Rabu, September 30, 2009

. p . r . o . g . r . e . s . s .

i am indeed amazed with zara
i selalu panggil zara
and i said "come to mama"
kadang kadang dia akan datang
kadang kadang dia tak peduli

zara cuma akan datang kalau i cakap
"zara, meh nenen"
dia akan merangkak rangkak sambil gelak gelak towards me

tadi zara was playing with some sweets
pastu i panggil zara
i said "zara, bagi mama those sweets"
dia terus lepaskan sweets tu

i rasa mungkin zara fikir
1 . i tak bagi dia main dengan sweets tu
2 . dia nak buat konon konon i tak nampak yang dia tengah main sweets


pastu i ambik sebiji sweet
i panggil zara
"zara, come. mama give u sweet"
dia buat ekspresi yang sama macam kalau i panggil dia untuk nenen
dan dia merangkak laju laju sambil gelak gelak kepada i
oh
anak i dah faham

priceless. i suka.

Aisya Zahirah sayang,
semoga zara membesar menjadi seorang yang cerdik, mendengar kata
jadi anak yang solehah
semoga zara mempunyai masa depan yang cerah

Selasa, September 29, 2009

. s . a . l . a . m .

eh
i dah lupa
i dah salam raya ke belum dengan mr husband?

ituari masa first day raya
i tanak salam mr husband
walopon my mother in law ajak bersalam salaman sesama keluarga
i told mr husband
i tanak salam dia
sebab dia tak proper
i kata
kalau i salam pun
tak ikhlas

tak syok la kan
mr husband pakai seluar je
baju melayu ntah ke mana
tengah baring plak tu
orang biar la proper
baru la seronok nak salam

i belum bagi zara duit raya
nanti bila i masukkan duit raya zara dalam bank
i akan masukkan skali duit raya yang i nak bagi zara

sekarang zara kecik
dia tatau apa makna duit
tapi dia seronok je kalau orang hulur sampul duit raya
dia akan senyum dan gelak gelak dan terus ambil ang-pow
tapi kena la suruh dia salam dulu
kalau tak
bila dia dah pegang sampul duit raya
dia dah tak peduli orang keliling dah

murah rezeki zara
hari raya yang pertama
zara dapat duit raya yang agak lumayan

nanti kita simpan dalam bank rakyat
kasik interests bulanan zara jadi lebih banyak
pastu kita tengok hadiah apa yang akan dapat

everytime simpan duit dalam bank rakyat
misti akan dapat pwezen
dah kumpul pensilbox skali dengan isi
keychain
majalah kawan

yang majalah kawan tu i letak kat tadika je
yang lain lain tu i simpan dalam treasure box zara
bila dia besar i boleh bagi dia

bercakap pasal treasure box zara
i memang ada buat satu treasure box for zara
supaya i boleh simpan barang barang untuk diberikan pada zara bila dia besar nanti
tapi nampaknya i perlukan bigger box

box yang ada sekarang kecik je
temat i simpan keychain zara je
satu keychain tu nama zara
dibuat menggunakan dawai
satu lagi keychain gambar zara
dan satu lagi keychain bank rakyat
boleh menyala tau keychain tu
kalau dia menyala, kita boleh la nampak gambar

pastu barang barang lain yang i simpan untuk zara
baju duckie dan blanket yang zara mula mula pakai masa dia lahir
pastu baby's hand and feet yang i belum buat lagi
baby's tag- kan baby baru lahir terus dia bagi tag ikat kat tangan supaya tau anak sape, bila lahir

dan i tau list tu akan makin bertambah dari masa ke semasa
i pun tatau bila i akan bagi zara
mebbe bila dia dah old enough to appreciate

i memang la agak sentimental
dulu masa berchenta dengan si mr husband
i siap print semua emails yang mr husband hantar

eh mr husband
lucky we marry each other kan
dapat la si zara yang comel, bijak, nakal dan super manja tu

Isnin, September 28, 2009

. b . e . l . a . j . a . r .

Dah habis raya
Sebab dah habis cuti

Sebab zara dah seminggu tak pegi sekolah
Harini dia tanak lepas langsung
Asyik nak dukung je
Tanak tidow
Padahal bangun pagi pukul 6 sengah

Ni I dah hantar zara balik rumah my mom
Harap harap dia bole tidow
Malam ni zara ada kelas muzik
Kalau dia ngantuk
Nanti dia tak enjoy sangat

I ni berkobar kobar tau nak sambung belajar
Sangat berkobar kobar
Reason being
Mebbe sebab semalam mr husband cakap end of next year dia nak sambung belajar
Dah la my siblings pakat dok amek masters
Mr beloved pun dah kata nak sambung belajar
Yours truly ni mula la sentap

Mr husband kata dah takmoh amek engineering
I soh mr husband amek management
Sbb I rasa macam nak ambik mba
Macam menimbang nimbang untuk ambik public relations ke entrepreneurship ke human resource ke
Pastu ada gak rasa macam nak ambik early childhood sebab sangat related to my jobscope sekarang

I agak suka la hr
Sebab my first job dulu I keje bahagian hr
Walaupun masa tu I memang takde knowledge langsung pasal hr
Tapi I memang agak enjoy doing it

Tapi sekarang ni I tengah tunggu something
Ada yang I nak tunggu sebelum I betul betul buat keputusan

Pastu I teringin nak belajar menjahit
I nak belajar jahit langsir, jahit baju
Lagi I tak mampu la nak bayar sampai lima nam ratus untuk belajar menjahit

Tadi I browse internet
I ingat I nak belajar menjahit kat kolej komuniti ke ataupun kemas
Murah
Kalau kat kolej community tu course jahit langsir dia 12 jam
Dan kosnya ialah rm15 sahaja
Murah kan!
Cumanya macam I kat Ipoh ni
I kena la ke kampung gajah nun
Tapi dalam 30-45 minutes drive je

Pastu kalau kat kemas plak kalau tak salah rm5 je
Tapi I belum dapat info yang lengkap

Macamana pun I memang nak jugak pegi belajar menjahit
Kot nanti I jumpa kursus memasak ke
Kursus mekap ke
Kursus bakeri ke
I nak la join
hikhikhikhik

Khamis, September 17, 2009

. s . e . l . a . m . a . t .

Dear readers,

selamat hari raya Aidilfitri
Maaf zahir batin

mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata,
termengutuk
termengata
terbelagak
ter-emo

berhati hati di jalan raya
semoga selamat sampai ke destinasi

macam biasa, i raya kat kl dulu
kita balik kl hari sabtu nanti
balik ipoh on the 3rd raya
my younger sister's engagement is on the 4th raya

Rabu, September 16, 2009

zara dearest

zara sayang
i want u to have a good life
i want you to be happy
i love u so much


ps: macam meaningless, but i really, really, pray and hope that zara is going to have a good life.

Selasa, September 15, 2009

Harini mau bawak my workers pegi berbuka
Banyak tempat full sempena dah nak dekat habis puasa ni

I bukan kaya raya boleh spend lima nam ratus untuk sekali makan
So I cadangkan pada mr husband cheng ho atau syuen
Mr husband takmo
Dia bagi I 2 pilihan
Samada heritage atau tower regency
Mr husband kata nanti tong tong
Hehehehehhehe
I loooike la mr husband
Selalu baik hati kat I

Haritu pun masa makan kat heritage
I kata kat mr husband
My treats
Tapi bila mr husband bayar
I buat bodow je
Hahahahhahahahah

I called heritage tanya menu n nak buat reservation
Tapi heritage mengada ngada

I called tower regency
Dia siap cakap
Nanti bila dah konfem menu
Dia akan call balik
Wah… I suka servis yang macam tu
Terus I confirm untuk reservation

Semalam I belI baju kurung I dengan zara
Sepasang
Punya la carik kat megoplex, greentown
Rupanya dekat butik Gene Martino sajos
Yang sekangkang kera dari rumah my parents
Penat je carik jauh jauh

Memang la kain dia tak cantik sangat
Bukannya kain chiffon ke, silk ke
Tapi I suka sebab ada untuk zara n I
Tu pun still kena alter

Nasib baik la jugak
One of the parents boleh tolong alter kan
Sukaaaaaaa

Dah
Harini I dah start puasa balik
Baru hari ke sepeuluh puasa
Bole ke?
Misti la bole

Nampaknya sampai raya la kot rumah kitorang tak masak
Dapur rumah I terbakar
I sambil dukung zara dah terjerit jerit panggil dia
Dah la masa kebakaran berlaku mr husband rilek je tengok tivi
Bole dia kata tak dengar I panggil

Mr husband tanya lepas ni nak belI dapur letrik lagi
Atau nak pakai dapur gas
Hmmmmm
Ntahleeeeee
I suka je pakai dapur letrik
Tapi takut plak terbakar lagik

Isnin, September 14, 2009

m . e . r . a . j . u . k .

Semalam I dah merajuk rajuk patah hati
I cakap kat mr husband
I takmo raya
Rumah I Tade balang kuih raya
I tade baju raya
Zara tade baju kurung raya

Hari sabtu Haritu mr husband bagi limarat untuk I belI baju raya
Mr husband pegi keje
Tapi
Ingat I ada hati ke nak jalan shopping shopping kalau mr husband tade
My parents plak dok bising bising soh I tinggalkan zara
I pegi mana pun misti nak bawak zara
Zara tu kan nyawa I
Nanti kalau tak bawak zara
I yang asyik dok pk pasal zara
Langsung tak belI apa apa jugak


Hari ahad pun mr husband kerja jugak
Pun my parents bising bising lagi sebab I nak bawak zara
I sedih sedih
Tu yang I merajuk patah hati tu

Lepas dapat sms I tu
Mr husband pun cepat cepat balik
Memula pegi megopleks
Past pegi greentown
Ada kuih raya yang cantik cantik
Pastu pegi jusco
BelI bekas kuih raya
Nak baju raya
Tapi tade yang berkenan

I ada suka baju kurung silk
Tapi tengok harga sampai RM390
Mr husband soh ambik
Mr husband kata dia akan bayarkan
Tapi I rasa sangat tak bebaloi
Empatrat untuk sepasang baju je
I bukannya mak datin yang kena pakai baju mahal mahal untuk pegi function banyak banyak
I rasa tak worth-it

Nak tempah baju kurung zara memang tak sempat dah
I rasa macamana pun I kena jugak belI baju kurung raya
Else
I tade baju langsung la

Ok
Next on the halal issue
Anyway, thanks kak balqis on the comment and thanks to mr husband for the clarification
Dekat Malaysia ni
Cuma ada few hotels je yang dapat cert halal dari jakim
Dan di Ipoh ni cuma seri Malaysia sahaja yang disahkan halal
Reason being why all the hotels didn’t get the halal cert is because they serve wine/liquor/ alcohol in their premises
Most of the hotels are actually using halal ingrediants
Plus, most of the chefs are also muslims

Kan kat hotel selalu ada bistro
Oke
Yang itu mungkin ada yang tak halal
Meaning, the food is using wine as one of the ingredients
Sebab tu la makanan macamtu mahal

I’ve tried eating at Casuarina’s bistro
Back then I memang tatau la pasal ni
I pun heran
Pasal makanan tu super mahal
Tapi ciput je
( kalau I kena belanja sendiri, I tak pegi la)
Yong n abang nik yang belanja
Sekarang baru la I tau kenapa makanan tu mahal
Well, tapi sedap la
Hikhikhikhik

Dah
Mr husband
Pasal semalam itu
Sorry la sebab I mengamok patah hati sedih sedih
Dan jugak I ada something to talk to you
I memang dying nak cakap dengan awak tau

Yang I tau u will stand for me
Tapi kita tade masa nak cakap cakap

Mr husband
That’s why I love u
U will always be there for me
Come hell or high water
Kan I dah kata
U and zara are one concrete reason to live and die for

Malam nanti ada music lesson zara
Dah la last week tak sempat pegi sebab waktu tu kita on the way balik Ipoh
Harap harap zara belum lupa lagi



tengok la gamba my heart n soul neh

Khamis, September 10, 2009

. l . o . t . s . a .

Ok
I nak cepat weekend
Supaya I boleh rehat rehat
Bole kemas kemas rumah
Dah nak raya kan
Balang kuih raya pun tade
Banyak bunyi plak

I nak cepat weekend
Sebab ada orang nak belanja our little family berbuka kat casuarina
I sukaaaaa

I nak weekend
I nak carik baju kurung raya untuk zara n I
Yang match dengan baju melayu mr husband

I dah lost track dah berapa hari puasa dan berapa hari raya
Tapi I ingat
Sejak hari isnin 31 ogos I dah tak puasa
Sampai sekarang
Rasa rasanya esok dah boleh puasa balik kot

Semalam genap seminggu I lost my little-one yang I tak pernah kenal dan jumpa
Sad I am
Sangat sedih kalau ingat
Dan I pun tau
Emosi tak berapa stabil sangat sekarang ni
Tapi I cuba kawal I punya emosi
Kang orang kata I meroyan plak

I rasa I ni macam macam nak
I ada cakap kat mr husband
I nak tambah bisnes la
Nak sambung master la
Nak keje jadik tutor la

Pastu I rasa tahapa hapa
Tapi yang sambung master tu perlu
Sebab my younger sister dah ada master
Pastu my elder sister tengah pursue her master
Mana bole jadi kan
Tapi I rasa kalau I sambung belajar pun
For the sake of having the cert
I just want to be like everybody else

Kalau I amek master
Tempat keje mr husband boleh sponsor ke
Mr husband kata try je la apply
Tak sanggup la I nak apply ptptn lagi
Mana tau lepas tu tempat keje mr husband nak amek I keje plak ke
Hahahahahhaha
Bole I jadik boss mr husband

Ok
Jap lagi budak budak pun dah nak balik
I pun nak balik
Nak singgah belI groceries
Harini nak masak bihun goring
Nak belI bahan bahan masak bihun
Nak buat air mangga untuk mr husband
Tapi for me, I rasa macam nak air longan
Pastu macam rasa nak makan roti john
( napsu makan mengalahkan orang puasa)

Kita tengok je la apa yang I akan masak
Macam semalam
In 30 mins time I siap masak mee goring, buat air lemon es blended dan epal es blended
Dan jugak siap mandi

Harini pun nak siapkan cepat cepat
Sebab lepas tu nak ambik zara kat rumah mak

Dah

Rabu, September 09, 2009

. m . i . n . c . i .

Semalam kita berbuka lagi kat Heritage Hotel Ipoh
It was horrible
Terrible
I tak suka
Sangat tak suka

Firstly, I didn’t get the spot that I want
When I called to make the booking
I did mentioned specifically which table I want to be seated
And I did remind them to save a baby’s chair for my daughter

Bila sampai je sana
Dia bagi seat yang tak bes
Pastu I kena mintak baby’s chair
Dah la square table
Macamana I nak duduk sebelah mr husband
Usually we put zara between us
Kalau square table ni macamana
Kalau I nak duduk kat corner pun itu adalah laluan orang
I dah bising bising marah
Mr husband la yang dok suh I sabar

I nak makan lemang jagung tade
I nak makan grilled fish tade
Mr husband nak makan rendang tok pun tade
I nak makan char koay teow pun tade
TAK SUKAAAAAAAAAA!!!!!!!!

Dah la sate sikit je
Nasib baik la kali kedua dia keluarkan sate
I manage to grab some for mr husband
Dan I baru tau yang zara pun suka makan sate

Tu yang I benci tau
Tak constant
Buat je la makanan sedap sedap tiap tiap hari
Langsung I dah tak selera nak makan kat situ dah

Hooohhhh
Minci I tawwwwww

Tapi pagi tadi I dah bangun awal awal
Pukul 5 suku pagi
I start basuh kain
Lipat kain yang dah semakin menggunung dan moneymaking sofa depan I tu
Setel lipat kain tengok tengok dah pukul 6 sengah
Nak sidai kain lagi
I belum siap lagi
Dengan zara dah bangun
Menangis nangis
Nak bawak baju mr husband n zara keluar dari kereta
Nak bukak gate

Hoooiihhh
Pagi pagi I dah peluh peluh

penat

mr husband,
awak mau makan apa untuk berbuka harini?

Selasa, September 08, 2009

. z . a . r . a . ' .

Semalam kita dah Berjaya men-shopping baju raya zara
Sebab dah lama tak pegi midvalley
So I ajak mr husband pegi midvel
I cakap kat mr husband
Bole pegi gardens skali

Dah sampai midvl
I jalan jalan
Selagi ada kedai baju baby
I masuk
mother care, baby gap, mom’s care, semua pun masuk
Semua I tak berkenan
Tak belI apa apa
( I rasa mr husband dah naik hot)
Pastu pegi plak gardens
Kalau isetan klcc ada hallmark, elle,
Tapi situ stakat ada guess, baby poney je
Tak bes
Pegi baby gap pun tak bes
Nak belI spek hitam lalat untuk zara
Tapi ada satu je dan tak cantik
Lantas tak belI

Masuk Robinsons
Menarik barang barangnya
Tengok baju hallmark
Macam baju daniel la plak

Pastu Nampak ada yang diy baby art kit
Yang boleh buat shape tangan n kaki baby
So we bought one for zara

Mr husband dah ajak balik
Walaupun I agak upset
Tapi I redha je la nak balik
Sebab kita nak balik Ipoh yang jauh tu

Sebelum balik tu
Lalu tepi metrojaya
Dan I ajak mr husband singgah kejap untuk tengok kalau ada baju zara yang I berkenan

Weeeeeeeeee
I sukaaaaa
Ada banyaaaaaaaaaaak sangat pilihan
Dan I sangat suka

So I belikan zara 3 pasang baju Elle
Pastu belI polo shirt baby poney untuk matchkan dengan skirt elle

Jadi I sangat puas hati
Baru la rasa macam nak raya
Sebab zara dah ada banyak baju raya
Untuk raya ni zara ada 6 gowns, 2 skirts, 1 pants ( yang memang macam budak lelaki sebab mr husband belikan muscle tee timberland n I matchkan dengan cargo pants), 5 baju tidur dan baru ada 1 duduk rumah

Lepas ni nak carik baju kurung for zara n I yang match dengan baju melayu mr husband

Seronok betul bershopping untuk zara

Sabtu, September 05, 2009

kita dah beli eye tune ogawa
i suka
mr husband lagi la melampau taw
dia pakai
sambil eye tune tu mengurut mata dia
dia tidow terus
syok sangat la tu

i tengah pakai
zara melalak
dia takut tengok i pakai benda tu
mebbe dia ingat i dah jadik mutant ke ape ke

arini kita nak balik kl
bole beli baju raya zara sekali
walaupun belum beli baju raya zara
tapi zara dah ada 7 baju raya
hahahhahahaha

ok la
da daaaaaaaaa

ps : mr husband, bila kita nak makan kat heritage lagi???? u kata nak makan rendang ok heritage yang lazat. i ada banyaaaaaaaaaaaak sangat makanan yang lazat kat heritage yang i nak makan lagi

Khamis, September 03, 2009

Semalam
Mak dah ambik zara awal awal kat tadika
So lepas siap siap
Mr husband bawak I pegi klinik

Masa tunggu turn tu
I dah sejuk sejuk tangan dah

Bila dokter suruh baring atas katil
I thought I’m going to be okay
I rasa macam I am strong enough to go through all these

Tapi bila Nampak je alat yang dokter pegang
I jadi takut
I suruh dokter tunggu dulu
I tanya dokter
Boleh tak kalau I nak pengsan
Dokter kata sikit je
Tak perlu pengsan

Tapi I still takut
Banyak kali I soh dokter tunggu

Luckily mr husband datang
Mr husband pegang kepala I soh I sabar
I pegang tangan mr husband
Bagi tutup mata I
Then baru I bagi dokter start

Ngilu taw rasa dia
Walaupun I pejam mata
Tapi of koz la boleh rasa sakit
Mr husband la tengok semua proses tu

dokter kata rasa macam buat pap smear
i tak pernah buat pap smear
tapi yang i rasa adalah sakit + ngilu masa dokter masukkan alat itu
eeuuwwwwww

Dokter suruh continue makan folic acid tu for another 3 months
Dan dokter suruh berpantang sikit
Tapi macamana la I nak ada hati untuk berpantang
Kalau dulu at least ada cik zara
Kuat la jugak semangat nak berpantang
Kalini nak berpantang untuk siapa

Mr husband kata
Nasib baik dah ada cik zara
Agaknya macamana la orang yang tak pernah ada anak
Pastu miscarriage plak tu
Misti lagi sedih

Sad I am
But life must go on

So for my teraphy
Harini I ajak mr husband pegi Ipoh parade
Kan ada kupon voucher ogawa dari nuffnang
Jadi I nak belI thermometer untuk cik zara
Dan eye tune atau eye touch for mr husband n I
hikhikhikhik

Rabu, September 02, 2009

. g . o . n . e .

i am so miserably sad
my little one is gone
nampaknya gayanya buat masa sekarang ni zara belum ada rezeki nak dapat adik

memang la i sangat sedih
sangat sangat sedih

dalam pukul 11.20 pagi tadi
i pegi toilet
sebab memang sangat sakit perut
campur sakit pinggang skali
tapi i ingatkan nak buang air besar
skali keluar darah yang macam berketul ketul
punya la banyak

dah cuak dah
i tried to call my mom
ingat nak ajak pegi klinik
tak dapat call
i pegi skolah my mom
ajak pegi klinik

bila dokter scan
memang dah tak nampak apa apa
dah tak ada apa apa langsung

doktor kata nak cuci
i kata nak tunggu mr husband
so petang karang baru i pegi klinik lagi

nampaknya raya kali ni kita 3 orang je la
mr husband, zara n i
tade little one
tade adik zara

dear little one
may you rest in peace
mommy loves you

Selasa, September 01, 2009

. m . y . . b . a . b . y .

sebab dah beberapa hari berlarutan
yesterday i went to the clinic for checkup
dokter kata kalau nama perubatannya ialah "threaten abortion"
di mana
mungkin akan mengalami keguguran
atau baby akan terus membesar dengan sihat

dokter suruh datang lagi dua minggu untuk checkup
tapi masa scan semalam tengok ada heartbeat
dan dokter pun kata nampak sihat

salah satu sebabnya adalah sebab i menyusukan zara
dokter kata ada orang yang boleh mengandung dan pada masa yang sama menyusukan baby
ada orang tak boleh

i adalah orang yang tak boleh
mebbe jugak sebab i puasa dan tak cukup makanan dalam badan i

i cakap jugak kat zara yang dia kena tolong i untuk bagi adik membesar
tapi macamana la i nak stop kan zara dari menyusu
dia memang tak minum susu lain

semalam i tinggalkan zara seharian dengan my mom
seharian la dia tak menyusu
dia makan je
zara pun kena membesar dengan sihat jugak

harini i buat keputusan untuk tak berpuasa
i rasa memang tak boleh puasa pun
sebab macam bleeding yang banyak

i pray only the best for my baby
kalau dunia ni bukan tempat dia
i redha kalau Tuhan ambil dia awal awal