Rabu, Jun 06, 2012

pictures of my lovelies






on baju raya, diapers dan susu

kelmarin cakap cakap dengan mr husband

agaknya raya kali ni baju zara masih baby poney ke dah inggal poney je without baby
tapi i kan dah start beli baju raya for my litle girl n boy tu
i masih belikan zara baju umur 2 tahun
even last year, skirt raya zara adalah 3-6 mnths

Affan punya baju agak agak ikut umur juga
zara je
kalau  nak belikan baju
i beli 2 tahun atau 2-3 yrs
my little dotter tu kan kecil

haritu mr husband dukung affan n pegang zara
pastu ada orang cakap
"kesian., adik kena jalan. abang yang dukung"
orang tu ingat
affan abang n zara adik
ada pulak yang cakap
"kembar ke. memang la nampak boy ni kecik tapi sebab dia lebar. girl ni panjang"
haaaihhhh
masalahnya zara n affan ni bukannya beza setahun
tapi 2 tahun

my mom pun selalu cakap
affan ni nampak macam ringan
tapi dia big-bone
tulang dia berat
itu adalah faktor keturunan abah dia

kelmarin jugak
first time i balik kampung mr husband kat sungai besar
sebab pegi kenduri
dan masa kat kenduri tu
baru la i perasan
rupa rupanya 
muka mr husband yang orang dok cakap macam cina mualaf tu
rupanya bukan sebab ikut belah mak dia 
rupanya ikut belah abah dia yang berketurunan banjar
rupa kaum kerabat diorang lebih kurang sama je
semua stok kulit agak agak cerah
mata kecik kecik macam berudu
tapi hidung besar (boleh sedut oksigen banyak banyak)
tu yang semuanya besar besar kot

now i know

ok
back to baju raya
i punya kain dah banyak
bila tah nak hantar pegi jahit
kena hantar secepat mungkin

nak beli kain
untuk baju raya cik zara n i
nak warna theme ape tah
bila i tanya zara
dia ada mention pink  dan juga yellow
tapi macam tanak yellow sebab last year dah pakai ala ala gold/brown

macam nak recycle warna purple
supaya mr husband tak payah buat baju melayu baru
sebab baju mr husband mahal

dan i dah cakap kat mr husband
tahun ni tanak buat baju dia n affan kat SparkmanShop
sebab tempah baju affan je dah 250
eeeyyyy tempah baju i baru 40 hengget sepasang hokay
tempah baju affan sampai 250, boleh dapat baju i dalam 6 pasang siap ada belen 10 hengget plak tu

i dah soh mr husband cari tempat buat baju melayu yang lain
tanya la kawan kawan dia buat baju kat mana yang rasa sedap pakai
tapi si degil tu kata nak buat kat sparkmanshop jugak
degil
nanti i beli kain untuk affan
i hantar je kat tailor kat taman cempaka yang abah i biasa pegi

Nak warna apa pun tatau
kalau tanya mr husband
dia dok jawap tatau
bila baru nak tau tah
nanti la 
i bagi dia few colors untuk pilih
pink might be in the list
hehehehhehe

semalam
i rasa sangat teringin nak makan laksa singapore
carik resipi
dah tulis resipi
macam renyah plak nak masaknya
i ingat nak pegi jusco untuk carik pes laksa je
balik keje
pegi st18 carik pes laksa singapore
yang jumpa laksa johor je

ingat nak bawak kiddos tu skali
tapi abah dah bawak diorang keluar pulak
so i jalan sorang je

sangat seronok sebab jumpa mamypoko pants extrasoft m64 harga cuma rm56++ je
kalau jcard member lagi murah
rm54++ je
tapi i tade jcard
dan i tak pernah jumpa mamypoko pants jumbo macam tu
kalau pegi econsave ke, billion ke even tesco
yang paling besar cuma m34
tu pun harga mesti between rm37.90-39.90

untuk daily usage
affan pakai mamypoko easyfitpants yang kuning tu je
lagipun murah
kalau beli dekat kedai berdekatan rumah
m64 cuma rm33.90 je
semalam tengok kat jusco harga dia rm44.90
beza sebelas ringgit

untuk keadaan biasa
zara tak pakai diapers
kecuali kalau dia nak poo poo
ataupun nak jalan jauh 
sebab leceh kalau jalan jauh nak berhenti kat toilet
nanti kotor la tade air la

tapi senang sebab zara n affan pakai diapers size sama
awal tahun haritu sebulan memang akan pakai 4 bag diapers m64
sekarang ni cuma 2 bag je
dah banyak kurang kan
sebab dah tolak zara

affan sekarang dah makin kurang menyusu badan
kecuali kalau dia tengah tidur tengah tengah malam tu
kalau dia teresdar dia memang nak menyusu

tapi kalau siang siang
dia memang tanak
sebab "pedash"
katanya

i memang nak stopkan affan dari menyusu badan
sebab dia dah hampir 2 tahun
dan i baca
tak elok bagi anak menyusu lebih 2 tahun
sebab nanti apa yang dia minum tu darah
lain la kalau i ada anak baby lagi
lagipun affan dah macam big boy sangat
tak comel dah menyusu badan
baik la dia minum botol je

baru2 ni
i letak garam
tu yang dia terus tanak 
kalau tak
pantang i ada kat rumah
mesti dia datang
terus baringkan diri sendiri atas riba i
dan cakap nak nenen

haritu siap macam gangster
dia cakap "butak...butak..."
ada ke soh bukak supaya dia boleh nenen
kurang sopan punya affan

ok 
sudah
nak busy busy bekerja balik



Isnin, Jun 04, 2012

hati-hati

Dah bertahun naik sontata
baru semalam i tanya mr husband
"airbag awak belah mana?"
pastu mr husband tunjuk kat tempat horn
baru i tau belah dia pun ada airbag
dan letaknya di dalam tempat horn tu

sebab kalau belah co-pilot tu i tau la
sebab ada nampak tulisan srs airbag
kat tempat mr husband pun i nampak
tapi macam tak percaya dalam tu ada airbag

pastu dah sekian lama
baru la nak tanya macamana airbag ni keluar
mr husband kata
sepatutnya
kalau tak pakai seatbelt
airbag takkan keluar
pastu terus i tarik seatbelt nak pakai
mr husband kata
kalau pakai seatbelt
kena make sure pegang affan elok elok
kalau tak nanti boleh cera kalau airbag terbuka
sebab masa tu affan tengah duduk atas riba
terus i peluk affan kuat kuat
(biasanya affan duduk seat belakang je)

eyh
sejak apa yang berlaku baru baru ni
i memang cukup risau
i selalu pesan pada diri sendiri
pesan pada mr husband
dan ajar anak-anak i untuk cakap
bawa kereta berhati hati
jangan ikut hati

pagi ni mr husband pegi cyberjaya dengan kawan dia
i cakap kat mr husband
untuk pesan kat kawan dia
"bawa kereta hati hati, jangan ikut hati"

hehehehheheheheh


ps : pagi pagi buta tadi lepas hantar mr husband kat tepi hi-way, on the way balik rumah ada roadblock. i dah la pakai baju tidur, tak bawak wallet, ic semua tade. ada handphone sebijik je. dah polis bagi flash, i berhenti la. dia tanya nak pegi mana. i cakap nak balik rumah. pastu dia kata kenapa tak pakai seatbelt. i cakap, saya nak cepat tadi. baru lepas hantar suami saya kat hiway. takut sorang sorang. pastu polis tu cakap baik gile. "lain kali, naik kereta terus pakai seatbelt ye. bahaya" i cakap "ye. baik. terima kasih". hehehehhehe. seb baik dia tak mintak ic ke, lesen memandu ke.