Selasa, Disember 29, 2009

ini ialah lirik lagu dan tiada kena mengena dengan saya

i bukan budak budak muda nak cari cinta
i've found the love and am spreading it

tapi i just like this song
the music arrangement is good
the lyric... well, it has nothing to do with me


enjoy ~


________ derita merindu ________ ahli fiqir_______

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Selasa, Disember 22, 2009

zara's walk to the mall

sebab weekend cuma dipenuhi dengan kenduri
jadi semalam zara n i went to the mall
hahahahha mall la sangat kan
pegi Ipoh Parade je

weekdays macam ni memang la seronok sebab agak lengang
orang tak ramai
itu pun kita keluar ruamh pukul 5 petangsetelah mengharungi berbagai onak dan liku

mari kita mula dengan scene pertama
bila dah siap siap i baru perasan yang zara n i dah terkunci di dalam
masa mr husband keluar dia kunci grill dan i punya kunci ada dalam kereta
okeh
i masih boleh keluar
tapi kena ikut pintu belakang
so i bawak zara keluar ikut pintu belakang
pusing balik ke depan

sekarang kita di scene kedua
sampai di depan rumah
si inaz yang sangat clumsy ni baru perasa yang kereta dia locked dan kunci kereta dia dalam rumah
mana boleh nak ambik kunci kereta
dan takkan nak patah balik ke belakang
luckily ternampak plak yang tingkap belah driver tu terbuka separuh
boleh la unlock kereta dan ambil kunci rumah

lepas tu barulah boleh keluar dengan aman gembiranya

sampai kat parade dan turun je kereta
zara dah menjerit excited
i dukung kejap je
pastu dia nak jalan sendiri
jalan kat tempat toys lagi la dia nak jalan sendiri

tengok la anak i yang suka shopping tu


Rabu, Disember 16, 2009

mari belajar perbezaan antara miss, mrs dan ms

okeh
mari kita buat entry berilmiah
lama sangat dah buat entry yang angkat bakul sendiri

anak anak
harini kita akan belajar mengenai perbezaan antara miss, mrs dan ms

ms is for both married or unmarried woman. samalah macam mr. (for men). kalau orang tulis ms maknanya mungkin dia tanak orang tau samada dia dah berkahwin ataupun belum. in some places/countries they use ms for divorced women.

miss is for unmarried woman/child. or in french, we called it madamoiselle.
kalau anak i si zara tu, kita boleh la panggil dia miss zara ataupun madamoiselle zara.

mrs is for married woman.it's a formal title for married woman,.in french, it is madame.

how do you define yourself?
a miss, mrs ( missus ) or ms (miz)

ok for me
kalau isi borang of course la i tulis i'm married

tapi kalau suruh isi miss ke mrs ke
i letak la mrs secara paksa-rela

kang i letak miss kang
orang mis-interpret plak

mrs sepatutnya if u are using your husband's last name or / name kalau di Malaysia
sebab nama mr husband ialah Khairul Nizam
jadi kalau i nak letak mrs, i should put is as mrs khairul nizam

if i want to use my own name
i need to put it as miss nurul shahinaz
or if want to be discreet, i just put it as ms nurul shahinaz.

sebagai orang Melayu dia Malaysia ni
kita tak praktikkan menggunakan nama suami
sebab kita tade family name
tu yang mendatangkan rasa confuse

belum lagi cakap pasal siblings
ramai yang tak faham maksudnya
tapi tu kita kupas di entry yang lain ye

camnih la kan
kalau i tulis myself sebagai mrs nurul shahinaz,
kat malaysia ni mebbe orang faham la yang itu adalah my real name
kalau pegi international, mebbe orang akan fikir nurul shahinaz tu adalah my husband's last name

to be safe
letak je la miss nurul shahinaz
sah sah la itu nama sendiri

sekian dulu pelajaran pada hari ini
hikhikhihkhik
tade la ilmiah sangat kan
tapi bole la jadik panduan

Isnin, Disember 14, 2009

al-fatihah

my deepest condolence to teh's sister, Teh Afifah for her loss.
semoga mereka sekeluarga tabah untuk menghadapi dugaan ini

tak dapat nak dibayangkan macamana perasaan pengantin bila tiba tiba menerima berita yang sangat mengejutkan
pemergian orang yang tersayang sekelip mata
tanpa sempat merasai pahit manis kehidupan alam berumahtangga

bila jadi macamni
baru la diri ni terasa insaf
baru la rasa macam we should appreciate our spouse
just don't take it for granted

i pernah rasa kehilangan
tapi mungkin sebab i tak nampak jasadnya
rasa sedih itu kurang
tapi ada masa
akan ada rasa pahit di hati
rasa tak tertelan di tekak

setiap yang berlaku ada hikmahnya
semoga teh afifah kuat
al fatihah buat arwah

Jumaat, Disember 11, 2009

komunikasi itu penting ya

pagi tadi masa mr husband nak keluar pegi keje
zara macam biasa la nak abah dia bawak dia jalan satu round dulu
pastu mr husband ajak i ikut skali
i yang tergedik gedik ni terus cakap kat mr husband nak pegi beli breakfast
ye la
dah alang alang keluar kan

sempat plak tu kena perli dengan mr husband
sebab walopon i tau dia lambat
i tetap jugak nak beli roti sadin yang kena tunggu lama tuh

on the way back
i cakap kat mr husband
"sape nak ajak kita pegi wedding ni, i teringin sangat nak makan nasik minyak"
pastu mr husband cakap
"kan esok nak pegi wedding kat lenggong"

oh
memang haritu mr husband ada cakap
tapi dia tak bitau bila
haaaih
mr husband ni suka rahsia rahsia tau

cik zara i dah semakin bijak tau
kalau kita tanya dia
nama sapa?
dia akan jawap "zha-ya", atau "ya-ya"
kalau tanya
abah mana?
dia akan jawap
"jije" tu maksudnya keje la

pastu kalau dia nampak mr husband ke sape sape pegang handphone i
dia akan mintak dan bagi henpon tu kat i

kalau dia tengah baring ke
dan kita mintak barang dari dia
dia akan terus bangun dan cari
contohnya dia tengah baring
pastu i cakap
zara, bagi mama remote
nanti dia bangun la carik remote
bila dah jumpa dia bagi kat i
kalau nak apa apa kita boleh beritahu dia
point to that thing
dan dia akan ambilkan

please bear in mind yang zara baru setahun sebulan ye

bukan la i nak kata anak i sorang je yang paling bijak dalam dunia nih
tapi i rasa dengan selalu communicate dengan babies ni
dia akan cepat faham apa yang kita cakap
dan dia akan belajar dan cuba bercakap macam kita jugak

dan juga
babies sangat senang belajar bahasa
tak kira la bahasa apa pun
macam mr husband n i
kita selalu mix bm and english
dan nampaknya zara faham both languages

pastu dia pandai nak express kan anger dia
kalau dia marah, dia jerit
dia akan pukul pukul
kalau dia geram
dia akan gigit, menjerit

pastu kalau pegi shopping complex
dia dah pandai nak duduk kat tempat toys lama lama
dia dah pandai nak minta barang yang dia nak

dia sangat fancy make-up
dia suka la kalau sapu sponge bedak kat dia
ataupun i sapukan brush blusher pada dia

pastu kalau nak jalan
dan dia nampak kasut
cepat cepat dia akan hulurkan kaki
supaya kita pakaikan kasut pada dia

Khamis, Disember 10, 2009

hari ini saya mengantuk dan teringin

mengantuk betul
ni semua gara gara tido lambat malam tadi

haiihhh

pastu kat mana nak cari seafood carbonara kat ipoh yang mundur ni?
benci betul!!!!
kalau kat kl, kat foodcourt pun ada seafood carbonara ni

nak buat sendiri
i rasa tak sedap
walopon i cam dah ikut resipi sebijik sebijik
still tak selazat yang macam beli

Rabu, Disember 09, 2009

so semalam i dah makan dengan jayanya kat sikret resipi
macam biasa mr husband misti tanak pegi kat jusco sebab open air
jadi we went to syuen

dan i pun mula la crave macam macam
tengok gambar
semua pun nak
but i end up amek chicken cordon bleu
yang kali ni chicken dia agak kecik dan cheese dia sangat sikit
tak melimpah limpah pun
eewwww
kedekut la sikret resipi nih
tak suka tau

dah la tu
mr husband ordered smarties treats for zara
i tengok chocolate dia tak rupa cam smarties pun
looks like cheap chocolate
smarties kan berwarna terang n vibrant
no wonder la zara tanak makan

sebelum balik i tapau tiramisu cake
seb baik kek sedap
so i know
next time pegi sikret resipi ni i cuma bole beli cake je
that so called 'fusion-food' dah sangat tak bes
i rasa kualiti makanan kat secret recipe dah drop gila gila
compared to two, three years ago

total amount spent for dinner last night was 70+
i rasa cam sangat tak worth
len kali kalo stakat nak makan ciken cop, i ajak mr husband makan kat la casa je la
aman je
lagipun zara bole main lari lari sebab la casa selalu tade orang
kalau nak spend sampai 70+, baik ajak mr husband makan kat bistro kat casuarina hotel
boleh dengar live performance
bole i dance with zara

eh
len kali nak akak mr husband pegi bistro casuarina la
nak ajak zara dancing
misti zara suka
amacam mr husband?

Selasa, Disember 08, 2009

. c . a. .k . e .

tiba tiba rasa nak makan kek sikret resipi
so i emailed mr husband
mr husband cakap malam kang pegi
yaaaayyyyy
i rasa macam nak black forest cake
fresh cream dia memang sangat sangat terasa lazatnya
pastu cam nak oreo cheese cake jugak
rasa masam masam + rasa cream + rasa chocolate yang bes
karang kat sikret resipi ada la yang nak cordon bleu la
chicken chop la

dah la

i nak balik rumah
nak tidow
nak mimpi makan kek

Isnin, Disember 07, 2009

. f . e . s . b . u . k .

i rasa heran
kadang kadang kan
dalam fesbook bila tengok kat belah kanan
ada friend request
tu tak heran la kan
yang i heran
kadang kadang ia adalah dari orang yang i tak kenal

kadang kadang bila tengok
orang itu pernah bersekolah dengan i
ok la fine
mebbe it was my juniors or seniors
mungkin diorang kenal i
tapi i yang selalu hilang ingatan tak ingat orang

tapi kalau yang add i itu adalah my juniors yang 7, 8 tahun lebih muda macamana
i tak pernah kenal
waktu i abes skolah derang pun tak masuk sekolah lagi

i bukannya nak menambah kenalan
i cuma nak keep in touch dengan orang orang yang i kenal
i bukannya nak berlumba sape ada kawan paling ramai

lagipun yang i ingat
masa skolah dulu i bukannya ramah mesra sangat
well
ada la jugak yang kata i ni ngengade
hahahhaha
it's my nature
kalau i eksited i jerit
kalau i happy i gelak
camtu je la

masuk u lagi la i kekurangan kawan
ada la few friends yang i rapat
tapi most of my times banyak dihabiskan dengan mr husband
lima taun i kat uni
lima taun tu la i banyak habiskan masa dengan mr husband

kadang kadang habis kelas i terus cabut ke shah alam
buat assignment kat bawah bangunan engine tu sementara tunggu mr husband habis kelas
ataupun kalau seharian i tade kelas
seharian la i lepak kat shah alam
kalau mr husband ada kelas
dia hantar i kat bukit raja
tengok la movie sorang sorang ataupun window shopping sorang sorang

penah jugak bila mr husband ada kelas malam
dia ada test
i plak cam takut nak tunggu sorang sorang kat bawah
i pun masuk je kelas dia
amek test jugak
hahahhaha.... berangan kejap jadik budak engine

masa i keje kat petrosains pun i tak ramah
i selalu sorang sorang je
i rasa masa tu i dah tatau macamana nak mingle dengan orang

pastu keje kat internexia
kat ofis tu ada 3 orang je
i kawan je la dengan lagi 2 orang tu
sorang omputih, sorang chinese
kitorang dok kat branch
kat hq ramai la orang
tak lama lepas tu mr husband plak dapat keje kat kampeni yang sama
tapi mr husband kena keje kat hq di cyberjaya
i saje la suka cari alasan nak pegi hq supaya bole bergedik gedik kat mr husband

pastu i keje kat fmglobal
ofis selalu kosong sebab engineers selalu travel
engineers kat situ ok la, agak ramah dan baik cuma diorang duduk belakang
kat situ i ada sorang je kawan
tu pun sebab kita duduk sebelah menyebelah

las skali i keje jetstar
nyesal i tak beli tiket airline masa keje
memang la i kawan dengan semua budak dept i tuh
tapi diorang tu semua lelaki
i sorang je la pompuan

pompuan memang tanak keje shift
leceh
tapi i suka sebab i ada masa siang untuk uruskan banyak perkara
masa tu i bizi dengan preparation nak kawen
preparation nak bukak tadika jugak
sangat elok la i ada masa siang untuk shopping, buat macam macam

pendek kata
i bukan la ada ramai kawan
i tau cakap dengan mr husband je
nak cakap dengan orang lain pun tak berapa pandai

kalau cakap dengan mr husband tu
laju je cam bertih jagung
boleh mengata, bergosip, cakap benda benda ilmiah, cakap benda benda pointless

konklusinya ialah
i bukan ada ramai kawan
dan dalam fesbuk atau frenster
i cuma add orang yang i kenal
itu saja
sekian
hari jumaat haritu mr husband balik keje terus la mula sesi memasak kotiau goreng
semua bahan i dah sedia
siap dah rebus kerang n buang kulit
nampak yummy
tapi tasteless
uuuhhhhh
i tido sampai termimpi mimpi i alter kotiau tu supaya sedap
tapi pagi tu mr husband buang je kotiau

semalam i ajaak mr husband pegi giant
b4 pg giant nk ke tanjung rambutan
mr husband nak minum air kelapa pandan
tapi sebab hujan kita patah balik n pegi giant je la

nak pegi giant ialah i nak beli ayam nak makan chicken chop
while shopping, si zara yang kaki shopping tu dah pandai pandai amek ferrero rocher dan jugak m&m masuk dalam trolley
hoooiiihhh
jangan main main dengan zara
selagi chocolate tu tak masuk dalam trolley
selagi tu la dia akan mengamok
tak pasal pasal kena extra rm70 for the chocolates only

zara ni pun satu
tanak kalah tau
nak pilih yang mahal mahal je
seb baik jalan dengan abah
kalau jalan dengan mama
mama akan buat bodow je letak balik chocolates tu
hikhikhik

dah ambil ayam
nampak plak dory fillet
ambik jugak
pastu nampak pick n mix
amek jugak
supaya nanti boleh buat steambot

pastu balik rumah i pun sedia la barang barang nak masak chicken n fish chop
marinade ayam n ikan
eh (ada ke fish chop?)
masak mushroom sauce
buat coleslaw
pastu mintak mr husband fry-grill kan ayam n ikan, fries n wedges
pulak tu makan sambil tengok my all time fav movie
you've got mail
memang heaven la kan

ok
thank you mr husband sebab masakkan untuk i
i lov u

Jumaat, Disember 04, 2009

mr husband n zara

mr husband ni memang baik betul la
hari hari i sayang u taw
terima kasih la banyak banyak sebab nak bayarkan sewa tadika ni, dan bayar kad kedit i
u ni susah susah je tau

cuti cuti sekolah ni i agak mesken campur
orang hutang tak bayar bayar
semalam i sms satu orang ni
tade dapat jawapan langsung
kejap tadi i sms lagi sorang
seb baik la dia reply
haiihhhhh

pastuh
tadi i tiba tiba teringin nak makan kotiaw goreng basah
sekarang i memang dah tak masak
i masak kang i plak termuntah
pastu i saje sms mr husband
i cakap i teringin nak makan kotiau
tapi i tak bleh masak
boleh tak kalau i sediakan bahan dan mintak mr husband tolong masakkan

dan mr husband chenta hati i tu reply
"ok"

waaaaaaaaaaaaaaah
mr husband suka baik hati dengan i
i tatau la nak balas macamana

sekarang ni sebelum tidow
biasanya zara akan tengok playhouse disney
sampai la dia tertidur
kalau tak sebelum ni
asyik nak berkepit je
sebab dia akan nenen sampai tidur
i dalam usaha nak mengurangkan zara dari nenen
kena bagi adik dia membesar dengan sihat jugak

dan jugak
sekarang ni dah sampai phase kitorang kena sentiasa bukak channel playhouse disney tu
nak tengok movie pun susah
zara akan sangat eksaited la tengok katun tu menari nari
nyanyi nyanyi

biasanya masa tengok tv tu i akan tepuk zara
supaya dia cepat tido
haritu tengah tepuk i berenti kejap
lenguh tangan
pastu i tengok balik dia tengah tepuk diri sendiri
hahahhahaha
so suweeeeet

pagi tadi plak
dia main main dengan school bag dia
pastu i amek la beg tu dan sangkutkan kat bahu dia
i cakap
"cantiiikkkkk"
dan zara marah i dan dia cakap
"taaaaaaak"
dia tarik tarik tali beg tu
suruh bukak
ambooiihhh anak i yang sorang nih

dulu kalau nak cakap thank you zara akan cakap kyum je
sekarang dia dah pandai cakap engkyum

tadi i saje la nak test kan
schoolbag zara ada tepi dinding
i dengan zara ada la dalam jarak satu meter dari beg tu
i cakap pada zara
"zara amek beg tu bagi mama"
i tunjuk la beg tu supaya zara nampak
dan zara pun bangun, jalan ke beg
dan angkat beg tu bawak kat i

waaaaahhh
anak i dah paham instruction yang panjang

biasa dia faham perkataan pendek macam
come, sit down, stand up, walk to mama, jom

sekarang ni kalau i cakap jom
dia akan hulur tangan
supaya i pegang tangan dan walk her

zara tu umurnya baru setahun sebulan
i rasa ok la achievement dia untuk masa sekarang
mebbe ada babies lain yang lagi advance dari zara
it's okay
i cuma harap everyday zara akan belajar benda baru

oh
zara, mama n paknyah says happy birthday to abang daniel
nanti kita jumpa okay
the last time kita jumpa daniel
daniel nanges nanges nak tinggal tanak ikut mama n daddy dia balik
sedih hati i

ok la
have a good weekend everybody

Khamis, Disember 03, 2009

mr husband cayang bucuk intan payung
time kasih la sebab merelakan hati bayarkan i punya strimik sampai nam ratos
pastu bayarkan i punya selkom
kesian u kan
macam yang u cakap
u setelkan semua i punya tunggakan
lagi nam bulan kena bayar lagi tunggakan banyak banyak

nak buat cemane mr husband
i si pemalas bayar bil
tu pun kena paksa baya kedit kad bulan bulan
kalo tak mau itu juga i tangguh sampai 7, 8 bulan
hikhikhikhik

mr husband kata jangan tulis pasal kerja dalam blog
sebab we don't know who might read the blog
lagipun apa yang ditulis tu cuma 10% of what really happened
people might get mis-direction

mr husband kata there are cases where people got fired after rambling about their jobs in blog
ok mr husband
i dengar cakap u

so i cakap i nak tulis pasal benda benda yang i suka
macam bershopping
mr husband kata nanti lagi la orang meluat

i cakap lagi
i nak tulis cerita cinta la
biar satu dunia muntah darah
meluat dengan i yang obses pada mr husband
macam dalam dunia ni i sorang je ada husband
macam husband i sorang je yang paling besdalam dunia ni
biar orang meluat dengan i yang obses dengan baby zara
macam anak i sorang je dalam dunia ni yang comel sangat sangat
yang cerdik

ok cakap pasal zara
i belum alter lagi baju zara untuk sekolah
tiba tiba i rasa macam belum nk lepaskan zara pegi school
tp memikirkan budak budak kat kl umor setaun jagung manis mak pak derang dah antar pegi skolah
i tanak la zara ketinggalan
lagipun mr husband n i ada cita cita besar untuk zara
sampai mr husband selalu cakap kat zara nanti mr husband nak sewa apartment dekat jalan tambun tu supaya zara bole masuk sekolah marian convent

memang cita cita kitorang nak zara masuk skolah tu
sebab dulu i pun skolah situ
well bukan la itu main reason nya
sebab i rasa dengan sekolah situ zara boleh excel
sebab kitorang nak zara excel dari year 1 sampai year 6
supaya zara boleh masuk one of malaysia's finest private boarding school
di mana setiap tahun cuma 24 girls je yang selected all over malaysia untuk masuk sekolah tu

well
chances are slim
but still
no harm trying

zara
semoga zara membesar menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat
semoga zara cemerlang dalam pelajaran juga kehidupan
semoga zara menjalani kehidupan yang gembira
semoga zara jadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata
semoga zara berjaya dapat apa juga yang zara nak dalam kehidupan ni
we love you so much little zara

Rabu, Disember 02, 2009

for u mr husband
i love u
hikhikhikhikhik

freedom & seha
mulanya di sini



Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Selasa, Disember 01, 2009

agaknya misti mr husband selalu rasa camnih

"ngengada btol si inaz nih"

ataupun

"banyak songeh la dia nih"

pastu ngengada dia tu dah berjangkit kat zara

hikhikhik
nasib awak la mr husband
bear je la dengan i sampai mati ye

ok
cite lain

semalam kan
i bukak baju zara
nak bawak pegi mandi
dah bukak pampers
i plak pegi sidai kain
sambil zara main main atas tilam

skali zara cakap
"oooooppppp"
sambil tengok air kencing
rupanya dia dah terkencing
dan rasanya itu first time dia tengok
tu yang dia terkejut

sebab dia terkejut
dia lari lari pegi kat mr husband

sangat comel