Rabu, Jun 17, 2009

. c . r . o . c . s .

Woooaaahhh
Seronok la I
I sudah ada bag baru untuk zara
Dan untuk I jugak

Biasalah
Mommy mommy sedunia nih
Dalam beg penuh dengan barang baby kan
Segala wipes, bedak, lotion, poko, baju, bekas makan, botol susu sampai 2 botol, bekas air, selimut, bantal semuanya I campak dalam beg
Lepas lepas bersalinkan zara haritu I belI satu beg HP
Memang besar gedabak
Masa tu I cam malu malu kucen nak pakai sebab I memang tak penah pakai beg besar besar
Tapi sejak barang zara makin Berta bah
Beg tu dah rasa macam just nice
Tak rasa besar
Tapi sadly
Walaupun beg tu baru
Tapi sebab I selalu stuff benda banyak banyak
Dan keep on using
Beg tu dah nak Nampak macam worn out
Sedih hati I tengok

So last weekend
Mr husband n I
Menjalankan aktiviti borongan
Hehehhehehehe













mr husband dapat 1 je sandal. lain semua si inaz itu sapu


I memang nak beg ni satu untuk letakkan barang zara
Ini kan diperbuat daripada getah
Jadi I rasa
Ianya akan tahan lebih lama
Sangat comel untuk letak barang barang cik zara
Dan barang barang I jugak




















beg putih yang sangat chantik. i siap beli 4 jibbitz untuk letak kat beg ni

Pastu
Rancangan awalnya
Mr husband belI 2 kasut
Tapi sebab mr husband cuma belI 1 je
I dapat la belI beg ni satu lagi
Hehehhehehehhe
Sapa yang untung????
I la kan

Jadi
Ada sapa sapa rasa nak beg macam nih?
Sila bitau I okeh
I boleh dapatkan spesyel diskaun

Walaupun macam beg pegi pasar
Tapi sangat hip okeh
















i suka tawwwww

Oh
Dan akhirnya
I dapat pun kasut ini
Dah berapa bulan I dok mengidam nak kasut ini
Ala ala wedges
Tapi ada lagi satu yang I nak
Mr husband…. Awak nak belanja tak???
hikhikhikhik

Isnin, Jun 15, 2009

. s . a . y . a . n . g .

Walaupun alarm bunyi pukul 5.50 pagi
Tapi I terus jugak sambung tido
Seb baik terjaga pukul 6.25
Bangun terus kejutkan mr husband
Tindakan refleks menyebabkan I terse but “sayang… bangun”
I tot mr husband tak perasan
Skali masa I iron baju dia boleh plak cakap
“tadi awak panggil saya sayang yeh”
Oh
Saya sudah termalu
Malu la I
I sangat malu
Malu sampai rasa macam nak menyorokkan muka dalam poket

Ala mr husband nih
Macam la tatau
Takkan la I saje saje nak panggil dia sayang
I punya sayang cuma cik zara je

Tapi rasanya once in a while
Kalau I panggil mr husband sayang
Misti mr husband seronok kan!!!!
eheheheheheheh

Jumaat, Jun 12, 2009

zara's shopping spree

Dah ambik dah kasut heels zara

Esok masa pergi house warming party kat rumah yong bole la pakai

Sebab ambik kasut zara kat klcc

Kitorang pun tawaf la keliling klcc

Memang saja carik nahas la kan

 

Masuk isetan

Belikan zara baju

Macam nak meroyan I tengok baju hallmark murah giler

Ambik satu gaun n satu skirt

Pastu sebab I suka elle

Jadi semestinya I ambik satu baju elle

Shirt je

Pastu ambik jugak satu shirt pink poney supaya bole ganti baju RL zara yang I bagi rosak kena dakwat pen dengan kena kesan iron

 

Pegi kino

Belikan zara buku dodoi bergambar

Ada banyak lagu lagu tradisional

Lagu macam di mana dia anak kambing saya

Lompat katak

Can malican

Banyak lagi la

Tadi I dah nyanyikan habis semua bagi zara

 

Pastu pegi lovely lace

Mr husband plak yang macam orang gile

Semua la baju dia kata cantik

Las las I ambik la 3 pasang gown

 

Tu pun I cakap kat mr husband

Ada baju baju zara tu I nak buat baju raya

Asyik hari biasa pakai baju baru je

Simpan sket untuk raya

 

Pastu pegi baby gap

Mr husband nak belikan zara spek mata lalat

Tapi I tengok spek kat situ macam kat pasa malam je

Yang dulu I Nampak kat MV cantik lagi

 

Las las I dengan mr husband yang tak dapat apa apa

Sebelum ni I berangan la nak beli make-up set body shop untuk diri sendiri

Sebab apa body shop

Body shop kan pakai bahan bahan natural

I sekarang dah tak boleh nak pakai make-up biasa

Sebabnya si zara tu suka jilat jilat muka mommy dia

Kalau pakai makeup biasa

Kang zara telan telan chemical plak

Mr husband punbya syarat

Kalau nak pakai makeup

Kena carik yang dibuat pakai natural source ataupun organic

Tu yang ingat nak beli bodyshop

Tak pun skinfood

Tapi cam dalam hati I lagi prefer bodyshop

Sebab kalau beli barang bodyshop

Bole mintak derang buat makeover

Skinfood ni I tak sure sangat

 

Eh

Dah pukul 7.10

Nak kejut mr husband

Karang nak ajak mr husband pegi pasa malam

 

I nak letak gamba zara pakai heels

Tapi malas nak ambik gamba

Sangat cute okay

heheheheh

Khamis, Jun 11, 2009

. w . e . e . k . e . n . d .

kita dah nak start bercuti
balik kampung je
lagipun lama dah tak balik kampung
last month parents mr husband datang ipoh
jadi kitorang tade la balik kampung

mr husband ada replacement holiday 
tu yang dia ambik cuti esok
jadi malam karang kita dah nak balik kampung

i ada belikan heels untuk cik zara
by heelarious
memang i carik carik benda ni kat Malaysia
masa first time i tau pasal heels ni
dia cuma jual kat US je
skali jumpa plak orang yang jual benda ni kat sini
seronok!!! seronok!!!!

nanti bole pakai black heels tu dengan black dress zara tuh
i looike
nanti i ambik gamba zara pakai heels














ok
ni benda benda yang kena buat b4 balik kampung

1 . kemas rumah
2 . beli fruit basket untuk melawat orang kat hospital malam karang
3 . beli prezen untuk baby shower yang i tak dapat attend dan hantar prezen tu sebelum balik kampung
4 . siapkan baju i n zara
5 . bawak laptop balik kampung
6 . buang sampah
7 . buang segala makanan yang expired dalam fridge ( mr husband, i buang ye rendang n lemang awak tuh)

awal awal lagi i dah cakap kat mr husband yang i tak masak malam nih
list tu semua pun macam la i boleh completekan semuanya

malam tadi ingat nak siapkan baju zara
tapi dah penat sangat
terus i baring baring je
tu pun tido tak lena sebab panas
zara pun bergerak ke sana sini
mr husband pun selang sejam asyik terjaga je




Rabu, Jun 03, 2009

. l . o . v . e . . s . t . o . r . y .

oooohhhhh
i love this 
kalau bole main lagu ni kan bes


"http://www.jonschmidt.com Hi...Jon Schmidt here. This arrangement is dedicated to Sarah, my 7 year old daughter who loves the song Love Story by Taylor Swift. Because of a common rhythm element between the tunes, I decided I could mish/mash the two. My great friend Steven Sharp Nelson (cello percussion) really makes this tune. "
ini memang sangat amazing. 
music arrangement memang superb
love story  (taylor swift) + viva la vida (coldplay)

enjoy!!