 hari lepas sebenarnya

on my thoughts and little zara

rasanya dah banyak kali i tanya soalan macamni
how do we know we met the right person
last sunday, i had a talk with mr husband
dan mr husband cakap
kalau jumpa orang di tempat yang salah, then kita jumpa orang yang salah la

how do we know that the place is wrong?
how do we know the person is right?

dalam Islam sendiri ada kata
kalau kita menemui jalan buntu
kita boleh beristikharah

tapi i berani jamin
ramai yang takut nak beristikharah
sebab takut jawapannya lain dari yang diharapkan

why so serious?
biasa la hormon nak beranak ni
mula la pikir macam macam
dulu masa nak beranakkan zara
i asyik pk macamana kalau kalau i mati
tapi this time around
i tanak mati
sebab i nak zara dan adik membesar dengan keluarga yang sempurna
benda yang mengganggu fikiran i adalah
macamana nak beranak
sebab i had a bad experience
dan satu lagi i adalah orang yang tak tahan sakit

tapi macam yang i dah beratus ratus kali cakap jugak
i bersyukur sebab mengandungkan adik zara
sebab Allah memang dah rancang baik baik
lepas je i mengandungkan zara
mr husband pulak sakit
kalau i tak mengandung waktu tu
mebbe zara takkan dapat adik sampai bila bila

semalam masa zara baru tidur
i pesan pada zara untuk jadi good girl
dia cuma tinggal beberapa hari je
lepas ni akan ada zara dan adik
dan zara kena belajar share kasih sayang degan adik

selama ni zara dapat all the attention
semalam masa i tengah baring baring tengok tivi
zara datang belakang i pastu kiss i
so sweet

sekarang ni memag dia suka datang dan kiss i
ataupun dia tiba tiba peluk
dia buat benda yang sama to her father jugak

semalam belikan foods untuk zara
nak re-stock peti ais
zara dah biasa ada banyak barang makanan dalam peti ais/freezer
kalau dalam freezer tu of koz la ais krim kan
kalau tak restock nanti zara tade benda makan
dan memang hobi dia adalah mengulang ke peti ais

kalau pegi rumah tok mama ke, rumah nenek ke, even kat tadika pun dia suka nak buka peti ais
tapi rumah orang orang tua kan
mana la ada makanan zara
stakat sayur sayur, cili boh ke, ada la

pastu malam semalam, masa i makan grapes
i rasa guilty plak
sebab it was supposed to be zara's

sekarang sudah 10.30 am
zara masih belum bangun
pagi tadi pukul 8 zara terjaga sebab dengar enjin kereta abah dia
bila terjaga mula la mengamok
sebab da memang biasa ikut abah dia pusing pusing sebelum abah dia pergi kerja
tapi tadi mr husband memang dah reverse kereta
dan i tau, i takkan sempat nak bangun dan bawa zara ke mr husband
so zara menangis jerit jerit panggil babah
dah nangis nangis
i buat buat tido
tak lama lepas tu dia diam sendiri
dia nampak susu, dia pegi ambil susu
baring sebelah i, minum susu dan tido
tu yang sampai sekarang tak bangun bangun lagi

i pun malas nak kejutkan dia bangun
biar je la
yesterday n the day before dia dah jadik little angel
dia dah pandai main dengan kawan kawan di school
kalau makcik favorit dia datang
dia akan ikut je makcik
sekali sekala bila dia rasa nak menyusu baru dia datang pada i

pukul 10.30 baru zara bangun tido
bangun je terus dia cakap
“abah work”
Banyak kali jugak dia cakap macam tu
Agaknya dia nak mengingatkan diri sendiri yang abah dia pergi work
So i cakap pada zara
“nanti malam baru kita jumpa abah okay”
Zara pun mengangguk sambil cakap okay
Sweet

Dah la kot
Nak buat kerja sikit
Nanti ada masa baru membelog lagi

Selasa, Jun 22, 2010

on zara's milestone

dah biasa sangat tido lambat
semalam lepas habis citer up i terus tido

pastu dalam pukul 10 terjaga
teman zara tengok upin ipin
tak habis pun upin ipin, zara dah tido
i pun terus la tido

pastu pukul 4 sengah mata dah terbuntang tak boleh tido
mula la basuh kain, lipat kain, kemas rumah sket sket
dah habis semuanya tatau nak buat apa
tengok tivi kang mengganggu zara n mr husband tidow plak
malas plak nak ejas brightness
leceh
patut tivi ni kena ada dark mode
macam laptop yang tak cukup bateri
kan dia akan jadi gelap

baru kejap ni tiba tiba zara bercakap
mengigau kot
sebelum tu i dok cium cium dia
dan bila i renung dia yang tengah tido tu
i just can't help smiling
who would've thought
budak kecik tu boleh buat hati rasa sangat calm, sangat hepi

semalam zara adalah real angel
i rasa first time kat tadika dia tade buat perangai langsung
she just mind her own business
tade la nak berkepit sepanjanhg masa

macam tu la baby girl mama
behave

tatau la ada kaitan ke tak
sebab throughout the weekend
i asyik cakap kat zara
yang nanti dia kena pegi school
bukan school dengan mama
dan setiap kali i cakap dia akan angguk angguk kan kepala dia
mungkin sebab tu dia behave kot
sebab dia nak school dengan i

zara's new achievement for yesterday was
dia sudah pandai buka seluar sendiri
yay!!! clap!! clap!!!

sekarang ni
apa je benda yang dia nak tahu
dia akan cakap "apetu... apetu"
i tatau dari mana dia belajar
tapi sejak seminggu ni dia memang dok cakap apetu kalau dia nak tanya
pastu sekarang ni suka ajuk apa yang i cakap
i rasa dia nak belajar words
bila dia tanya apetu
dan bila i jawap
dia akan ikut balik apa yang i cakap

pastu
i rasa normal la parents sekarang ajar anak multi-language
macam beberapa perkataan yang i saje je cakap english dengan zara
contohnya macam shoes, socks, fish, bird, careful, clean-up
dan lain lain lagi basic words la

yang mr husband ni
tak habis habis nak cakap melayu
i ajar thank you n welcome
mr husband ajar terima kasih n sama sama
i ajar careful
mr husband ajar hati-hati
dari kecik zara biasa sebut fish kalau nampak ikan
semalam i terkejut dia sebut ikan masa dia nampak gambar ikan pada kasut dia
abah dia la ni ajar cakap ikan

haaaihhhh la mr husband ni
pada i
perkataan bahasa melayu ni memang ada pada tip of her tounge
banyak je perkataan yang i rasa dia tau secara semulajadi
waktu ni la pun nak ajar dia 2nd language

sekarang zara tengah dalam proses nak belajar abc
bukan la sampai tahap mengenal huruf
baru nak belajar sebut je
kalau numbers, yang dia paling suka sebut ialah three four
kadang kadang tengah babbling tahapa hapa
dia akan cakap juga three four

semalam masa bawa zara pegi billion
laju je tangan dia ambik toys
mana yang dia suka dia akan ambil
i tak kisah la apa toys yang dia ambil
asalkan dia belum ada toys tu
pastu dah nangis nangis sebab nak tricycle
nak kereta tolak tolak
padahal kat rumah dah ada
menjerit jerit dia dalam billion tu

tapi toys yang zara beli tu
balik rumah dia buat tatau je
tak main pun
dah banyak sangat toys yang masih dalam plastik/kotak dan tak buka buka

selain beli toys
i belikan zara slipper rumah
alaa... yang pakai dalam rumah
yang tebal tu
sebab zara selalu pakai slipper barney i
kadang kadang tu dia pakai sebelah
dan dia suruh i pakai lagi sebelah
mr husband memang suruh cari selipar yang untuk kids
seb baik semalam jumpa
bila zara nampak je slipper tu
terus dia duduk dan nak cabut kasut yang dia tengah pakai
dan nak pakai slipper tu
so berjalan la dalam billion dengan pakai slipper kain

kan dah 2 minggu cuti sekolah
2 minggu la tadika i kosong sunyi sepi
semalam i rasa seronok sangat tengok ramai budak budak
agaknya memang la tu keseronokkan i
kecintaan i
dan i rasa i'm doing the right thing by doing the thing i love most

memang la kadang kadang ada rasa envy tengok orang pegi ofis
pakai baju lawa lawa
mekap lawa lawa
i pun rasa nak jadi camtu
tapi.....
adakah i akan rasa happy kalau macamtu?

ok
it's 5 past 6
nak buat apa lagi pun tatau
rasanya pagi ni macam nak pegi checkup
malas nak pegi petang
i nak berehat rehat dulu
mata pun cam ngantuk

ape kes rasa nak tido subuh subuh ni???
tadi sket pnya segar

Ahad, Jun 20, 2010

berapa banyak entry la kan nak buat dalam sehari
sukati la
hepi dapat leptup baru
sampai semua dah tidow pun i masih jadi burung hantu

cerita pasal makan makan
hari jumaat i memang tak makan
petang tu keluar ke jusco ingat nak makan dalam jusco
nak tengok movie, full plak
bawa zara pegi playground kat foodcourt tapi mr husband tanak makan kat foodcourt
i bagi opsyen pada mr husband
either kenny rogers, secret recipe or chicken rice shop
mr husband nak tcrs
so kena la pegi tesco

tapi
on the way ke tesco tu
mr husband cakap ada perlawanan bola tm n mbi
dan sebab ada staf dia main
dia pun agak berkobar kobar nak pegi tengok
mr husband konfiden je kata kat padang greentown
bila pegi nampak cam budak budak je yang main

rupa rupanya perlawanan kat ipoh padang
jadi we all pun melepak kat ipoh padang sampai game habis
dah habis baru pusing balik ke tesco
punya la kebulur
makan pun cepat je habis
air pun habis satu jug
biasa ambik air satu jug tapi misti tak habis
dan untuk kali pertamanya
i rasa makan kat tcrs murah
biasakitorang makan misti dalam 50-60
kalini cuma rm39 je
padahal rasanya ambik makanan yang sama
i akan ambik set sebab kitorang nakkan air satu jug, zara ambik kid's set, mr husband ambik single meal dan extra rice
memang setiap kali pegi pun benda yang sama
i siap check receipt takut derang salah kira
tapi nampak cam betul je semuanya
harap harap nect time pun murah camnih la

hari sabtu pulak
pun sama kitorang tak makan makan
memula mr husband ingat nak online order pizza
tapi bila tengok total dah almost RM80
so kita cancel
bila petang kitorang paksa diri keluar
sebab kalau tak keluar
komfem tatau apa nak makan
i carik jugak dalam net kalau ada apa apa info pasal father's day buffet
tapi impiana punya father's day buffet starts on sunday
tower regency cuma ada international lunch yang mana kita dah terlepas sebab dah pukul 3.50 petang

masa keluar tu memang tade idea langsung nak makan mana
i cam nak rasa six pack burger king
tapi kalau beli burger king kena drive thru je la
restoran bk adalah sangat sempit dan sangat crowded
retoran favorit, la casa sudah tutup perniagaan
padahal kitorang memang suka maan kat situ
sangat cozy dan kadang kadang sampai terasa macam we are the only customer yang makan kat situ
setiap kali pegi, misti tade orang

pastu i cakap kat mr husband
kalau tesco st18 ada pizza, kfc n ayamas je
dan mr husband teringat ada laksa shack di situ
jadi kita pun pegi la ke st18
lucky
ada pun tempat makan
mr husband kata, kita patut buat list tempat tempat makan yang kitorang suka
so that kalau tatau nak makan apa
oleh refer list

alang alang dah pegi tesco
i cakap pada mr husband yang i akan masak on sunday
mr husband nak makan nasik lemak dengan sambal telur dadar dan air asam jawa
lepas makan kita pun beli bahan bahan untuk masak esok

oh,
while eating kat laksa shack tu
mr husband ada cakap pada i something yang makes me think
we (mr husband n i) adalah si kuat makan
maca kita berbelanja besar untuk makan sahaja
some people tak berapa peduli pasal makan
tapi duitnya dihabiskan untuk beli accessories or modify kereta ke
ada juga orang yang setiap bulan ikat perut supaya boleh melancong
ada yang sanggup menjelajah segenap pelosok sebab nak memancing
ada yang suka beli perabot
ada yang suka beli baju, mekap

lucky mr husband n i suka benda yang sama iaitu makan
senang
sementara tuhan belum tarik nikmat tu
baik gunakan sepenuhnya kan
hehehehehhehehe

dah makan laksa shack sampai buntat
bila pukul 10 malam
perut sudah lapar balik
so i goreng la nugget n drummet buat alas perut
tapi mr husband n zara bukan nak makan alas perut
while cooking zara asyik berulang ke dapur mintak grapes
yang comelnya bila dia hulur mangkuk pada i
dia akan cakap "agi...." pastu dia tunjuk ke depan dan cakap "abah"
mungkin dia nak cakap abah yang nak grapes atau abah yang suruh mintak
tapi i tau mr husband bukannya makan grapes sangat
pandai la zara guna nama abah dia

habis tambah grapes tiga mangkuk
i pun siap menggoreng
zara yang belum kenyang tu pun sama je laju makan nugget
bila dah habis
rupanya mr husband belum kenyang
so i goreng lagi 1 batch

sebelum ke dapur tu secara tak sengaja i terlanggar bantal dan terjatuh
punya la bisin si mr husband
niat i lalu situ adalah untuk ambil wipes untuk mr husband sebab dia malas bangun untuk basuh tangan
punya la niat suci murni
sekali kena marah

well
kalau zara jatuh pun kadang kadang i akan marah
sebelum pujuk dia yang tengah menangis, i marah dulu
i marah sebab i nak dia careful
i tanak lain kali dia jatuh sebab jatuh tu menyakitkan
sebab i sayang dia dan tanak dia hurt

so i tanya mr husband
kenapa dia marah bila i jatuh
i was kinda expecting dia cakap sebab dia sayang i ke
dia care pasal i ke
skali dia cakap
"sebab u are carrying my son"
oh. lantas i dah tatau nak cakap apa
memang jangan harap la dia nak cakap he loves me or whatnot

cakap pasal mr husband
dia dah macam eksaited nk sambung belajar
rupa rupanya susah nak cari uni yang menawarkan course engineering secara pjj
dulu ingatkan nak ambik apa apa course
lebih senang lebih bagus
tapi superior dia kata kalau ambil engine, boleh pegi mana mana dalam kampeni
kalau ambik pengurusan mebbe cuma boleh pegi hr atau finance
mr husband suka kerja yang dia buat sekarang
i rasa dia nak stick to the same dept kot
i harap yang terbaik untuk mr husband

walaupun dia dah berangan nak ngorat aweks aweks student

dulu masa i muda muda i jeles la kot
tapi sekarang i dah neutral
lagipun i rasa i percaya mr husband itu
lagi satu
ada ke awek awek nak si gemok i tuh
ahahahahahahah

kalau difikirkan
kalau mr husband tak sayang i
tadenye dia nak habiskan +- 7 years dengan i sebelum kita kawen
kalau dia tak sayang i
lama dah dia boleh berchenta dengan orang lain
i bukannya lawa macam model ke artis ke
kaki pun pendek
kulit pun gelap

mebbe benda yang mengikatkan mr husband n i adalah chemistry
kesefahaman dan keserasian
so i guess, there's nothing to be afraid and worry of

dah
sakit perut plak
kan elok kslau i terus tido je tadi
misti pagi esok baru sakit perut
pagi esok baru perlu pegi toilet
malasnya nak bangun pegi toilet
haaaaiiihhhh

Sabtu, Jun 19, 2010

on myself, new laptop, and little zara

okeh
i sudah ada leptup baru
terima kasih mr husband
i heart you lots
-gile materialistik
tade la
kalau tak kasik i leptup baru pun
i sayang jugak banyak banyak

barang barang yang nak dibawa ke hospital i dah siap
cuma belum betul betul susun je
baru campak campak
tadi pun dah pegi beli barang barang yang belum dibeli

rasanya preparation untuk baby dah cukup kot

nanti bila baby lahir
i dah pesan pada mr husband
untuk pakaikan zara baju baju baru
sebab baby kan nanti hari hari pun pakai baju baru
so for zara pun i dah prepare baju baju baru
rasanya seminggu lepas adik lahir zara boleh la sentiasa pakai baju baru
tade la i rasa bersalah sangat pada zara

oh
minyak yu yi belum beli
zara punya tuam pun i tak jumpa
sebab baru baru ni i ada pakai untuk tuamkan zara
pastu mana i campak tatau
nak pakai tuam yang sama untuk baby sebab dalam tu ada pusat zara
orang dulu dulu kata dalam tuam tu kena letak pusat adik beradik
supaya mereka sentiasa sepakat membawa berkat

monday ni sekolah dah buka
i ada misi yang agak mencuakkan
hihihihihihi
tapi banyak benda kena buat
harap harap semuanya akan berjalan lancar
kalau semuanya okay
insyaAllah i boleh berkembang dan jadi lebih stabil

pada masa yang sama i'm counting days untuk bersalin
waaahh... makin sakit okay sekarang ni
sakit pun
i'm thankful dengan rezeki yang tuhan bagi
semoga adik lahir dengan sihat, sempurna, cukup sifatnya
dan semoga i berjaya mengharungi detk detik nak bersalin tu

tadi i dah cakap dengan mr husband
confirm next year i akan hantar zara pegi school
mr husband tanya sekolah mana
misti la zara tak boleh duduk dengan i
no matter how good i rasa sekolah i pun
walaupun i tak ajar zara
tapi i tengok zara tak boleh kalau i ada

antara pilihan i setakat ni
untuk di ipoh ni la
tenby international school
tu pun kalau i mampu nak bayar school fees yang riban riban tu
selain tu, mebbe i nak tengok kinderland ke, mariaville ke
hehehhehehe
berangan sampai langit hokkay

dah la kot
mr husband dok main main ngan zara
i pun rasa nak main denan derang

Selasa, Jun 15, 2010

perlu ke?

perlu ke i privatekan belog i ini?
biar i sorang je boleh baca
lagipun, bukannya ada ramai pembaca pun
orang yang baca pun rata rata i kenal secara physically
dan kadang kadang, itu yang menyebabkan kekusutan

sebab mr husband sudah mula fikir ada yang terasa hati dengan entry i
sampaikan mr husband dah rasa nak ajak i bersemuka dengan the particular person yang mr husband rasa i telah sakitkan hatinya

for the umpteenth time
i nak bitau yang i tade intention untuk hentam mana mana particular person
except si pompuan bangsat yang keje kat jusco yang buat sombong dengan zara walaupun zara senyum senyum pada dia

sudah la
setakat keje jusco
jadik promoter je
bukan lawa pun
tak payah la nak belagak dengan zara, dengan family i
pastu bukannya waktu tu kitorang nak beli barang seploh ringgit
kalau dia makan komisyen, banyak dia boleh dapat kalau we all beli barang dari dia

memang la
kata la i nak mengata orang pun
memang i nak mengata
kalau boleh i nak lempar kasut zara kat muka dia

sekarang zara tengah nangis
i tengah serabut
i biar je dia nangis

tapi seriously
i memang tengah serabut
i dapat surat yang menyesakkan otak
i menghadapi customer yang masih tegar untuk membayar hutang
dan ada banyak benda yang kena diselesaikan disebabkan surat itu

mungkin pada certain people apa yang i hadapi ni tak besar
tapi still, pada i pening jugak
dah la i nak beranak bila bila masa

dah la
tanak cakap apa apa dah

Isnin, Jun 14, 2010

tak sabar nak tunggu +- 2 weeks
nak dapat netbook baru

jadik la netbook pun
kan si dell kesayangan i yang ada banyak citer upin ipin + gams + movies yang super duper bes sudah kena sambar petir
( seb baik laptop yang kena sambar petir, kalau i kena sambar petir?)
pastu nak ganti mobo kena RM1.2K
sebab warranty telah luput

semangat nak berbelog tade
semangat nak bayar bil telepon + streamyx pun tade

nanti dapat leptop baru kena start balik kumpul benda benda yang i pernah kumpul dulu
buat bekalan di waktu dalam pantang

eh zara dah nanges
tata

Sabtu, Jun 12, 2010

dari pagi tadi mr husband cakap
kalau i nak tengok cerita lbs tu, boleh saje
tapi macamana i nak cek sebabnya i tade laptop
(macam tak boleh buat phone booking kan)

kesudahannya lepas mr husband balik keje
beliau cek di internet
lbs pukul 9 malam
yang paling awal ada cerita karate kid
which mr husband nak sangat sangat tengok
so kita siap siap
pergi gsc
while mr husband berbaris nak beli tiket
i berbaris nak beli popcorn
bila mr husband datang kat i
dia kata tiket ada
tapi depan skali dan tepi

so tak jadi dan kita ke tgv
pun karate kid dah full
i tak tengok lbs sebab i tau mr husband tak berminat
so we end up buying ticket for the killers

bought 3 seats
duduk je zara terus cakap shhhh
dia plak pandai soh we all diam
dia sibuk makan popcorn

zara sangat behave waktu tengok movie
next time i boleh la bawa zara tengok movie lagi
throughout the movie
zara adalah angel
mebbe sebab sebelum tu kita dah melantak kenny rogers sampai kenyang

petang tadi i ada anta sms berantai pada mr husband
panjangnya 10 pages
i wrote the sms dalam keadaan upset dan tired
luckily mr husband reply dengan benda yang menyenangkan hati

oh
ada benda yang i nak clarify
dalam my entry titled my sweet zara
mr husband kata dia rasa macam i menghentam some particular people
which actually
i dont have the intention to do so
i cuma meluahkan apa yang i rasa

biasa la kan
kita misti akan sayang anak sendiri
dan kita akan hurt bila orang buat apa apa yang tak bes pada anak sendiri
kita sentiasa nak orang berbuat baik pada anak kita
tak kisah la sesiapa pun
besar ke, kecil ke, kita nak orang treat anak kita baik baik
tu je la

i dah melalut ke?
patut la pun
its already past midnight
i teruja sebenarnya guna internet kat rumah
orang baru install streamyx kat rumah la katakan

mr husband ni
harap sajos bekerja dengan kampeni talipon
dah lama baru mo install streamyx di rumah sendiri

tak bulih tidow plak
mr husband ni tadi dia yang beria ia tengok batman
ni dah berdengkur
luckily mr husband bukanlah peminat bola tegar
jadi tade la asyik kena tengpok world cup je

tata
esok kita nak balik ampang

Isnin, Jun 07, 2010

my family




saje je nak letak gambar the three of s during ain's wedding

Rabu, Jun 02, 2010

my sweet little zara

i memang agak takut
sebab zara masih belum berhenti menyusu badan
i cuba untuk kurangkan
tapi lagi nak kurang, lagi zara kerap nak nenen
makan pun takmo
cuma before going to sleep di waktu malam
dia tak perlu nenen

haritu masa balik kl
my mil sudah sound
sebab i cakap kat zara
"zara ni asek nak nenen je"
so my mil cakap
"dah mama dia yang ajar"

sah sah la i ajar zara menyusu
tapi sekarang zara dah besar dan i nak ajar zara stop menyusu
tapi belum la sampai tahap nak letak kopi ke, ubat gigi ke
sian anak i

dalam entry pasal balik kl dulu,
i ada mention benda aneh berlaku
kali ni pun ada jugak
eheheheheheheh
tapi seb baik mr husband ada
dan i takkan ambil hati sangat kalau ianya berlaku pada i
tapi kalau it happen to zara
habis laaaaaaa

i akan sangat KECIL HATI kalau melibatkan orang yang i sayang
in this case ialah zara
macam kalau orang tak pedulikan zara ke
orang tanak main dengan zara
orang tanak jaga zara
orang lebih favorkan orang lain rather than zara dan sangat tunjuk yang zara ni adalah least favourite
bila zara nak main dan tak dapat

zara biasa dapat all the attention
zara biasa dapat apa yang dia nak
memang anak i garang
tapi zara bukan jenis berebut
kalau tak dapat, dia menangis
dan itu yang meluluhkan hati i

kelmarin we all pegi jusco
mr husband nak beli g shock
memang mr husband nak
masa tengah tengok jam zara senyum pada promoter tu
senyum sampai pejam pejam mata
tapi si bangang tu buat bodow je
i cakap kuat kuat pada mr husband
yang intention i adalah nak si bangang tu dengar
i kata "beria-ia zara senyum, orang tanak senyum pun kat dia"
so without saying anything mr husband terus tolak trolley and we left

boleh buat taik pada mr husband n i
tapi jangan sesekali cuba nak mess around dengan zara

kata la anak i spoiled pun
memang i tau dia memang sangat spoiled
there are times yang i sendiri pun tak tahan dengan dia
memang i akan marah juga

kata la ada orang pegang toys
dan zara nak
i akan belikan toys tu untuk zara
mr husband laaaaaaaaaagi la akan buat benda yang sama
in a way, we know, we are spoiling zara
tapi sampai ke hati tengok zara nak permainan orang
dan orang tanak bagi
dan akhirnya anak i akan menangis

sebab tu juga
kalau duit kurang dari rm10
jangan berani berani bawa zara pegi groceries shop
zara akan ambil macam macam
dan sampai hati ke nak say no pada barang barang yang dia nak?

memang la ada benda yang we will ask her to put back
kalau benda tu memang tak relevan
macam takkan la tiba tiba nak beli sos tobasco plak
ataupun dia nak lolipop tapi dalam peti ais kat rumah pun ada lolipop lima nam batang

zara dah pandai count
i sangat suka
kalau i cakap one
zara akan terus skip ke three
pastu bila cakap three, zara akan cakap four

cara zara count ialah, one, ti, fo, fai, sik, fen, et
nine ngan ten belum hafal lagi
dia sangat suka menconteng
dah pandai conteng dinding rumah
pantang nampak pen atau pensel
dia misti nak cari kertas

dia sangat suka upin ipin
cerita kat phdc
dia dah tau differentiate antara dog n miow
tapi masih takut pada kedua dua haiwan tu
dia recognize semut dan nyamuk dan boleh sebut kedua duanya
dia tau kaau tengok orang sakit
kalau geli dia akan cakap eeeeee sambil buat muka
suka gigit mr husband n i
suka korek hidung pakai toes
tadi dalam kereta dia berdiri sambil nak korek hidung pakai kaki
tapi malangnya tadi dia pakai shoes
dan dia still mahu mencuba
dah kelihatan sangat funny

waaaaah mr husband baru called
dia sudah check-in
nanti la pukul 3 baru zara n i pegi