Khamis, Januari 28, 2010

checkup

pegi checkup
macam biasa
darah misti tak cukup
dari 11 dah tinggal 10.4
jadi ubat dari 2 bijik kena makan 4 bijik

lain ok
tapi i tak suka sebab dia tak cek heartbeat
tak bole i nak dengar heartbeat yang macam bunyi kuda berlari tu
tapi takpe
next month scan

eh
yang lain bukan ok
berat badan katanya naik mendadak
last month's weight was 42.3
this month is 48.1
yang mana i cakap kat dokter
adalah sangat mustahil

i rasa berat 42.3 tu tipu
i cakap biasa berat i adalah dalam 48 to 50 kg
kalau 42kg tu, it was like 10 years ago

eh
dah la
i nak balik rumah
tataaaaaa
later later la sambung

Rabu, Januari 27, 2010

on journey

hari isnin petang haritu i dengan zara pun memulakan mission impossible kitorang
semata mata nak pegi jumpa mr husband(for me) / abah (for zara) terchenta
eeuuuwwwwww~

i cam dari tengah hari bizi
nak siap beg la
nak meninggalkan amanat pada pekerja la

i tak pernah tinggalkan tadika
tu yang bila first time i tak datang
i kena arrange macam macam
supaya tak kelam kabut

tengah tengah bizi tu
mak n abah pun dah sampai
dah almost five pun masa tu
train pukul 6
i baru la terhegeh hegeh nak mandi
zara pun nak mandi
nak bersiap

dalam pukul 5.10 kita pun gerak ke train station
dekat dekat lima sengah sampai

zara nanges nanges nak ikut tok mama n atok
tanak ikut i naik train
ini adalah first time zara naik train

tapi terpaksalah zara berpisah juga dengan tok mama kan
sementara tunggu train jalan
i main main la dengan zara

sebab nak dijadikan cerita kan
sampai kat slim river tren rosak
tade letrik
lampu tade, aircond apetah lagi
masa tu pun masih pukul 6 lebih
tade la terasa sangat gelap

zara masih boleh main main
dan nasib baik ada orang jual makanan
boleh la beli junk food

dari sebelum naik tren i memang saje tak makan
sebab ingat nak bawa zara pegi cafe dalam train
nak mengisi masa lapang

skali tade letrik
semua rancangan dah tergendala

sampai tanjung malim
kena tukar train
orang orang ktm soh i cepat cepat sebab katanya tren baru tu cuma ada 2 coach
lambat kang tade tempat plak
dengan nak bawa beg
dengan baru terhegeh hegeh nak kemas barang
dengan zara tak pakai kasut
tapi dapat juga la seat for zara n i

naik tren berelektrik ni zara sangat hepi
main main
main dengan cermin
sebab kan dah malam
jadi nampak la refleks diri sendiri
dia seronok la main
main dengan orang belakang seat

tapi sampai boring la
bila boring
dia nak menangis
nak nenen
tapi tanak tido
dalam pukul 10 malam baru sampai kl

mr husband n my mil dah siap tunggu

oh
it was mr husband's birthday
i didn't wish him happy birthday
sebab i dah cakap awal awal
i tanak wish him happy birthday
i'm not going to give him card as i usually did for the past years
and i'm not giving him birthday present
which mr husband kata
i misti akan bagi kad, bagi present sebab it's my nature
this time i dah berjaya tunjuk yang i can be against my so called nature
i buat bodo je

pagi pagi buta mr husband dah bangun untuk pegi darusyifa'
tinggal zara, my mil n myself je kat rumah
i rasa la kan
misti my mil sangat hepi
sebab zara mengikut je mana dia pegi
jadi anak kucing
sambil mulut bising cakap cakap

dalam pukul 3 petang kita dah gerak balik ipoh
mr husband nak sampai awal
sebab nak prepare ubat untuk malam
i rasa cam dia kena mandi before maghrib kot
kena tumbuk daun la
dah macam tu baru la terhegeh hegeh nak beli lesung batu
selama ni pakai blender je

eh
nanti la sambung

Isnin, Januari 25, 2010

on zara, movie and mr husband

hari sabtu haritu
our little family dah berjaya pegi tengok adnan sempit
it was zara's first experience to the cinema

memang agak cuak juga la
memmang dah pikir kalua zara mengamuk
sah sah kena keluar

luckily
zara enjoys herself
walaupun before movie started ada preview cerita seram
zara rilek je

and as the lights dim off
pun zara masih rileks
sibuk makan popcorn

sambil tengok movie
orang gelak
dia pun gelak
tengah tengah cerita
dia nak nenen dan tidow
bila bangun
sambung tengok movie
gelak gelak

thank you zara
next time kita boleh tengok movie lagi

mr husband pegi kl pagi tadi
tak say goodbye pun kat zara n i
i sedar
tapi malas nak bangun

dalam pukul 7 pagi zara bangun
mula mula dia main dekat dekat dengan i yang tengah nak sidai baju
pastu agaknya baru dia teringatkan abah dia

zara pun cakap
"hooooo.....babah"
pastu terus jalan laju laju ke bilik belakang
(bilik belakang tu tempat mr husband tidow)
dia tengok bilik gelap
tade babah dia atas katil
dia renung plak bilik air mr husband
pun gelap

i dah rasa nak nanges tengok zara cari abah dia
las las zara panggil i
ajak pegi kat fridge
dia nak makan

so i called mr husband
i cakap pasal zara
and i told him that i'm going to kl tonight
hahahahhahahahahah

Khamis, Januari 21, 2010

movies

las skali i tengok movie adalah di galaxy ampang
the day zara was concieve
hahahhahahahha
that was on 25th January 2008
mr husband's birthday

sebab tu la between mr husband n i
kita selalu panggil zara as mr husband's birthday present
mebbe sebab tu la zara sangat ikut mr husband

kecuali kembang kempis idong zara
itu sangat ikut i
kalau cakap ke
nanges nanges ke
jerit jerit ke
idung selalu kembang kempis
i pun tatau cemane nak kontrol
zara misti la laaaagi tatau cemane nak kontrol

lari topik plak

dulu masa cite senario
beria ia la nak tengok
tapi tak jugak tengok tengok

last weekend mr husband ada cakap nak tengok adnan sempit
sebab tengok dalam iklan macam kelakar
tapi biasa la kan
cakap je nak tengok
tade jugak pegi tengok

so harini
dengan gigihnya
i pegi daftar tgv online
booking tiket
terus buat payment

haaaaaaaa
sebab dah bayar kan
misti la macamana pun nak pegi jugak
kalo tak kang mesti rasa cam rugi
tapi kena jugak buat macam ni
kalau tak sampai bila bila la kitorang takkan pegi

sebagai seorang first-timer
i yang macam jakun ni rasa seronok booking online
sebab boleh pilih seat yang disukai

i amek tiket paling awal on saturday
pukul 11.30 pagi
i rasa waktu tu jusco pun baru nak bukak
budak budak remaja pun baru nak keluar rumah
ada possibility la tempat tak sesak sangat

of koz la kena bawak cik zara
kalo tak sape plak nak jaga budak kecik tu kan
harap harap zara ok je
supaya tade la halfway dah ekna keluar
ataupun citer belum start dah kena keluar

Selasa, Januari 19, 2010

on holiday

hotel booking dah confirm
mentang mentang le chinese new year
skali dengan v-day
hotel hotel ni suka hati je naik harga melambung lambung
minci i tau

so nanti 13 feb insyaAllah the three musketeers ni akan pegi Penang
to attend a wedding
harus la pegi kan
sebab masa kitorang kawen dulu
orang ni duduk rumah mr husband berhari hari
banyak yang ditolongnya

beside the wedding
ada benda yang menyebabkan i berkobar kobar nak pegi penang
hikhikhikhik
i cam dah buat mental-note on things to buy/to do there
nak beli clarks shoes for zara, asyik melanyak satu kasut je. kasut pun dah nak buruk.
nak cari some new sleepwear for zara
maybe some new clothes for me
benda benda yang tade kat ipoh ni

pastu i kena carik balik zara punya pelampung
misti la nak bawak zara mandi swimming pool kan
tengok gambar cam cantik je

tengok la nanti cemane
nanti dah balik i buat review
kalau bes i recommend
kalau tak bes
nanti i hantar surat complain kat management derang
hikhikhik

demam, kuning, sejuk

lepas makan ubat
rasa sangat mengantuk
macam nak pengsan

pagi tadi pun pegi keje lambat
badan rasa sangat tak sihat
itu pun paksa jugak badan ni bangun

dah la mr husband tak sihat sihat
zara pun selesema juga
semalam meragam je

semalam masa pegi klinik
all the three musketeers mendapatkan rawatan dokter
haaaaaaaa
hamek kau

keluar dari klinik
zara menjerit jerit
nangis nangis tanak masuk kereta
rupanya dia nak pegi seven eleven
dia nak slurpee
sampaikan bila mr husband ambik slurpee sebab nak minum sket
zara menjerit jerit panggil abah dia

punya la kedekut slurpee anak i tuh
dan i tak sangka plak zara ingat ada slurpee dalam seven eleven

haritu pun camtu jugak
dalam 7-11
tiew ambik slurpee zara
zara terus pegi kat tempat slurpee
ambik cawan lain
mebbe dia nak ambik slurpee lain
dia tanak share slurpee dengan tiew

now
i'm craving for cold mangoes with cold kuah rojak
hahahhahahahha

dulu
masa mengandungkan zara
my sister ada cakap
jangan makan ayam banyak sangat
nanti anak kena kuning

biasa la
i kan degil tegar
i takmo dengar
i makan ayam banyak banyak

kebetulan plak
masa mengandungkan zara
i sangat tak suka makan seafood
padahal sebenarnya i memang sangat sukakan seafood
tapi masa mengandungkan zara
udang pun i tak makan
tengok udang pun rasa nak termuntah
i yang tak makan sate
sebab mengandungkan zara
i sangat suka makan sate
lepas bersalin
i dah tak boleh makan sate balik

rupa rupanya bila zara lahir
dia memang macam carbon copy mr husband
patut la perangai sama
suka makan sate la
suka makan ayam
tak suka makan seafood

kali nih
luckily
i memang tak suka makan ayam
dan i suka makan seafood
jadi i harap harap anak i takkan kena kuning

dan i jugak berjanji dengan diri sendiri
takkan makan apa apa jenis ubat/herbs
sebabnya masa zara kena kuning haritu
dokter saspek sebab i makan ubat hpa

of koz
ada orang yang tahan
jadi anak dia tade la kena kuning

i jatuh dalam kategori orang yang tak tahan

jadi untuk selamat
i tanak amek apa apa medication bila i bersalin nanti
tapi i berjanji dengan diri sendiri untuk pakai bengkung
supaya perut yang kembung macam ikan buntal ni boleh kembali ramping

haritu dokter cakap baby masih berada di bawah perut
so i tanya
"kenapa perut saya besar?"
dokter cek dan dokter kata "ni angin je. dulu lepas bersalin misti tak pakai bengkung kan"
i mengiya kan je la

tapi i pun boleh agak la kenapa perut nih penuh angin
i kuat makan benda benda sejuk
minum air sejuk
even jeruk pun i letak dalam freezer
supaya bila i makan rasa beku macam aiskrim
chocolate, snacks, sweets, fruits, semua i letak dalam fridge
supaya i boleh makan sejuk sejuk
kalau room temperature i takmoh makan

sebab tu la i berjanji akan pakai bengkung lepas bersalin nanti

Khamis, Januari 14, 2010

carta ramalan jantina bayi



ini ialah carta kuno dari Peking, China. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan ianya semakin popular apabila ramalan carta ini kebetulan 99% tepat.

cara cara nak tengok ialah

1. tengok umur ibu sewaktu bayi dijangka dilahirkan
2 . tengok bulan berapa bayi dijangka dilahirkan

kalau ikutkan
masa i mengandungkan zara dulu
ramalannya tepat
masa tu i umur 26 dan zara dilahirkan dalam bulan Oktober

masa tu i tak ambik pusing sangat
be it a boy or a girl
i terima je
sebab i sangat eksaited nak ada anak

lagi satu sebab ialah
sepanjang dalam kandungan
little zara tak pernah nak tunjuk samada dia lelaki atau perempuan
setiap kali scan misti tak nampak

tapi mr husband kata hati dia kuat kata it's a baby girl

for the coming baby
kalau dapat boy
bagus la
ada la sepasang
else,
hidup mr husband akan dikelilingi oleh perempuan je la

yet still
we don't mind
as long as the baby is born safely, normal, and healthy
we are going to be happy enough

Rabu, Januari 13, 2010

on food and cooking

lama dah dapur rumah i tak berasap
beras yang lima kilo tu pun dah berapa bulan tak habis habis
las skali dapur tu betul betul berasap pun masa i buat entry yang i mintak mr husband masak koayteow goreng

lelain tu stakat mr husband masak megi untuk diri sendiri

semalam
i rasa agak guilty pada mr husband
sebab dah lama i tak masak untuk beliau
nanti esok esok dia lagi sayang orang kedai macamana
sebab kedai je yang dok feed dia

so smalam i bitau dia kalau ada apa apa request untuk makan malam bitau la
nanti i masak

petang tu dapat sms
mr husband nak makan nasik lemak sambal telur atau nasik goreng

tak mencabar la kan masak nasik goreng
so i opt for nasik lemak n sambal telur

balik dari tadika
i pegi mart
beli bahan bahan

pukul 6.15 sampai rumah
mula la proses nak memasak
kali ni termasuk kupas bawang
sebelum ni kan i beli bawang yang dah siap kupas je
tapi bawang tu kena beli kat pasar
mana ada pasar bukak petang petang

pukul 7 dah siap nasik lemak
sambal telur dan sambal sotong
weeeeee
masih belum hilang skill lagi neh
hikhikhik

tapi i rasa
lama lagi la baru i masak balik
sebabnya habis masak i dah penat
lepas masak nak kena mandikan zara

nak mandikan zara dah satu hal
kena kejar kejar dulu
dia nak lari lari b4 bukak baju
dah bukak baju pun lari lari lagi

haaaiiihhh (sambil mengesat peluh)

mr husband
lagi 3 bulan baru i masak lagi ye

Selasa, Januari 12, 2010

on name, zara and life

i rasa
kalau dapat baby boy
i dah fikir satu nama
tapi i tatau mr husband nak ke tak
semalam i dah sms mr husband nama tu
tade plak dia reply

kalau bay girl
i belum jumpa nama yang sesuai
dulu kan i nak nama ayra maisara
tapi tu untuk baby yang dah tade
so i will just keep the name

sebab i rasa macam nama zara tu lembut
kalau dapat baby girl lagi
i kena carik nama nama yang kedengaran lembut jugak la
kang tak match plak

i cam terfikir nak bagi nama hani

tengok la

_______________________________________

zara ni makin lama makin nakal
kalau kat rumah dia memang tak reti duduk diam
ke sana sini je
panjat sana
panjat sini
nasib baik rumah i tade tangga
kalau ada tangga mau sehari 24 kali dia turun naik

pantang sape je bangun untuk ke mana mana
dia misti akan ikut

dan dia paling suka pegi fridge
nanti mula la nak suruh dukung
nak itu dan ini

peti ais i
bahagian beku di pintu bawah
sebab tu la kena dukung zara

bila zara dah semakin besar ni
i makin risau
sebab tau
masa sangat cepat berlalu
sedar sedar nanti zara dah besar

nanti dia dah nak tinggalkan mr husband n i
nak sambung belajar la
pastu nak kawen la

haaiiihhhhhh

harini mr husband ada checkup
harini la dapat keputusan blood test n xray
i harap tade apa apa yang serius

ok
dah
i yang pemalas nak tulis blog
walaupun banyak benda yang i nak tulis
i kan pelupa
nanti benda benda bes yang berlaku i lupa camtu je sebab tadi tulis

anyway
ni copy of email yang i anta kat mr husband

tadi zara nangis nangis nak beg sekolah macam everybody else
lepas kelas tadi zara ambil budak punya schoolbag
bila budak tu nampak
budak tu nak ambil la balik
zara nanges nanges
dia tanak schoolbag dia yang warna pink
dia nak schoolbag krista yang kaler yellow

i pun bagi
zara pun hepi
dan dia asyik sangkut je beg tu kat bahu
dan bawa ke mana pegi
tengah baring minum botol pun nak pegang beg

cedih cedih
zara dah besar

Jumaat, Januari 08, 2010

kejadian yang tidak disangka sangka

semalam
kejadian yang sangat unsangkarable berlaku
i balik rumah
sebab adik i cakap ada notis potong letrik
dan rumah i kena potong letrik
aiiyooohhhh

i pun heran
bayar letrik las aritu bulan 11
24 disember dapat bil baru
ini baru 7 haribulan dah kena potong
jumlah bil itu ialah rm151 sahaja

tapi takpe
i kan penyabar orangnya
i call mr husband
mr husband soh check-in hotel

i call la hotel berdekatan
hotel setakat 2-3 star kat ipoh nih rupanya mahal nak mampos
sangat takk berbaloi
lagipun masa tu dah pukul 6 petang
kalau check in pun mebbe dah pukul 7 lebih
pastu kol 8 pagi dah nak checkout dah
tak berbaloi nak bayar mahal mahal untuk masa yang kejap

masa ni la baru rasa menyesal
sebab haritu mr husband ada cakap nak jadik member kat tower regency
kena bayar 1.5k tapi dapat 10 days free stay, anytime
free usage of gym and swimming pool
and free breakfast/lunch/dinner berapa kali ntah tak ingat

hahahhahahahah
padan muka
sape soh tanak jadik member awal awal
kan dah nyesal

mr husband cam ajak je pegi tower regency
tower regency dah tade rooms
cuma ada studio apartment
tapi single bed
leceh la nak tido 3 orang kan

after few calls
baru la i teringat nak tanya for corporate rate
biasanya staff telipon ni dapat corporate rate
last skali i call sri malaysia
dapat la rm110
jadik la walaupun i tak berapa suka sri malaysia

i rasa bilik yang kita stay tu dah lama orang tak duduk
bantal pun berbau kusam
aircond tak berapa sejuk
tv pun tade remote okeh
i mintak remote
dia kata memang tak provided
kena picit sendiri butang kat tivi
waaaaaaaaaaaah zaman 80-an betul

zara seronok la
cik zara memang suka tido hotel
masuk je bilik dia dah melenjan (melompat sambil menyepahkan) katil
sampai dah pukul 10 susah payah mr husband n i nak paksa zara tido

breakfast pun so-so je
limited choices of food
ada la lebih kurang macam breakfast kat vistana penang haritu
nasib baik la bayar rm110 je
tade la rasa sakit hati sangat

tadi kat tadika
zara main main tepi meja
dia tergelincir
mulut berdarah
dagu bercalar
pipi ada garisan yang panjang
lebam
siannya anak i
tapi zara cepat lupa
bila dia dah ok
dia nak main balik dekat meja

malam ni mebbe mr husband n i nak ke sunway hotspring
tengok keadaan

tata
selamat berweekend everybody

Khamis, Januari 07, 2010

hati yang rasa nak mandi di hotspring

i selalu je rajin tulis blog
but most of it
i save tanpa publish
biar i sorang sorang je baca

biar mr husband pun takbleh baca
hahahhahahahahah
(macam mr husband tatau je login n paswed i kan)

pagi tadi mr husband ajak mandi kat hotspring malam nanti
i dah siap plan nak pegi jumpa dokter nak tanya i boleh mandi kat hotspring atau tak
i rasa cam boleh
tapi mr husband kata hotspring ada sulfur

tapi tadi check website sunway
hotspring cuma bukak waktu malam on friday and saturday je
so mebbe malam esok la pegi kalau tade aral melintang
tu pun kalau mr husband masih ada hati nak pegi

Selasa, Januari 05, 2010

zara's second day of school

i malas nak retype n re-write with proper sentence
this is the email i sent to mr husband about zara's second day of school

harini waktu outdoor activity zara main kat luar dengan budak lain.
lepas main kat luar dia line up masuk kelas
dok dalam kelas kejap i dengar dia nanges
teacher hantar dia keluar

bila i masuk kelas nak cakap dengan cikgu2,
zara pun sibuk masuk
terus duduk atas kosi
bila i keluar
dia pun nanges nanges nak keluar

kitorang main je la kat bilik belakang
bila budak budak break
zara pun cepat cepat keluar dari bilik
duduk sebelah teacher
dia pun nak makan jugak
lepas makan
dia carik i balik

bila budak nak masuk kelas
diorang semua line up
suruh zara line up
dia terus lari

anak sorang tuuuhhhh

Isnin, Januari 04, 2010

zara's first day of school



harini zara start sekolah
abah zara kata
biar zara sekolah main main

sebab baju sekolah belum alter dan sangat besar
harini zara pakai sportswear je
cumil cumil

Nanti i kena alter baju sekolah cepat cepat
supaya by this week zara dah boleh pakai
sebelum ni tanak buat
tu la padahnya

untuk hari pertama ni
zara masuk kelas kejap kejap je
bila dia boring
dia nangis nangis
teacher kena bawak dia keluar kelas
dia duduk atas kerusi
bila dia boring dia panjat atas meja

i tatau la samada dia nak pegang pensel ataupun tak
takpe la
lama lama nanti ok la tu
boleh la dia belajar

nanti dah ada baju sekolah i amek la gamba zara dengan baju sekolah
gambar zara dalam kelas

Jumaat, Januari 01, 2010

selamat tahun baru

dear readers

happy new year
semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya
semoga kita semua berubah menjadi yang lebih baik

i harap tahun ini rezeki i akan jadi lebih murah
i harap mr husband cepat cepat sihat
i harap zara akan membesar dengan sihat dan cerdik
i harap adik zara akan selamat dilahirkan

i ada perancangan besar untuk tahun 2010 ni
i harap rancangan ini akan goes smoothly
if it goes well, i will go ahead
I'm sure i won't turn back
I've gone through high and low
and it's time for me to move on

i'm not a quitter
i'm a survivor
i tak lari dari kenyataan
i cuba untuk improve
and i'm sure with the strength from my dear little family
i will be able to do everything

masa muda adalah masa untuk cuba semuanya
i'm happy with what i am doing now
dah banyak yang i tempuhi
and it makes me stronger

now, its time for me to move one step forward

to my beloved housemates
i love you all
come hell or high water

ok
i nak balik
mr husband kesayangan dah sampai
taraaaaaaaa