Jumaat, Julai 31, 2009

. m . y . . d . e . a . r .

I kan
Suka get carried away
Kalau dengar lagu lagu jiwang
Dengar lagu terlanjur cinta
I plak nak sedeh sedeh
For what reason?
Mebbe sebab at the same time I baca blog someone
That someone is a single mother
Kesian taw

Agak agak kalau mr husband tade
Macamana agaknya I nak survive ye
29 july ituari cukup 9 years I kenal mr husband
For 9 whole years I dah biasa ada mr husband

Dulu masa mr husband kat matriks
Penah je I dari Ipoh terus ke seremban
Pastu baru balik cyberjaya

Bila mr husband masuk uitm
Kalau nak jupa mr husband
Kena naik bas dari cyberjaya ke kl dulu
Pastu baru kl ke shah alam
Mr husband pun macamtu jugak
Dari shah alam ke kl
Pastu baru ke cyberjaya

Ada masa mr husband tengah cuti
Tiba tiba mr husband dah sampai cyber
Bawakkan newspaper n breakfast for me
Bangun pagi awal awal
Masakkan breakfast
Pastu naik bas
Dari ampang ke kl
Kl ke cyberjaya
Masa tu dari kl nak ke cyberjaya ambik masa 1.5 hrs
Pukul 6 pagi mr husband dah naik bas

Dulu dulu masa student
Selalu pegi klcc
Bukan belI apa pun
Tawaf klcc
Tengok movie
Makan makan
Lepak depan fountain
Sembang sembang
Ada je benda nak cerita
Tak pernah tade idea

Bila dah ada duit
Pandai dah nak makan kat tingkat 4 klcc
Favorite kitorang adalah sundanese
Lama dah tak makan situ

Pastu bila mr husband dah start keje
Masa tu I final sem
Kadang kadang mr husband bagi I fifty untuk duit belanja
Masa tu rasa bes
Besar sangat nilainya fifty tu
Kelmarin
Masa I bangun tido
Mr husband cakap
Dia dah kupaskan buah mata kucing
Dia letak dalam Tupperware dalam fridge
Mr husband yang baik hati
I suka laaaa

Dah
Mr husband balik awal arini
Kita nak lepak lepak dengan mr husband
Petang kang nak balik kl

Daa~

Khamis, Julai 30, 2009

. c . a . m . e . r . o . n .





























































tengok gamba la dulu ye
cerita ceriti nanti bila i ada masa


Isnin, Julai 27, 2009

Penat sudah

Dari hari jumaat dah start berjalan

Lewat petang baru betul betul sampai rumah

Tu pun lepas maghrib keluar lagi

Pegi billion je

Membeli groceries untuk tadika

Dan jugak tapau dinner

Rasa macam tak cukup tidur

Dah pagi

Kena pegi keje

Masa gosok gigi pagi tadi dah terfikir yang this weekend nak balik kl pulak

Terus badan rasa penat

Pastu the following weekend plak nak hantar falahi pegi unisel

Laaaaaaagi rasa penat jugak

Dah dekat bulan puasa

Diri sendiri tak ganti ganti puasa lagi nih

Nasib baik la last year gigih jugak berpuasa

Kalau tak penat la nak kena ganti

Ada 5 hari

Kalau buat 2 kali seminggu pun sempat ni

Harini dah lupa nak niat puasa

Esok la nak start puasa

Malam ni kalau sempat

Ingat nak buat mee rebus

Kat Cameron haritu beli ubi banyak banyak

Nak masa mee rebus dan pengat ubi

Mr husband kalau boleh malam semalam dah nak pengat ubi

I pun dah beli santan

Lupa nak beli gula merah je

Tapi bahan bahan nak masak mee pun belum beli

Kalau ada masa, petang satgi baru beli

*yawn*

Zara dah sihat

Cuma selesema je

Tade la every 8 hours temperature naik

Masa kat Cameron memang I risau jugak

Tapi maintain kewl je la

Oh

Nanti nak buat entry pasal journey ke Cameron

Tapi sekarang I dah ngantuk

Mebbe nak tido barang doplo minit

Malam ni zara ada music class

Mr husband pegi taiping

I dah pesan supaya mr husband balik cepat cepat

Biasanya kalau kursus pukul 5 sharp atau before pukul 5 misti dah habis

Kalau mr husband naik kete laju laju

Misti sempat sampai before kelas zara start

Kalau tak penat la I kena pegang zara sorang sorang

*yawn**yawn*

Jumaat, Julai 24, 2009

. b . y . e .

hello peeps
i'm off to KL
malam nanti kot baru sampai ipoh balik
zara n i je

tinggal la mr husband
nanti misti mr husband sedih bila dia balik kerja
daughter n wife dia tade kat rumah
mr husband.... awak balik lambat pun takpe
awak kan ada peminat di ofis tu

waktu waktu macam ni la yang i rasa sangat seronok
sebab i control my work schedule
tapayah nak mintak EL ke
nak buat fake mc ke
heheheheh
i sukaaaaaaaa

mr husband..... walaupun pagi tadi awak dah cakap nak makan mee bandung, bila sampai ipoh nanti la kita makan luar ye. tak pun nanti lepas balik dari cameron, i masakkan mee bandung untuk awak yeh.

u still love me jugak kan!!!

Khamis, Julai 23, 2009

. d . e . m . a . m .

Rasa macam tak berapa sihat
Harap harap esok dah sihat
Pagi tadi dah pegi klinik
Nasib baik demam biasa je
Tapi perut still rasa tak sedap
Semalam muntah dan cirit birit
Lenguh lenguh satu badan

Semalam pegi pasa malam
I pesan kat mr husband nak mee sup
Tapi rupanya mr husband tatau mee sup macamana yang I nak
Dia belikan mee sup daging
Eeuuuuu
I tak makan daging
I nak mee sup fishball
Lantas sedih

I cakap kat zara
“abah tak sayang momma”
Mr husband terus jawap “ lepas awak kata sakit, terus saya balik”
Tapi mr husband tak belikan mee sup yang I nak
Pastu kalau I tak mintak mr husband picit badan I yang lenguh ni
Mr husband akan buat bodo je

Mulut rasa payau
Tapi I rasa macam nak makan pizza
Pizza hut je la yang bes kat Ipoh nih
Shakeys tak bes
I email mr husband
Bitau I want to treat him dinner
Tapi mr husband tak reply pun
Alaaaaaaaaa mr husband
Awak tanak makan piza kew?

Dah la pagi pagi buta ajak I main hide n seek
Bila I kata lepas kerja nanti
Dia nak soh buat preview plak
Ngeengade tawwww

Dah la

Rabu, Julai 22, 2009

Weekend ni insyaAllah the three musketeers m( mr husband, zara n I ) nak pergi cameron highlands
Ada reunion kecil-kecilan dengan bekas kawan kawan sekolah
It’s been 10 years
Ada yang I selalu jugak jumpa
Ada yang tak penah penah jumpa lepas sekolah

Nak pegi reunion ni
Ada someone yang I’m not so easy with
Dah la suka suka nak mengata I
Macam dia bagus
Even it’s already been 10 years
Tapi I tau
Perangai dia macam tu jugak
Siyes I don like
Tapi dis time mebbe it’s going to be ok
kalau dia nak bermulut mulut jahat dan bercakap cakap sinis
i akan pk satu je
I kan ada mr husband to cling on
dan ada cute baby princess to hug for
Nampak sangat la I tak se-loser dia
Biar la dia dengan mulut jahat dia
Wahahhahahahahahaha
Dia tade apa yang I ada

Semalam
Masa nak pegi keje
Mr husband tiba tiba datang kat i
Pastu cakap I dah tua
Pastu bising bising cakap dulu I muda
Perut keras
Sekarang dah lembik
Well… of koz la kan
I dah beranak
Pastu mana ada workout langsung

Mr husband
I was only 18 back then
Sekarang dah 27 tawwwwww
Awak tu pun dah tua
Dah gemok plak tu

Tapi awak tetap yang paling I chenta
hikhikhik

Selasa, Julai 14, 2009

. t . h . i . n . g . s .

1 .

Masa music lesson zara
as usual
Zara akan sangat sangat happy
Gelak gelak
Jerit jerit gembira
Tapi bila dah nak habis kelas
Bila dah start nak buat lullaby
Zara dah menjerit jerit
Budak budak lain pun macamtu
Patut la kelas tu setengah jam je
Attention span babies ni memang la sangat kejap
I malas jugak nak ambik gamba ke ambik video ke
Sebab bizi dengan zara
So did mr husband
Kitorang dok gilir gilir pegang zara


2 .

Malam tadi zara buat peranagai
Dia tanak letak
Dia tanak nenen
Abah dia kena bawak naik kereta
Dalam kereta dia diam
Tapi kalau abah dia berhenti
Dia akan menangis
Sampai mr husband dah rasa macam nak masuk highway
Supaya jalan straight tap ayah berhenti-henti

Bila sampai rumah
Mr husband cakap kat I
Boleh la kita makan dengan aman
Sebab zara akan tido
Sekali zampai rumah
Zara tanak tido langsung
Dia jalan jalan je
Malam semalam dia dah pandai berdiri kat meja tv
Atas tempat tv tu memang mr husband dok letak bermacam macam benda
Wallet, kunci, botol air pun letak kat situ
Seronok la zara nak pegang pegang

Penat je panggil
Zara buat dono je
Bila I peluk peluk Mario
Baru zara datang
Dia marahkan Mario
Dia tolak tolak Mario yang I pegang
(dari hari per tama kitorang belI Mario tu zara asyik bergaduh dengan Mario)
(kadang kadang dia tengok Mario tu berdiri, zara akan dating dekat, jerit jerit kat Mario, pastu patah balik)

(mario tu sebijik macam ni. separuh dari tinggi zara)

Pastu zara dah tak heran
Dia nak panjat kerusi plak
Mr husband n I buat buat tido pun dia tak heran
Dia nak jalan jalan

Sebenarnya memang zara tanak mr husband n I makan dengan aman
I pun tatau bila mr husband makan
Sebab I sendiri tertidur masa menyusukan zara



3 .

I perlukan another crocs bag
Mr husband dah buat harta my favorit white crocs tote
Tau la ada banyak jibbitz kat beg tu
Ada jibbitz Mario plak tu
Lagi la mr husband suka

Satu beg memang buat sebagai beg tadika zara
Haritu lepas balik tadika
I dah siap siapkan baju zara untuk esok hari
Tapi bila dah letak dalam beg
Baru teringat
Beg itu la jugak nak diguna untuk letak barang zara untuk music class
Haiiishhhh

Ada sesape nak dermakan uwang untuk I belI beg crocs?

* ada Nampak dalam lelong.com. Dia tulis tajuknya beg crocs. I tengok harga RM20. Memang eksaited dah. Bila I enlarge gamba. Rupa rupanya fake. Kat tempat sepatutnya ada tulis crocs, kosong je . Tempat sepatutnya ada gamba crocs tu dia tulis amomo. Seb baik tak bid


4 .

Kan I cakap nak baju sejuk baru
Pastu kan mr husband dah reply post I cakap dia miskin tegar
Pagi pagi tadi ( I rasa masa dia on the way to office kot)
I dapat sms dari mr husband yang berbunyi
“wiken kena cari baju sejuk zara yang baru”
Pastu I jawap
“kenapa?”
Mr husband reply balik
“nk pg kameren”
I plak reply
“oh. For me?”

Terus mr husband tanak jawap

Mr husband
Zara ada 2 baju sejuk yang dia tak penah pakai taw!!!!!

Dah la
I nak pegi nanges
Nak pg merajuk

Isnin, Julai 13, 2009

. m . a . k . e . . o . v . e . r .










gambar intro. inilah khazanah yang terkandung dalam kotak tu. heheheheh




Ok entri yang ketiga untuk hari ini
Mebbe disebabkan harini I pakai baju tm
ada ong sket
sebab zara tak berapa nak melekat dekat i
misti dia heran sebab mommy dia pakai macam baju abah dia
Which sebelum pakai mr husband ada cakap
“nanti kalau awak jalan jalan pakai baju ni, nanti orang suruh repair telepon”
Ahhahahahahha

Tapi tu la
Dulu dulu kan
Ada orang tanya
Mr husband keje apa
Bila I cakap mr husband keje talikum
Pastu nanti terus dia komplen cakap pasal telefon rumah dia rosak la
Pastu streamyx rosak la
Ape je yang mr husband boleh buat kan?
Telepon I rosak pun I sendiri kena telepon tm
Streamyx I rosak pun I sendiri yang kena telepon tm
Streamyx mr husband problem pun dia kena telepon tm
Mr husband bukannya perepair telepon

Sebenarnya bukan nak cerita pasal mr husband-si-perepair-telepon
I nak cakap pasal ituari I buat makeover

Haritu masa balik kl
Kebetulan kitorang tido rumah kakak mr husband kat putrajaya
Malam tu I ajak mr husband pegi alamanda yang agak agak sepelaung dari rumah kakak mr husband
Memang I nak jugak jugak belI makeup
I dah mula rasa tak bes
Sebab dah rasa diri semakin tua
Pastu dah la semulajadi tak cantik
Jadi kena cover dengan makeup

* mr husband ada kutuk I tau. Dia cakap dengan zara “mommy tu misti masa sembahyang, dia doa supaya jadi putih macam kita”

I sentap ~

Memula I masuk body shop
Ramai sangat orang
Pastu cam tak dipedulikan oleh si penjual

Ajak mr husband pegi skin food
Budak promoter tu sangat peramah
Jadi I suka
Lantas I cakap kat budak itu
Saya nak buat makeover
Tak kisah macamana pun
Asalkan Nampak ok

Jadi budak tu pun gigih la meng-make-overkan I
Sambil dia buat tu, I tanya la benda benda yang dia tempek kat muka I
Dan hasilnya
I suka
Malangnya I lupa nak ambik gamba sebab sangat eksaited

Dah la masa I mekap tu mr husband sempat pegi belikan baju budak kecik zara kat lovely lace
Mr husband dah gilakan lovely lace
Kalau boleh semua baju kat situ dia nak

Masa nak bayar tu
Mr husband dengan bermurah hatinya nak sponsor
Pastu mr husband siap mintak kotak
Dan soh derang wrap cantik cantik
I plak dok sibuk mintak free gifts

Sukaaaaaaaa
thanks mr husband yang miskin tegar
Ada hari nanti awak belanja si inaz ni lagi okay
hahahahhaha





















yang i beli dalam kotak tu je. yang lelain tu free gifts
















mr husband la beria ia soh bebudak tu letak semua dalam box. mr husband kata bagi i heppi. kalua tak kang i balik rumah i nanges. misti la i hepi kan.


. r . l .

I suka berjalan jalan dalam internet sambil be window shopping
I sangat sangat suka tengok blog yang menjual baju babies
Setiap kali tengok, hati ni akin rasa melonjak lonjak nak belI
Rasa nak jugak jugak

Pastu satu hari I come across satu baby dress
It’s a Ralph Lauren
Misti la I suka kan
Pastu terus la I belI

Bila dapat
I sangat upset
It’s a fake
Kot ye pun nak buat a fake RL
Agak agak la kan
Macam la orang tak tau

Sampai sekarang zara belum pakai dress tu
Mebi buat pakai dok rumah je la
Kalau fake orang tak cam takpe tau
Buat malu je nanti

Ok
So I am now totally against membeli belah baju thru online
Tapi kalau benda benda lain tu bole consider
Dan I still suka window shopping online
I suka tengok baju cantik cantik

Dan speakin of RL

“Mr husband…
I punya baju sejuk RL tu besau la
Nanti kan nak pegi kemeren
Mr husband belanja la I baju sejuk rl yang kecik sket
Vole????
Eheheheheheh…. Bole?? Bole???
Hari minggu ingat nak berpoya poya lepak lepak golek golek kat rumah
Tapi rupa rupanya agak bizis

Hari sabtu pagi bangun tidow pegi carik bubur mekdi untuk cik zara
Pastu pegi brekfes
Kitorang pegi kedai makan dengan tak mandi
Kecuali cik zara je yang dah mandi pagi

Balik rumah basuh kain
Baring baring
Bagi zara makan
Siap siap nak pegi kenduri

Balik kenduri I dengan pakai baju kebaya vogue dan mekap tebal tebal
Singgah teskow sebab nak belI bahan bahan nak makan steamboat kat rumah mak
Sampai rumah baring baring
Golek golek
Siang udang sotong ayam
Sidai kain
Lipat kain
Mandikan zara
Tengok shinchan
Pegi rumah mak

Tido rumah mak
Bangun pagi pagi balik kampung
Mr husband pegi kebun kutip doroyan

Balik rumah golek golek
Tido tido
Bangun siap siap
Pegi birthday anak Syatirah kat Sungai siput
Dari rumah syatirah, pegi rumah opah juga di sungai siput

Sampai rumah pukul lapan malam
Siap barang untuk pegi tadika
Letak barang dalam kereta
Golek golek
Main main dengan cik zara
Ingat nak tengok ps I love you
Tapi before 10 zara n I dah tido

Terjaga tengah malam
Kacau kacau mr husband

Bangun pagi
Siap siap
Pegi tadika

Dah habis dah cuti weekend

Malam ni zara ada kelas muzik

Harini ada birthday budak kat tadika
Theme color orange
Luckily haritu mr husband bagi baju oren TM
Memang oren menyala nyala la
Hehehehhehe


* banyak tak golek-golek?? tu laaaaa bizis taw

Selasa, Julai 07, 2009

Banyak bentul benda nak ditulis

Tapi masa tu sangat limited

Zara dari last week nak berdukung je

Petang semalam

Lepas tengok abah dia barula dia hepi

Tersengih sengih

Gelak gelak

Masa music lesson laaaaaaagi la zara hepi

Geelak je

Mr husband memula nak tunggu luar je

Dia tengok je la kitorang dalam kelas tu

Agaknya sebab dia seronok tengok anak dia bergelak ketawa

Dia pun masuk untuk join skali

Mr husband kata next time hari isnin dia akan balik awal supaya boleh attend music lesson zara

Kelas zara tu pukul 7.45 malam

Lima minit je dari rumah

Tapi tu laaa

Mr husband biasa balik rumah pukul 8 sengah malam

Tu pun semalam mr husband balik awal

Bos dia soh angkat henbrek

Dia sudah pening pening kepala

Semalam bila cek dokter

Dokter soh datang lagi pagi ni tengok blood pressure

Ada mild hypertension

Mr husband kata mebbe sebab pressure kerja

Ni yang I marah dengan si syarikat telco ni tawww

Bagi la mr husband saya staf barang sorang dua

Staf mr husband dah pencen

Pastu tak berganti

Sian taw mr husband saya

Kerja dia, dia yang kena buat

Kerja orang pun

Diaaaaa jugak yang kena buat

Kalau bagi gaji double ke

Triple ke

Takpe la jugak

I sedeh tauuuu

Kalau boleh I nak carik lagi benda benda yang boleh menggembirakan hati zara

I rasa zara pun depressed sebab duduk tadika dari pagi sampai petang

Dengan pergi music class, I can spend quality time with zara

Lupa dah apa lagi nak cakap

Oh… untuk yong

Apa macam jadik student balik

Wah waaaaaaah…sudah jadik pelajar master

Semoga tercapai cita cita untuk jadi lecturer ye

Rabu, Julai 01, 2009

. f . a . t . t . y .

What’s more blissful than having a bottle of cold red sparkling juice, and lying under the cool air. Oohhhhh sangat bes.

Lantas subuh subuh tadi I ambik ice, letak penuh penuh dalam gelas dan minum sparkling juice. Memang super bes. I looiike.

Yay!!!!! Rumah kita dah ada ekon. Setelah sekian lama macam nak mati duduk dalam oven, pagi semalam I bitau mr husband, I nak belI ekon. Dan taraaaaaaa…. Petang semalam, orang dah pasang ekon kat hall rumah kita. Suka!!! Suka !!!!

Pastu I cakap kat mr husband, kedai letrik yang jual ekon tu macam kedai kat kampung kampung. I belI buat 3 kali bayar. Lagipun tade susah susah macam kena bagi nombo ic ke, mintak slip gaji ke. Nak penjamin ke. Hehehehhehe. Walaupun interests untuk 3 bulan tu RM120, tapi still worth it la. Lagi rasa sakit kalau baya cash sebab cam Nampak seribu lebih melayang-layang je.

Tapi still, malam tadi kitorang tido rumah mak sebab malam tadi pegi rumah mak. Bila nak balik, cik zara plak dah tido. Malas nak kejutkan dia. Dan sebab cik zara dah tido, mr husband n I pegi keluar makan. Hoohhh… sejak cik zara lahir, kitorang tak penah pegi mamak. Rasa cam muda belia plak pegi kedai mamak pukul 11 malam. Hehehehhehe

Time flies kan. Dulu I muda belia lagik. Sekarang dah hampir tua. Lemak tepu pun semakin banyak. Badan pun senang lenguh lenguh. Perut pun sudah naik. Kalau pregnant takpe la jugak. Tapi ni penuh dengan lemak dan makanan.

Orang lain menyusukan anak elok je slim-melim. Pastu anak nakal, mak yang jadi kurus sebab penat jaga anak. I ni makin gemok. Mana taknya. Sambil jaga zara, sambil makan. Haritu cam all the way back to Ipoh I dok mengunyah sambil jaga zara. Hooiihhhh… makan plak tu benda benda menggemukkan. Curly fries, mozarella cheese stick, dengan air gas lagi.

Mr husband, will you still move me if I am fat??

* hint kepada mr husband. Belanja la si inaz ni pegi slimming. I nak jadi kurus. Pastu I sedeh tau… kena pakai baju saiz L. uhuhuhuhuhuhu. Awak tak kesian ke kat si inaz ni??

* oh. weekend haritu i buat makeover. suka.... suka.... tapi nanti la i buat satu entry pasal itu.