Rabu, Mei 10, 2006

. s . u . p . e . r . b .

Menjalani hujung minggu yang superb !

Awal-awal pagi Jumaat pukul 6 incik jack dah datang amek. Sampai rumah dia, masukkan barang2 dalam kereta. Ambik bekal yang mak dia dah sediakan dan terus gerak. Aku, jack, mak ngan abah dia naik satu kereta. Kak Ana, husband dia, ngan farhana naik satu kereta.

Baru pukul 10 aku ngan jack dah lapar. Mula-mula cadangnya nak makan ramai-ramai masa kereta berhenti. Tapi disebabkan aku ngan jack gemok. Jadi kitorang makan dulu. Hahahahha. Abah jack pun nak makan, tapi tak jadi sebab leceh mak dia kena suapkan. ( Abah jack adalah pemandu )

‘Awak, nanti derang benti makan kita dah tade makanan”
…..“tu la sepal. Nanti kita lapar”
“nanti derang beti kita beli makanan lain tau”

Kata-kata dari 2 orang gemok. Lepas makan aku dah kunyang campur aku tengok jack pun dah tido, cuaca pun dah panas, terus aku pakai spek itam dan tido. Hohohoho… besnya tido bila perut kenyang.

Tapi memang dah lapar sangat sampai rasa nak muntah. Ye laaa. Berjalan dengan perut yang kosong.

Sampai Lipis, derang berenti dan makan. Tade langsung makanan yang menarik hati kat R&R tu. Aku beli asam je. Nak bagi perut yang tak selesa rasa lega. Bila nak sambung perjalanan, jack plak bawak kete. Disebabkan jack yang bawak keta, dia tak bagi can langsung aku tido. Kena melayan dia bersembang la. Nak suapkan kentang la. Nak minum la. Even nak baca buku pun dia tak bagi. Soh melayan dia jek. Ngengada betul.

Pukul 2 sampai ke tempat yang dituju. Kitorang duduk kat chalet d’bali. Nama kawasan yang dituju tu Tok Bali. Dalm 45 minit ke KB. Penatnya badan. Rasa macam nak pengsan.

2 hari kat kelantan, tak banyak benda yang dibuat selain attend kawen kakak jack dan jalan-jalan kat KB. jack borong keropok. Aku dapat la capai sepasang kain. Bleh buat baju raya. Memula nak beli sepasang songket putih. Cantik sangat. Nak buat pakai kawen, tapi jack kata nanti-nanti la beli.

Hari ahad pagi, kakak jack datang amek aku ngan jack nak bawak ke airport. Balik ke kl 1 kereta je sebab kakak dia akan dok kelantan for few days. Nak naik kereta berlima tak muat. Aku ngan jack je dah memenuhi ruang belakang. Mana nak letak adik dia. Tu yang aku ngan jack amek flight balik ke kl.

Macam tak terasa pun 55 minit dalam kapal terbang. Main beli-beli barang, makan megi, tiba-tiba kapal dah landing.

……..“Len kali takmo dah naik air asia”
“alaa…. Tapi tiket untuk ke Sabah dah beli dah. Beli return ticket plak tu”
“hmmm… len kali beli tiket mas je. Pastu naik bisnes class”
“oke”

Sampai LCCT, kena naik bas plak nak ke KL.

…….. “len kali kalo nak pegi mana-mana, pegi boleh la naik air asia, balik nak naik mas. Sebab balik dah penat, nak rasa selesa. Pastu dari klia naik erl je. Tanak dah naik bas”
“orett.nanti ain (adik aku) convo kita naik mas. Bior derang yang lain naik air asia je.”

Sangat gembira. Cita-cita aku nak berjalan-jalan dengan jack naik kapal terbang akhirnya tercapai jugak. Walaupun secara tiba-tiba dan tade perancangan, tapi bes.

Aku bersyukur sangat-sangat sebab sekarang ni hidup kitorang semakin senang. Sekarang ni banyak benda yang kitorang nak boleh terus beli tanpa perlu piker samada duit cukup atau tak sampai hujung bulan. Nak naik kapal terbang bila-bila masa pun bulih. Waktu weekend, nak jalan pergi mana-mana pun boleh je. Minyak kereta pun sentiasa penuh, smart tag pun sentiasa berisi.

Jauh beza kehidupan masa zaman belajar dulu dengan sekarang. Sekarang pun aku ada 2 kerja. Satu kerja opis neh, satu lagi aku mengajar tuisyen kat sebuah pusat tuisyen. Tu part time job. Mengajar pun hari khamis dan jumaat je. Ajar sabjek English untuk darjah 6 ngan form 3. Pastu matematik darjah 6.

Kena kerja keras dan mencari duit banyak-banyak. Kalo tak macamana nak kawen? Masa dah semakin suntuk. Hohohoho…. Tak sabarnya nak kawen. Nak kawen bukan sebab gatal tapi sebab rasa bahagia bila ada bersama-sama. Kalau tau dia ada di satu bumbung yang sama dah cukup menyenangkan hati.

Harap-harap tade aral yang melintang supaya semuanya berjalan lancar. Cepatla Februari.