Jumaat, Februari 23, 2007

. s . u . n . s . h . i . n . e .

Duduk ofis sorang-sorang.
Dengar lagu favorit
Karena wanita – ada band
Tatau kenapa setiap kali dengar lagu ni rasa sangat syahdu
I just love this song so much

Lekuk indah hadirkan pesonaKemuliaan bagi yang memandangSetiamu simbol keanggunan khas perawanyang... kau milikiAkulah pengagum ragamuTak ingin kumenyakitimuLindungi dari sengat dunia yang mengancam... nodai... sucinya lahirmuChorus:Karena wanita ingin dimengertiLewat tutur lembut dan laku agungKarena wanita ingin dimengertiManjakan dia... dengan kasih sayangIngin kuajak engkau menariBermandi hangat cahaya bulanSebagai tanda kebahagiaanBagi semesta cinta kitaChorusBintang terang itulah dirimuJanganlah redup dan matiAku dibelakangmu memeluk dan menjagamu

Benci la
Semua orang kat opis pegi Singapore
Aku je dok sensorang.
Boring gile

Nak kena carik keje lain ni
Kontrak dah nak abes bulan 4 ni
Lepas ni tak dapat la lagi aku nak menyandang title field engineering assistang neh
Hahahhahaha

Nak carik keje untuk enam bulan paling panjang pun
Ada ke orang nak offer?

Suka keje kat sini
Rilek dan gaji superb

Aku semakin teruja untuk merealisasikan impian aku
Kadang-kadang samapi terbawak-bawak dalam mimpi
Dan dalam mimpi tu aku rasa sangat bahagia
Berada di sekeliling kanak-kanak yang aku sangat suka

Walaupun abah selalu risau yang aku akan back-off
Tapi aku selalu meyakinkan abah
Aku bukan jenis bat keje separuh-separuh
Dan itu yang aku mahu
Aku dah sacrificekan macam-macam untuk itu
Takkan aku nak lepaskan
Dah terlalu banyak pelaburan yang dibuat
Dah terlalu banyak keringat untuk itu
Aku takkan tinggalkan
No

Kelmarin Siva called
Dia tanya perkembangan aku sekarang
Dan aku cakap pada dia yang aku sekarang tengah kerja
Dia tanya bila nak kawen
Jawapan aku senang
I kena bukak Krista dulu, baru bole kawen.

Kadang-kadang memang kita akan silap percaturan.
Kadang-kadang kita rasa sangat down
Kadang-kadang kita rasa sangat happy
Tapi macam tu la life
Kita takkan tau apa yang akan jadi esok.
Kalau tau misti tak bes, kan!

Semalam jumpa wani
Baya hotel dan jugak ambik resit untuk Le Meridien
Melayang RM975
Tapi takpe, sebab kat sana boleh berehat puas-puas
Macam aku cakap pada nizam

- pagi-pagi turun makan brekfes, lepas tu naik tido balik
+ pagi-pagi inas makan brekfes, lepas tu baru saya turun. Pastu saya naik bilik inas sambung makan lagi
- ………… (speechless)

misti dia teringat pengalaman masa kitorang stay kat cititel penang tu
dia dah berenti makan tapi aku makan lagi.
Masa kat Naza hotel melaka plak, mebbe sebab dia dah belajar mengenai tabiat buruk aku,
Masa aku ajak dia turun makan brekfes, dia soh aku turun dulu
Dah lama lepas tu baru dia turun
Makan pun sepinggan jek
Membazir je nizam ni

Dah la nizam cerita kat wani mengenai perangai materialistic aku
Camnih citenye

Lokasi : Pusat membeli belah Penang
Masa : Malam

Tengah jalan-jalan bersama nizam dan kawan2,
Pastu masa nak beli barang, nizam keluarkan duit dari kocek baju dia.
Bila nizam keluarkan je duit, dengan tiba-tiba terus aku peluk lengan nizam
Read : Tindakan refleks, dan bukan sekali-kali sebab menggatal

Sape tak teruja beb
Tengok duit kaler ijau tua berkepuk-kepuk
Lepas tu terus la tak habis kena perli dengan nizam.
Aku memang la materialistik
Tade duit nak bercinta pun tak seronok
Takkan nak window shop je.
Takkan nak telan air liur je bila lalu sebelah restoran di tingkat 4 klcc.
Takkan boleh dengar je bila orang bercerita pasal pengalaman melancong.

Oohhhh bercerita pasal restoran tingkat 4 klcc
Haritu aku ada dinner dengan nizam di satu restoran tingkat 4 tu
Tempat tu memang favorit kitorang
Nizam tak habis-habis dengan nak ikan snapper
Dan aku plak memang suka betul dengan cumi-cumi bakar
Dan masa kitorang order lauk-lauk tu
Skali waiter tu cakap, “banyak sangat ni untuk makan berdua”
Aku cam sentap jap, tapi dengan rileknya jawap, “ takpe, kitorang memang kuat makan”
Tapi sudahnya memang la tak abes.
Aku jugak yang kena abeskan ikan snapper nizam tu
Budak waiter plak, masa datang untuk tuangkan nasik tambah kat aku cakap “makan banyak-banyak kak, abang belanja tu” ciiiisssssssss…. Perli ke??

Pasal nizam

Kadang-kadang dia boleh jadi sangat bes
Read : best. Bukan romantik. Bukan jiwang
Bes yang menjadikan aku rasa sangat di appreciate
Bes yang menjadikan aku rasa sangat happy, bahagia
Bes yang menjadikan aku rasa tanak berenggang langsung dengan dia
Bes yang menjadikan aku rasa sangat bersyukur kerana dia ada untuk aku,
tapi

Ada masa dia bole jadi macam tade perasaan
Jadi sangat cold
Macam ais batu dalam esbox yang ketul besar yang susah sangat nak cair

Tapi aku tau apa pun yang jadi
I need him, sama jugak macam nizam
Dan aku yakin akan hal itu
Biarlah kadang-kadang benda yang dia buat menyebabkan aku sakit hati
Biarlah ada masanya dia buat aku rasa nak menghilangkan diri
Biarlah ada ketikanya dia buat aku rasa macam dah tanak bebofrenkan dia
Tapi akhirnya aku tau, dalam banyak-banyak benda yang aku nak dalam dunia ni,
Benda paling aku nak adalah
Adanya nizam dengan aku

Tak kisah la kat mana pun aku
Tak kisah apa pun yang berlaku pada aku
Tak peduli apa je yang datang
As long as nizam sentiasa dengan aku,
Aku tau aku akan ok

Dulu sorang penah cakap pada aku,
“see.. he’s a keeper”

Yep, Nizam is my keeper.
And I want him to know that,
Kalaupun aku penah kata aku tak kisah kalau dia tade
Kalaupun aku pk aku boleh hidup berdikari tanpa ada dia
Kalaupun aku cakap aku dah takmo ada apa-apa hubungan dengan dia
Semua tu aku tipu

Tapi, sekarang ni aku sangat rindukan anak sedara aku tuh
Batrisyia
Rindu betul dengan batrisyia
Lagi rindu batrisyia dari nizam
( nizam hari-hari pun bole jumpa )
Rindu nak tengok batrisyia yang gelak gelak bila kita gelak
Rindu pada batrisyia yang dah pandai cakap bababbaba dan mamammamama
Rindu nak dukung batrisyia
Rindu nak cium pipi batrisyia yang gebu tu
Rindu nak tengok batrisyia yang dah boleh ikat pokok kepala

Rabu, Februari 21, 2007

.e . x . c . i . t . e . d .

Yay
Lebih kurang seminggu lagi untuk pergi bercuti

Tiket flight dah ada
Hotel dah book
Yang menariknya,
We are going to stay at Le Meridien.
Wooaaaaaaaah… Untuk 3 malam.

Nizam la nak sangat duduk le Meridien.
Aku kalau bole nak dok sutera harbor.
Tapi le meridian lebih dekat dengan town.

Tak sabarnya nak tunggu jumaat minggu depan.
Nak membeli belah besar-besaran.

Eksaitednya nak pegi bercuti ni.
Haritu dah beli luggage.
Supaya senang lain kali kalau nak berjalan.


Inila first time yang kitorang nak pegi melancong jauh-jauh.

Dulu paling jauh pun pegi penang,
Tu pun sebab kerja dan semuanya ditanggung oleh company.
Eksaited tapi tak bes sangat sebab Saturday Sunday kena kerja.
Masa pegi melaka pun sama.

Kali ni memang trip yang kitorang sendiri pilih.
Ooooooooooo I liiiikeeeeeee
Can’t wait !