Rabu, November 28, 2012

mis-communication

oh-em-gee-----

remember in one of my entry
i did mentioned about a collaboration yang masih dalam perancangan
okay
the last email sent from me was something like this
"its my off day, perhaps we can arrange for another day. maybe same day n time next week"

so ceritanya
masa i nak masuk kereta
ada email alert pada phone
i pun tengok sepintas lalu je
dan orang tu reply "ok. noted"

masa baca tu i was thinking like she noted yang its my day off dan will plan another meeting
tapi after two weeks dan i still haven't heard anything
so today
i re-read the email
memang my intention adalah untuk contact dia lagi untuk meet-up

bila baca betul betul
i rasa macam dia cakap ok. noted pada nak buat meeting pada same day n time the following week
which ianya adalah 2 minggu lepas
oh-em-gee---------

pastu dah termenung macamana nak email orang tu
tapi i buat bodo je dan hantar jugak emel

on the bright side
harini dapat makan free
papa john pizza oleh sarah yang comel
dan juga dapat naik honda nathrah yang manes
hahahhahahaha
(gile ayat bodek)

on the sengal side
masa kat bank tadi
i dapat email alert jugak
i pun bukak
eksaited bila nampak sender adalah mr husband n subject adalah LOVE
ingat mr husband nak buat surprise ke nak bagi ayat ayat cinta ke

sekali bila bukak
dia hanta gamba yang .... eeeeeeeeerghhhh.... stress terus

dan i terus reply dan cakap

" eeeeeeeeeeeeh... sengal la awak nih"

dasar sengal.

Selasa, November 27, 2012

cita cita nak jadi kurus

oke
macam yang i warwarkan dalam mukabuku
sekarang hingga 1st quarter 2013
i nak menjalankan regim diet besar besaran
kalau working days i nak try puasa

dah gemuk overdose
ambil gambar baru baru ni
nampak betis macam kayu balak
nampak perut pun besar macam mengandung 3 bulan
muka pun dah nak jadi empat segi
eeeeeeeeeerghhhh

stress

tu la pagi tadi cakap dengan mr husband
macamana tah. patut lagi tade duit, lagi kurus
ni lagi tade duit
lagi gemok

* i adalah dalam mode mesken

pastu mr husband cakap
kalau ada duit asyik makan luar
dapat portion kecil dan sikit
bila dah mesken
kena masak sendiri
bila masak sendiri
masak banyak banyak

masalah i adalah
sendiri masak
sendiri makan banyak banyak
pastu bila berat naik
jadi stress
bila stress akan makan banyak banyak
bila cycle tu nak berhenti tah

ada kawan2 di fb cakap i tak gemok
eeeeeeeeerghhh tu semua tipu
diorang pun dah lama tak jumpa i
gambar kat profile pic tu adalah gambar 2 tahun lepas
masa tu affan pun baby
masa tu kat tangan i ni urat pun timbul sebab kurus
sekarang urat tu semua dah tak nampak
sebab gemok
sebab sejak 2011 sampai sekarang
i dah naik 7 kilo-dengan jayanya

so kena kurangkan berat
sebab mr husband kata i dah tebal
eeeeeeeerghhhhh stress lagi
awak cakap i tebal, bambang?

patutnya
bila i dah gemok
awak jangan la cakap i gemok
awak patut cakap
"mana ada awak gemok. awak sweet je macam dulu dulu"
hahahhahahahhahaha
i kan suka live in denial

on the way pegi kerja tadi
i terfikir
i tanak mati dalam keadaan gemok
motip nak fikir macamtu

dan target adalah nak turun 5 kilo
pastu sekarang tengah tengok tengok dalam fb yang orang dok jual collagen
nak survey pasal collagen
kata muka glowing bagai
i kan nak buat transformasi pada diri sendiri
memandangkan umur pun dah mencapai 30

eeeeeeeeeeergh
dah tua
stress lagi

sudah la
tulis blog pun stress
apekah????

ps : haritu mr husband cakap. pastu zara tanya, "abah cakap dengan sape?" mr husband jawap. cakap dengan yaya la. takkan cakap dengan mama. dah 12 tahun abah cakap dengan mama. dah boring."

i sentap lagi. eeeeeeeeeeerghhhhhhh.... stress lagi!!!!!

Sabtu, November 24, 2012

written in the stars

okeh
tersuka lagu ini
lagu lama
tapi baru nak suka
vc pun bes
cantik
warna pun cantik



terpengaruh dengan lagu ni sebab tengok vc si Amri nih
back then in 2009 i ada dengar lagu i'm yours versi BM
pastu semalam masa dengar lagu ni
i saje search utube kot2 ada lagi

oh
lantas kagum dengan dia
so young
yet so successful



suara oke
tapi menari agak kelakar

boleh juga tengok blog dia di sini


baru perasan
tajuk lagu ni "written in the stars"
macam tajuk lagu yuna - terukir di bintang
kan!

Jumaat, November 23, 2012

one

there's only one way
only one and no more
and the only one..........

cuti sekolah

cuti sekolah nih
zara n affan busy juga
banyak juga aktiviti diorang berjalan jalan

haritu
seharian diorang melepak di ipoh parade
ada tempat permainan baru bukak di situ
pastu main jugak dekat tempat main yang belon kat ground floor tu
tempat main kat ground floor tu sehari rm10
jadi diorang main dari pagi sampai petang
dah penat main, pegi naik atas, main permainan kat atas pulak
ambik pushcar sorang sebijik
nasib la mr husband kena tolak 2 pushcar
i kerja masa tu
i cuma datang untuk have lunch dengan diorang
pastu pegi keje balik
i dah balik keje pun diorang belum balik lagi

kalau tade pegi mana mana
kitorang bawak la diorang pegi padang polo
haritu tak sempat pegi padang polo
jadi pegi gua kek look tong je

weekend lepas zara n affan memula pegi kuala kangsar
pastu pegi taiping makan mee udang
hari ahadnya pulak pegi cameron
gambar kat atas tu ialah lawatan ke cameron bersama atok n tok mama

atok janggut yang advance
ambik gambar
kejap kejap tu jugak dia update kat facebook
hahahhahahahhaha

minggu ni pula
lepas kelas muzik sara haritu
kitorang singgah funfair
dapat la main 2 permainan
tapi
mala giler
satu token rm2
dan nak naik satu ride ialah dua token iaitu rm4
padahal kalau naik benda benda tu kat mall cuma pakai satu token rm1 je
jadi kitorang cuma naik ferris wheel n satu lagi ride yang cuma zara n affan je naik

seronok la jadi zara n affan
ramai orang nak bawa diorang jalan jalan
kadang kadang, weekdays pun tcer oda diorang saje je ambil bawa pegi jalan jalan kejap

kelmarin tok mama ambik diorang di tadika
dan malamnya bawak diorang makan kfc
tok mama kata yaya yang mintak nak makan kfc
hahahhahahaha




Sabtu, November 17, 2012

meeting pun jadi isu ke?

eeey
aku masuk management meeting pun jadi issue ke
macam la aku hadap sangat nak masuk
dah bos yang nak soh aku masuk

kamon la
aku tak heran pun
im just doing my job here
cukup bulan dapat gaji
boleh berjimba dengan family

korang takut apa
macam kata someone "dia takut u nak take over"
heeeeey
aku tanak la take over kerja sapa sapa
aku suka je jadi macam sekarang nih

kalau aku nak meningkatkan kerjaya pun
aku nak pegi tempat lain
aku takkan duduk sini
dan kena backstab dengan orang orang macam korang

korang memang tak boleh kan
tak boleh tengok orang capable buat kerja
takut orang tu lebih menonjol

berapa kali nak cakap tah
aku bukan nak kejar jawatan
aku cuma buat kerja aku
aku buat apa yang big bos suruh

dan pasal plak aku takbleh masuk management meeting
sebab yang aku tau
orang lain yang berjawatan sama macam aku pun masuk meeting jugak
takut?
takut sebab masa meeting haritu bos banyak tanya aku?
eeyhhh
dah banyak kerja yang diberi kat aku
sah sah la bos akan tanya progress n everything
dan bos tade masa lain untuk discuss benda ni privately dengan aku

dasar tak secure
korang suka la pekerja2 muda yang cuma accept apa yang korang cakap kan
tak membangkang
tak macam aku

sebab
aku dah bergelut dalam bidang bisnes ni dah lima tahun
dan line bisnes aku sama dengan kerja sekarang
jadi aku tau la apa yang kena buat
apa yang tak perlu buat
aku boleh bangkang kalau aku rasa korang salah

kalau dari habis belajar korang kerja kat sini sampai sekarang
dah lapan, sembilan tahun mahupun duapuluh tahun di sini
berbanding dengan aku yang baru 2 tahun kat sini
tak bermakna korang tu dah expert
sebab korang tak expose
dan korang tanak ada peningkatan diri
ey, aku dah kerja dalam banyak line tau tak
bukan macam katak bawah tempurung
eeeeeyh geram tau tak

pastu aku tau
korang ni memang suka laga lagakan orang
dengki sangat pasal
gaji korang kan lagi tinggi dari aku

________________________________________________________________________________

bambang : walaupun i cakap i tanak citer pasal work issues dalam blog. tapi i hafto. benda ni membuatkan i emo pagi pagi nih. tapi i still remain discreet kan.

notakaki : hilang mood i pagi nih. bila i dapat tau ada orang tak puas hati sebab i masuk management meeting haritu.






Selasa, November 13, 2012

a lil bit on work

lega
semuanya dah setel

tadika boleh hold dulu sebab cuti sekolah kan
lagipun
majlis graduasi tadika dah setel dengan jayanya

after 5 years
i dah semakin expert
mr husband tolong i setup dewan sekolah on saturday
sunday tu tinggal nak setelkan makanan

dan juga
persembahan pun sangat smooth
kalau dulu dulu
kena tunggu sebab budak nak salin  baju
kali ni semuanya lancar
tade tersekat sekat macam cd rosak

bila majlis setel
dalam 11 am
mr husband and i siap kemas semua dan sampai rumah pukul 11.30
cepat gile
seronok

dan
alhamdulillah
ada yang dah bagi confirmation untuk continue next year
yay!!!

sekarang ni
i kena fokus untuk kerja kerja di college pulak
student dah dekat final
cuma i sedikit risau dengan subject visual comm n digital animation
kelas visual comm, progress adalah sangat lambat
digital animation plak, mana yang ikut schedule tu ok la
tapi ada juga yang macam belum start apa2
macamana nak push pun tatau dah
dalam kelas dok sibuk main fesbuk je
tu la masalahnya

dan sepatutnya
last friday
hari last day of school tu
i sepatutnya ada meeting dengan satu company animation ni
untuk bincangkan pasal collaboration
tapi i kan cuti
so kena postpone
dan i pun belum dapat apa2 feedback dari that person
eerergghhhhh
bagi notis untuk buat meeting pun a day before
camne i nak reschedule i punya jadual

i tak suka sebenarnya bila i kena postpone meeting
dan i tak suka kalau i lah punca meeting kena postpone
dan i pun tak suka kalau orang nak postpone meeting yang dah dischedule
macam tak serius
hopefully process untuk collaboration ni akan berjalan dengan lancar
sebab kalau berjaya
ini adalah kejayaan pada diri i jugak

harini cuti
pagi pagi lagi atok, tok mama n ticu dah ambik kiddos untuk bawa diorang pegi cameron
i konon kononnya nak iron baju harini
tapi dari tadi dok tengok keluarga iskandar

ok
masa untuk bangun dari katil yang cosy nih
1......2........3........

tata



Khamis, November 08, 2012

benda benda yang nak dibuat, dah dibuat dan perlu dibuat lagi

nak buat beberapa benda yang tertangguh

1 . nak pegi LPPKN. i baru perasan, patutnya 6 weeks lepas keluar hospital haritu, kena buat appointment dengan obgyn tapi pasal tah, i macam terbayangkan macam 6 months. pastu bila tengok balik appointment card, dia tulis 6/52. maknanya 6 minggu la. sebab benda2 yang nak dibuat tu boleh buat kat LPPKN juga, baik pegi LPPKN je.

2 . pagi tadi dah confirm place untuk majlis graduasi tadika. gila la kan. majlis hari ahad. kad jemputan dah bagi kat parents dan tempat belum confirm. tapi dah confirm. lega

3 . Borang dan sijil kena print n fotostat. pastu kena buat bankdraf atau postal order. sijil kena sahkan.

4 . panggil orang servis aircond. semalam affan cakap nak tido dalam bilik. pastu mr husband cakap kat affan"ekon belum repair. mama kata nak repair bila dapat gaji, tapi tak repair pun". ok. nak perli i ke? oh ekon, why u no gas????

5 . nak print dan beli barang barang untuk majlis tadika

________________________________________________________________________

itu kat atas tu ialah the list yang i nak buat harini

dan tengah hari tadi; i dah berjaya buat:

1 . pegi LPPKN. walaupun susah dapat parking, tapi berjaya juga dapat parking. dan sebab tak boleh buat apa yang sepatutnya i buat, dia suruh beli alat kontrasepsi. hahahahhaha... malu tau nak beli benda benda camtuh.

2 . dah print. nak fotostat je lagi.

3. gigih mencari orang untuk servis ekon. mula2 dah pergi satu kedai. dia bagi phone no untuk serviceman. henpon plak dah nyawa nyawa ikan nak habis bateri. balik rumah, call orang tu. nak datang hari sabtu katanya. kenseeeeeeel. i carik orang lain. ambik charger di rumah dan pegi kedai lain utk cari orang servis ekon. jumpa. dia akan datang lepas pukul 5 nanti.

4 . dah print, dah potong bottle label.

5 . dah beli barang2 untuk buat hamper. gigih membeli belah di kedai borong. tapi satu benda lagi tak cukup. satg balik kerja kena lari lari pegi beli

___________________________________________________________________________

Benda benda yang nak buat lagi :

1 . tampal water label

2 . pegi econsave balik kerja ni untuk beli twisties haritu nampak murah gile. rm1.25. nak beli 10 utk hamper

3 . nak print letters untuk bagi cikgu2 tadika potong sebagai backdrop

4 . kena masak. eeeeeeeeergh. tadi rasa macam nak makan cken cop. tapi... tapi!!!! tadi sebab dah banyak sangat ambil masa di luar, i terlupa untuk beli ayam. tak beli ayam, macamana nak buat cken cop. takpe. esok MESTI kena beli ayam untuk buat cken cop. dah terliur sangat dah ni. harini nak masak ape pun tatau.

5 . Kena keluar duit sebab satg orang ekon nak servis ekon.

dah

____________________________________________________________________________

update :

1 . Dah keluar duit

2 . Dah berlari lari beli twisties . untuk hamper dah komplit.

Isnin, November 05, 2012

sayang?

last friday
mr husband tanya
i cinta dia tak
i sayang dia tak

eeeeyyyyy
what kind of question tu
of course la i tak jawap kan
sebab
i kan pemalu

tapi masa dalam kereta
di kala hujan lebat turun mencurah curah
i tanya mr husband
apa beza sayang dengan cinta

i rasa baru lagi i email mr husband
cakap pasal benda benda yang i buat
untuk dia

buat apa i nak buat semua tu kalau i tak sayang dia
memang i tak cakap
tapi, i buat macam macam untuk pleased kan dia
untuk bagi dia happy

itu bukan sebab cinta ke?

i balik rumah mama dia
i buat macam macam
bukan sebab i nak mak mertua puji\
bukan sebab i nak menunjuk nunjuk bagus
sebab i nak mr husband rasa proud dengan i

nak membuatkan another party rasa bangga dengan kita
itu bukan sebab sayang ke?

memang la i dah tua
dulu dulu
masa muda
i suka la nak cakap ilovu kat mr husband
i suka la juga tanya samada dia lov i ke tak
tapi i rasa
nowadays
rasa sayang tu banyak tunjuk pada perbuatan

sebab kalau bersembang pun
asyik bersembang pasal perkembangan anak anak
macamana kita proud dengan zara n affan
apa accomplishment zara n affan
macam dah tade sangat nak cakap pasal peribadi

oh
mr husband cakap
walaupun dia selalu geram kat i
dia cinta juga

i knoe
kalau dia tak cinta
takkan dia sanggup ikut i berjalan dari satu kedai ke satu kedai mjencari tudung

tapi memang la
once in a while
memang kita nak dengar kata sayang dari spouse
memang sekali sekala kita n ak spouse kita appreciate apa yang kita buat
cuma when it really happen
macam situasi i dimana mr husband tanya i soalan luar pemikiran akal tu
i rasa speechless la
i tatau macamana nak react

tapi
i tau la
i sayang mr husband
i suka je kiss kiss dia kalau dia baring baring
i suka je melompat ke belakang dia supaya dia boleh dukung i
'
ok
i nak pegi membeli belah dengan kiddos